3

9 0 0
                                    

"Qay jangan lupa kunci pintu belakang sekali tau" Haritz menjerit mengingatkan Qayra . Bukannya dia tidak tahu kawannya si Qayra ni memang pelupa orangnya .

"Ye aku tahu la" jerit nya kuat .

Setelah siap mengemas kedai mereka pun menutup pintu utama dan mengunci nya . Nanti kalau kena rompak , mereka pekerja bawahan juga yang akan dipersalahkan .

Qayra menyimpan kunci kedai ke dalam beg yang dia galas . Kemudian dia terus melangkah menuju ke keretanya .

Baru dia ingin melangkah tiba-tiba Haritz memanggil namanya . Terbantut langkahnya dan dia memusingkan badannya menghadap Haritz yang berada di belakang nya .

"Qay ohhhh Qay" Haritz mengedipkan matanya berkali kali cuba meraih perhatian Qayra .

"Apa kau ni kelip kelip mata macam tu ? Geli lah aku tengok" meremang bulu roma nya melihat perlakuan pelik Haritz .

"Aku nak tumpang kau balik boleh tak ? Hehehe motor aku tayar rosak lah . Aku datang pagi tadi pun dengan Aiman" .

Dia berharap Qayra akan bersimpati atas nasib yang menimpa dirinya itu . Dia kan kawan terbaik yang Qayra pernah ada . Haritz memang suka mengangkat bakul sendiri .

"Hmm boleh je , tapi tak payah la sampai kenyit mata . Eyyy geli bodoh , macam perempuan" Qayra terus berlalu menuju ke keretanya tanpa menghiraukan si Haritz .

Haritz yang sedar Qayra sudah pergi meninggalkan dirinya di belakang , cepat cepat dia mengejar langkah Qayra . Qayra punya langkah ni besar betul tidak tahulah apa yang dikejarkan nya .

...

Qayra melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan ibunya yang sudah tidur . Keadaan rumah juga agak gelap dan dia pasti ibunya itu sudah tidur .

Dia menghidupkan suis lampu di bahagian ruang tamu . Kemudian dia melabuhkan punggung duduk di sofa empuk . Qayra melelapkan matanya seketika bagi menghilangkan rasa penat . Tiba - tiba telefon nya berdering menandakan ada panggilan masuk .

Qayra mencari keberadaan telefonnya dan segera melihat nama pemanggil . Setelah dia melihat nama pemanggil tersebut dia merasa terkejut dan gembira dalam masa yang sama . Tidak menunggu lama pantas dia mengangkat telefon tersebut .

"Hello" suara si pemanggil menjerit kuat menerpa pendengaran Qayra .

Qayra teruja mendengar suara yang sudah lama tidak didengari . Rindu ? Sudah semestinya , setelah bertahun kakaknya iaitu Qefina Sofea duduk di negara orang .

"Hello kak ! Lama betul menyepikan diri , apahal tiba-tiba kau call ni ?" Dia sangat teruja apabila kakaknya menelefon dirinya .

"Lah nak call adik sendiri pun salah ke ?" Qefina mendecit kecil .

Qayra mencebik bibirnya sebelum kakaknya Qefina Sofea kembali bersuara .

"Aku dah beli tiket flight , besok pukul 10 pagi aku gerak dari Switzerland" dia memberitahu adiknya dengan nada teruja . Jujur dia amat merindui adiknya yang seorang itu .

"Wah serious ke ni we ?! Hehehe balik cepat rindu nak gaduh dengan kau" Qayra tersengih sendirian dengan berita yang baru disampaikan oleh kakaknya itu .

Akhirnya kakaknya seorang itu akan pulang semula ke tanah air tercinta . Jujur dia juga rindu akan kakaknya walaupun adakala mereka seperti anjing dan kucing .

Setelah puas mereka berbual , talian terus diputuskan . Qayra mengeluh kelelahan . Qayra terus meletakkan telefon di sisi nya sebelum dia merebahkan diri di atas sofa ruang tamu berhadapan dengan televisyen . Dia sudah terlalu penat dan tiada tenaga untuk menaiki anak tangga dan menuju ke bilik nya .

...

"Adik oh adik !" Puan Aishah menggoncang lembut tubuh anak nya yang lena diulit mimpi .

"Heyy bangun kenapa adik tidur dekat sini ?" Puan Aishah mengusap lembut bahu anak nya itu .

"Huarghh mengantuk sangat la ibu" dia menguap mulut seluas luasnya . Dia tidak dapat menahan kantuk yang sedang menguasai diri .

