SPECIAL CHAPTER 1

973 44 7
                                    



Tup-tup kurang dari dua bulan kemudian, di sinilah mereka bersama keluarga masing-masing. Hari menjadi saksi penyatuan mahligai dua hati, Luth Aufat dan Azreeya.

"Aku terima nikahnya Azreeya binti Azim dengan mas kahwin 5 dinar tersebut" lafaz Luth Aufat dengan sekali nafas.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Setitik demi setitik air mata Luth Aufat menitis di kedua pipinya. Akhirnya penantiannya selama ini membuahkan hasil. Perlahan-lahan nafasnya dihembus. Matanya ditutup sejenak.

Perlahan-lahan Aufat membuka matanya semula dan menuju ke ruang solat untuk membuat solat sunat dan upacara pembatalan air sembahyang. Setelah selesai menunaikan upacara pembatalan air sembahyang, Aufat berjalan menuju ke pelamin. Dari jauh dia melihat Ree tersenyum manis dengan mata berkaca.

Terukir senyuman di bibir Aufat. Wajah manis Ree di tatap kasih.

Tiba saja dipelamin, Aufat duduk disebelah Ree. Perlahan jari Aufat memegang dagu Ree.

"Assalamualaikum, isteri saya."

Mendengar salam daripada Aufat membuatkan wajah Ree menjadi semerah udang yang baru direbus! Ya Allah, aku dah jadi isteri orang! Matanya tepat memandang anak mata Aufat.

"Waalaikumsalam, En... Suami saya!"

Tertawa kecil Aufat mendengar jawapan daripada Ree. Haih, nak sebut Encik lah tu, telahannya di hati. Perlahan-lahan bibirnya mengucup dahi Ree. Setelah itu, kepala Ree disentuh lembut. Tangan kanannya ditadah.

"Ya Allah Ya Tuhan ku. Kau peliharalah aib isteriku, Kau lindungi lah isteriku. Kau sejahterakan perkahwinan kami, Kau berkatilah perkahwinan kami Ya Allah. Kau bantulah hamba-Mu ini untuk menjadi suami yang boleh membimbing isterinya untuk di dunia dan diakhirat kelak. Amin."

Sekali lagi, menitis air mata mereka berdua. Ree turut mengaminkan doa yang dibaca oleh Aufat. Sungguh doa yang dibaca oleh Aufat membuatkan dia sedar sepenuhnya bahawa dia sekarang telah sah menjadi isteri kepada Luth Aufat.

Lelaki dihadapannya ini lah yang akan membimbingnya untuk menjadi insan dan isteri di dunia dan di akhirat. Lelaki inilah yang akan berada disampingnya hingga ke hari tua.

Aufat menyapu air mata Ree yang mengalir.

"Jangan nangis, baby."

Bisik Aufat perlahan. Kalau ikutkan hati, Aufat pun mahu mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak percaya akhirnya dia berjaya memilik gadis ini. Tidak sia-sia penantian selama ini!

Tamat sahaja bacaan taklik, Aufat mengalirkan air matanya sekali lagi. Kini besar tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Kertas taklik itu di tandatangan bagi mempersetujui lafaz taklik. Ree turut melakukan hal yang sama.

Selepas itu, mereka memulakan sesi bergambar sekeluarga. Aufat mengupah beberapa photographer untuk majlis dia dan Ree. Tetamu yang dijemput tidak lah ramai, hanya keluarga terdekat mereka dan kenalan rapat mereka sahaja yang datang. Pelamin mereka pula simple but elegant. Ini hasil perbincangan Aufat dan Ree kerana mereka tidak mahu ada sebarang pembaziran berlaku.

Pakaian yang direka oleh Aufat sendiri juga mendapat pujian daripada tetamu yang hadir. Ree si pemakai bertambah cantik dengan busana tersebut!

Makin banggalah Aufat apabila isterinya dipuji. Untung nasib badan.

Pelamin yang berwarna off-white dan dihiasi dengan kelompok bunga yang berwarna cream dan sedikit ungu dan pink menjadi pilihan mereka. Sungguh cantik menghiasi rumah homestay milik Mama sendiri.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now