2

12 0 0
                                    

"Assalamualaikum ibu Qay dah balik" .

"Hah dah balik pun anak ibu ni , lama betul pergi beli barang" sambil menolong Qayra mengangkat barang yang dibelinya tadi .

"Hehehe sorry lah bu tadi ada terjumpa dengan mam-" upss nasib tidak terlepas . Nyaris nyaris sahaja dia mahu memberitahu tentang kejadian tadi .

"Apa dia adik ?" Suara anaknya kurang jelas di pendengaran nya .

"Haha tak ada apa lah bu" fuhh nasib tidak terlepas cakap tadi .

"Ibu petang nanti adik pergi kerja balik tau sambung shift petang" .

"Ok adik" jawab Puan Aishah sambil mengemas barang dapur yang baru dibeli oleh anaknya Qayra .

Qayra memijak anak tangga rumah nya satu persatu menuju ke biliknya . Apabila tiba di hadapan pintu biliknya dia terus merebahkan diri di atas katil empuk miliknya .

"Argh leganyaa , bodoh ah si Mira ni haih aku baru nak lena lena dah kena ganti shift dia pula petang ni" omel nya sendiri .

...

KRINGGG ! KRINGGG!

Qayra lantas menggosok matanya apabila mendengar bunyi jam loceng nya menjerit apabila jarum tepat menunjukkan pukul 2 petang .

Setelah siap mengenakan t-shirt dan seluar jeans Qayra berlari anak menuruni tangga menuju ke pintu utama rumah , dia tahu jika dia lambat mungkin gaji nya akan dipotong .

Puan Aishah sedari tadi yang berada di dapur terkejut dengan tingkah laku anak bongsunya itu yang terlihat seperti kelam kabut sahaja .

"Adik nak pergi mana ni kelam kabut je" tegur ibunya Puan Aishah .

"Aduh ibu adik dah lambat ni gerak dulu okey !" Sebelum dia bergerak menuju ke pintu utama rumahnya sempat dia menyalami tangan ibunya Puan Aishah .

Puan Aishah hanya menggeleng melihat tingkah laku anak daranya itu .

...

Setibanya dia di hadapan kedainya cepat cepat dia keluar dari perut kereta dan bergegas menuju ke dalam cafe tersebut .

"Fuhhh letih betul rasanya" sambil berjalan menapak masuk ke dalam ruangan cafe tersebut .

"Qay!" Jerit Haritz memanggil Qayra yang membelakangi dirinya .

"Apahal kau ni ?!" Qayra juga membalas dengan nada yang sangat kuat .

"Awal betul kau sampai ?" Pelik dia melihat kawannya itu tiba awal ke kedai . Selalu nya muka dia lah terpaling lambat sampai .

"Kau ni aku lambat salah , awal pun salah ke ?" Sambil tangannya ligat membetulkan topi yang berada dia atas kepalanya , tidak mahu terlihat penampilannya yang kurang kemas .

"Blah la , aku nak buat kerja ni" Qayra melanggar keras bahu Haritz .

"Auchh ! Dia ingat bahu aku ni batu ke main langgar macam tu je , bahu dia tu ye la keras macam batu !" Bebel Haritz seorang diri .

Qayra yang mendengar bebelan Haritz hanya membiarkan sahaja . Dia sudah lali dengan perangai Haritz yang memang kuat membebel .

...

Hazeeq melangkah laju menuju ke cafe yang berdekatan dengan tempat kerjanya . Apabila terasa rintik rintik hujan menyentuh kulitnya Hazeeq bergegas laju menuju ke cafe itu untuk berteduh .

Hazeeq memasuki cafe itu dan kelihatan sangat lenggang dan sunyi .

"Macam tak ada orang je" duga Hazeeq sendiri . Kaki terus laju menapak ke arah kaunter untuk membuat pesanan .

SisBro Pilihanku !Where stories live. Discover now