SPECIAL CHAPTER 2

873 38 4
                                    



Aufat memandang keadaan rumah yang sunyi dengan beberapa plastik di tangan. Aufat baru sahaja balik dari supermarket membeli barang basah dan juga aiskrim kegemaran dia dan "keychain" kesayangan dia.

Selesai meletakkan barang basah ke sinki, aiskrim berperisa chocolate peppermint diletak ke dalam peti sejuk.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik utama. Kelihatan Ree sedang mengemas baju dengan keadaan lantai yang bersepah. Isterinya itu rupanya tidak sedar akan kepulangan dia ke rumah.

Mana nak dengar kalau Ree sudah memakai headphone untuk mendengar lagu sambil mengemas.

Aufat menepuk perlahan bahu si isteri. Ree mendongak. Terkejut dia melihat Aufat berada di belakangnya sekarang.

"Eh sorry sayang! Saya tak perasan awak balik!" Tegur Ree sambil menanggalkan headphone dari kepala. Selepas itu tangan kanan Aufat dicapai dan dicium lembut.

Aufat menggosok kepala Ree perlahan dan turut melabuhkan punggung di belakang Ree. Kedua tangannya memeluk erat pinggang Ree dan dagu diletak di bahu kiri Ree.

Hari ni biar dia yang jadi "keychain" Ree!

"Macam manalah saya nak kemas baju-baju ni sayang? Kalau dah awak melekat macam ni..." Kata Ree sambil menggelengkan kepala. Tapi tetap sahaja tangannya pantas melipat baju-baju di lantai.

Aufat buat-buat pekak. Apa dia peduli. Janji dia boleh melekat dengan Ree. Kan dia dah cakap dulu kalau boleh dia nak simpan Ree dalam poket dia saja.

Aufat terpandang kotak bersaiz sederhana besar di sebelah mereka. Ada tertulis "BUANG" di kotak tersebut. Ree nak buang apa?

"Baby, nak buang apa ni?" Tanya Aufat hairan. Rasanya dia dengan Ree tidak ada berbincang apa-apa untuk membuang barang-barang di rumah mereka ini.

Ree menoleh ke belakang dan melepaskan pelukan Aufat dari pinggangnya.

"Saya nak buang baju-baju saya yang tak berapa nak cukup kain ni lah sayang..." Luah Ree perlahan.

Dia sudah berfikir beberapa hari untuk membuat keputusan membuang semua baju-baju sexy ataupun baju tidak cukup kain yang dia ada. Kalau masa bujang bolehlah dia berpakaian begitu. Ini sudah menjadi seorang isteri, dia kenalah menjaga air muka si suami.

"Kenapa nak buang?" Aufat bertanya pelik.

Kalau Ree nak buang baju-baju sexy dia, macam mana Aufat mahu cuci mata lagi?

"Saya kan dah jadi isteri awak. Tak elok untuk seorang isteri pakai pakaian terdedah sana sini. Syurga saya kat awak. Sebab tu saya nak buang baju-baju ni..."

Pantas Aufat membuka semua lipatan baju-baju yang sudah dilipat oleh Ree. Ree hanya melihat.

Kena lipat semula lepas ni...

Aufat memandang Ree, mulutnya melepaskan keluhan. Haihlah isteri.

"Terima kasih baby. Memang betul, syurga awak kat saya. Selama ni saya bersyukur lepas kita kahwin pun baby dah slow-slow tak pakai baju-baju ni. Baby dah banyak pakai baju-baju longgar. Saya bangga dengan baby saya ni. Tapi baby janganlah buang baju-baju ni sebab saya..."

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now