5

2 0 0
                                    

Qayra menilik penampilannya di hadapan cermin besar biliknya itu sambil tangan mengepal penumbuk .

Dia benci . Ya , dia amat benci apabila dirinya dipaksa untuk memakai pakaian sebegitu .

"Qayra !" Laung Qefina kuat dari tingkat bawah . Tangan naik mencekak pingang nya .

Sudah puas dia menunggu kelibat adiknya Qayra itu untuk turun . Lama betul bersiap . Dia pasti Qayra sedang memarahi dirinya ketika ini . Tetapi ada dia kisah ? Dia ingin melihat adiknya itu menggayakan dress tersebut . Pasti cantik !

Qayra yang termenung jauh terus tersentak dengan panggilan nyaring kakaknya itu .

Qayra mendengus kasar sebelum kakinya membuka langkah kasar keluar daripada bilik . Dia menuruni anak tangga dengan laju , sambil tangannya menggengam kuat dress labuh itu supaya dia tidak terpijak semasa menuruni tangga .

Puan Aishah yang sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menunggu anak bongsunya itu turun terkejut apabila melihat penampilan Qayra yang sudah menukar penampilannya menjadi perempuan ayu pada malam itu .

Betulkah itu anaknya Qayra Qiestiena ?

Puan Aishah terus bangun dan melulu pergi ke arah anaknya sambil mulutnya tercengang memandang Qayra atas dan bawah . Serasa seperti mimpi .

"Ya Allah betul ke ini anak ibu ? Cantik nya !" Puan Aishah teruja lalu dia memusingkan tubuh anaknya . Dress labuh itu turut ikut kembang apabila Puan Aishah memusingkan badan Qayra . Qayra terus menumbuk-numbuk dress itu . Dia benci melihat dress itu ikut kembang apabila dirinya berpusing .

Qayra hanya mendiamkan diri dan hanya menunjukkan reaksi yang tidak suka . Qayra terlihat sangat terseksa apabila dirinya dipaksa untuk memakai dress labuh itu .

"Qayra kenapa ni ? Senyum lah sikit , macam tak suka je pakai baju ni" Puan Aishah naik mengusap bahu anaknya .

"Ishh memang tak suka pun , dah lah buruk ! Baju ni bukan type Qayra lah ibu" dia terlihat seperti mahu menangis sahaja apabila melihatkan dirinya berpakaian seperti itu .

Puan Aishah hanya menggeleng melihat perangai anaknya yang seorang itu . Dia sudah tahu anaknya itu tidak akan gemar berpakaian seperti itu .

Qefina yang sedari tadi berada di luar rumah kini melangkah masuk ke dalam rumah setelah dia memanaskan enjin kereta Qayra .

Dia tergamam melihat adiknya Qayra memakai baju tersebut . Qayra nampak sangat cantik mengenakan dress tersebut . Serasa di hadapannya sekarang itu bukan Qayra Qiestiena adiknya .

"Qayra you look very beautiful in that dress" pujinya seikhlas hati .

Qayra mengguling matanya ke atas . Kalau tidak disebabkan kakaknya Qefina memang tidaklah dia ingin memakai baju tersebut .

...

Hareeq Zeedan yang berada di ruang tamu sedang sibuk melayan anaknya sambil mendukung Aryan Mikael . Tangannya ralit menepuk manja punggung anaknya itu yang sesari tadi asyik meragam sahaja .

Isterinya Humaira hanya tersenyum kecil melihat telatah dua beranak itu . Anaknya seorang itu memang manja betul . Nasib lah dapat bapak yang rajin melayan .

Hazeeq yang sudah bersiap segera dia keluar dari bilik . Ikutkan hati dia tidak mahu ikut pergi dinner mengarut ini . Tetapi disebabkan mamanya dia terpaksa . Hazeeq berharap sangat sepupunya Rania itu tidak memunculkan dirinya pada malam ini . Buat sakit mata dia sahaja .

Puan Milia yang kebetulan baru keluar dari bilik bertembung dengan Hazeeq . Hazeeq juga yang baru keluar dari biliknya terkejut dan hanya memberikan pandangan yang kosong . Puan Milia hanya memandang sinis sahaja kepada anaknya . Jikalau anaknya itu bersetuju untuk membawa Rania pada malam itu , sudah pasti akan menyenangkan sedikit hatinya tetapi sebaliknya pula yang jadi .

SisBro Pilihanku !Where stories live. Discover now