"Dah pergi mandi lepastu solat , ibu nak pergi buat sarapan kejap" Puan Aishah kemudian berlalu pergi ke dapur .

Qayra yang baru teringat akan kakaknya Qefina Sofea hendak pulang ke Malaysia cepat cepat dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya dan segera menyiapkan dirinya .

...

Qayra melihat keberadaan ibunya yang berada di dapur . Jelas ibunya sedang menggoreng nasi goreng di dalam kuali sambil bernyanyi . Sesekali Qayra tergelak melihat telatah ibunya . Qayra yang mempunyai idea ingin mengenakan ibunya kemudian berjalan perlahan lahan mendekati ke arah ibunya .

"Warghh ibu !" dia tergelak mengekek ngekek melihat ibunya melatah sambil mengacah acah ingin memukul dirinya . Cepat cepat dia mengelak . Kalau tidak mungkin dia sudah K.O . Sakit perut nya mentertawakan ibunya .

Puan Aishah sudah menayangkan riak wajah bengis nya . Tidak suka akan perbuatan anaknya itu . Sudah banyak kali dia menegah anaknya itu , tetapi apakan daya anaknya itu adalah Qayra Qiestiena yang terkenal dengan sifat keras kepalanya .

"Qayra Qiestiena apa ni ?! Kan ibu dah cakap jangan buat macam tu !" Dia mencubit pinggang anak daranya itu . Geram !

"Aduhh sakit la penyepit ketam ibu ni" dia menggosok pinggang nya . Mak ketam ke yang cubit nya tadi ? Kalau ibunya sudah marah bersiap sedia la dengan penyepit ketam nya . Berbisa !

"Tahu pun" Puan Aishah menjeling anaknya sekilas .

Setelah keadaan sedikit tenang Qayra mula bersuara .

"Ibu nak tahu tak ? Kakak nak balik !" dia pasti ibunya mesti tidak tahu tentang berita ini .

"Betul ke adik ?" Puan Aishah terkejut lalu refleks tangannya mencengkam lembut bahu anak daranya itu .

Qayra yakin pasti ibunya sangat merindui kakaknya itu . Ibu mana yang tidak rindukan anak ? Sudahlah kakaknya berada di negara orang hampir 4 tahun lamanya .

...

Derap kasut tumit tinggi nya bergema kuat di Kuala Lumpur International Lumpur (KLIA) . Kaki laju melangkah menuju ke tempat yang ingin dituju . Akhirnya , dia kembali ke tanah air nya semula . Ini lah saat saat yang dinantikan .

Dia perasan banyak mata mata yang memerhati ke arahnya sedari tadi . Tetapi dia tidak peduli . Mungkin dirinya terlalu cantik ? Siapa sahaja yang tidak terpegun melihat kecantikan nya ? Ya dia ialah Qefina Sofea seorang gadis manis berkulit putih dan memiliki pinggang yang ramping serta tubuh badannya yang tinggi lampai menampakkan dirinya seperti seorang model .

"Kak !" Laung Qayra dari jauh sambil melambai ke arah kakaknya setelah dia melihat kelibat kakaknya dari jauh .

Qefina Sofea terus melangkah ke arah keluarga kecilnya . Dia tersenyum bahagia melihat senyuman keluarganya yang setia menanti kepulangannya selama ini .

"Ibu !" Qefina terus melulu ke arah ibu nya . Dia tidak dapat menahan rindu . Dia bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya .

Puan Aishah yang sedari tadi diam terus mendepakan tangan dan mendakap kemas tubuh anaknya . Tumpah juga air mata yang dia tahan sedari tadi .

Qayra mendecik kecil . Kakaknya itu drama sungguh . Dia sedari tadi hanya menjadi pemerhati drama air mata dua beranak itu .

Setelah puas memeluk dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya . Dia terus memandang ke arah adiknya Qayra Qiestiena . Qefina Sofea tersenyum dan terus mendakap tubuh adiknya itu .

Qayra yang terkejut dengan tindakan refleks kakaknya hanya membalas pelukan itu . Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi itu tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka .

Puan Aishah gembira melihat keluarga kecilnya itu . Tiba-tiba hatinya diruntun pilu mengenangkan arwah suaminya yang sudah meninggalkan mereka sekeluarga . Andai suaminya masih ada pasti keluarga mereka sudah lengkap .

"Abang tengok la anak-anak abang dah berjaya , saya berjaya didik mereka seperti yang abang harapkan" luahnya sendiri , cukup hanya didengari oleh dirinya sendiri sambil melihat anak-anaknya yang sedang bergembira . Dia turut tersenyum gembira .

SisBro Pilihanku !Where stories live. Discover now