1

3.7K 85 3
                                    



Kertas kerja dihadapan disusun kemas. Ha! Pagi-pagi dah sibuk! Takpe rezeki ada kerja. Kalau tak kerja mengeluh lain pula. Jam ditangan kanan dilirik.

8.30 pagi. Baru setengah jam berlalu rupanya. Dia duduk dikerusi empuk dibelakangnya. Badan disandarkan perlahan.

Palet kaca di atas meja dipandang. Dan saat itu, senyuman dibibir terukir. Akhirnya nama dia terukir di situ!

Finally! She made it!

Tuk! Tuk!

Pintu bilik diketuk perlahan tetapi dapat didengari tuan empunya bilik. Pandangan beralih dan senyuman dipaparkan kepada lelaki dihadapannya ketika ini.

"Morning Ree!" Tegur lelaki itu. Lelaki inilah yang banyak berjasa kerana membantunya selama dia bekerja di syarikat ini.

Tanpa Tuan Aqasha, dia tidak akan berada diposisinya yang sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri yang bekerja sekali dengannya iaitu Puan Qaseh, yang juga merangkup Personal Assistant beliau.

"Morning Tuan!" Balas Azreeya kepada Tuan Aqasha dengan senyum manis.

Cepat-cepat Azreeya berdiri dan menguak langkah ke arah Tuan Aqasha.

Azreeya menjemput Tuan Aqasha untuk duduk di sofa duduk yang berada di tengah ruang bilik.

Dan ada seorang lelaki turut bersama Tuan Aqasha. Tapi tidak diendahkan sahaja lelaki itu. Azreeya turut mempelawa lelaki tersebut untuk duduk bersama mereka.

"Kenalkan ini Aufat. He's gonna be your Personal Assistant. Lepas ni, apa-apa jadual Ree, dia yang akan tolong handle. Faham?" Kata Tuan Aqasha yang berbaur arahan.

Azreeya mula tercengang. Selama ini dia mampu mengurus jadual kerja sendiri.

Walaupun jawatan baru yang digalasnya ini baru berusia dua bulan setengah. Kenapa Tuan Aqasha bersusah payah nak bagi dia PA?

"Tapi Tuan, selama ni saya okay je. I mean I can handle it by myself?" Azreeya membela diri.

Tuan Aqasha tersenyum kecil.

"Ree tahu lepas ni kita akan ada upcoming project kan?" Lembut Tuan Aqasha memberitahu.

Azreeya mengangguk setuju. Betullah, selepas ini syarikat Tuan Aqasha akan mendapat tender besar dan ada beberapa projek akan berlangsung dibawah pengurusan dia sendiri.

"Ree yakin ke Ree dapat handle jadual kerja tu nanti? Bulan lepas yes, you can handle everything since our projects still dalam perbincangan. Bulan ni? Dan bulan akan datang? Projek kita bukan satu kan?" Tuan Aqasha meyakinkan Azreeya lagi. Niatnya cuma mahu menolong gadis itu sebelum ribut taufan besar melanda.

Sedangkan ribut taufan berskala kecil pun gadis itu haih, kasihan...

Azreeya mengangguk perlahan. Dia sedar besar tanggungjawabnya sekarang. Mana mungkin dia dapat mengurus jadualnya sendiri selepas ini.

Membayangkannya sahaja sudah cukup membebankan kepala Azreeya. Masaklah kau lepas ni Ree. Makin sibuklah kau!

Tuan Aqasha melepaskan keluhan. Dia perlu membantu Azreeya sekarang. Gadis didepannya ini dipandang sayu.

Timbul rasa kasihan. Bukan niatnya untuk memarahi Azreeya, tapi dia perlu bertegas. Kerana selepas ini jadual Azreeya akan menjadi terlalu padat.

Sabtu dan Ahad sepatutnya menjadi hari Azreeya untuk bekerja. Bukan waktu bekerja. Macamlah dia tak tahu selama ni Azreeya berkejar ke sana ke mari dihujung minggu kerana urusan kerja.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang