SPECIAL CHAPTER 3

1.3K 57 27
                                    



"Baby! Oh Baby!"

Terpekik terlolong Aufat dari bilik. Jantungnya mengepam laju. Peluh yang menitik di dahi dibiarkan. Tangannya memegang dada yang sesak.

Ree yang berada di dapur terus berlari menuju ke bilik dia dan Aufat. Nasib baiklah tiada pisau di tangan. Kalau ada memang tercampaklah pisau di tangan. Seriau dia mendengar jeritan Aufat. Jatuh dari katil ke suaminya itu?

Bergegas Ree menuju ke bilik dan pintu ditolak ke dalam. Ree melihat Aufat memicit kepalanya.

"Ya Allah Sayang! Kenapa menjerit tadi?!"

Ree memanjat katil sambil bertanya. Pantas tangannya mengelap peluh di dahi Aufat. Macam orang pergi jogging peluhnya pun.

Aufat menahan tangan Ree daripada terus mengelap dahinya lalu memeluk tubuh isterinya dengan erat. Tindakan Aufat membuatkan badan Ree jatuh ke dalam pelukan si suami.

"Ya Allah, baby jangan tinggalkan saya... Kalau saya buat salah saya minta maaf. Tapi jangan tinggalkan saya macam tu..."

Tanpa disedari air mata Aufat turut mengalir laju. Suara Aufat tersekat-sekat. Teringat akan mimpinya tadi. Boleh mati mungkin Aufat kalau mimpi tadi menjadi kenyataan.

Kening Ree bercantum hairan lantas menolak badan Aufat dan memegang pipi suaminya yang basah. Apa sedih sangat ni sayang?

"Awak mimpi buruk ke tadi sayang?"

Jari jemari runcing Ree mengelap air mata si suami. Dari pipi tangan Ree mengusap rambut Aufat yang serabut. Dirapi rambut tebal sehingga kemas.

Aufat mengangguk perlahan. Sekali lagi dipeluk erat badan isteri kesayangannya. Jantungnya masih bergerak pantas. Sambil itu tangan Aufat perlahan-lahan menggosok belakang Ree.

Ree melepaskan keluh. Kedengaran degupan jantung laju si suami. Inilah padah tidur petang tak ingat dunia. Kan mendapat mimpi buruk.

"Apa awak mimpikan tadi sampai menjerit macam tu?" Ree bersuara sambil tangannya menggosok lembut belakang sang suami. Mahu memeluk erat dah tak dapat. Perutnya sudah besar memboyot. Hahaha...

Aufat merenggangkan pelukan mereka. Patut kah dia memberitahu Ree apa mimpi dia tadi? Erm bagi tau ja lah!

"Saya mimpi awak dah takde lepas lahirkan our babies..."

Tersekat-sekat jugalah Aufat memberitahu mimpi buruknya tadi. Mimpi tadi nampak real! Ah tak sangguplah Aufat kalau Ree tinggalkan dia. Ree tiada depan mata pun dia sudah sedih.

Clingy tak kena tempat! Mahu dimarah erm malas...

"Eh tak payah merepeklah sayang! Awak tu yang tidur petang. Gangguan syaiton ja tu. Jangan nangis-nangis. Apa ni Daddy cengeng?" Pujuk Ree lembut.

Sekarang kena cakap lembut-lembut dengan Aufat tau. Tidak boleh tertinggi suara sikit mesti member emo, sentap, nangis pun ada kadang-kadang.

Ree pun pelik siapa yang pregnant sebenarnya. Sepatutnya dia yang emosi lebih. Tapi terbalik pula. Sepanjang pregnantkan anak kembar ini pun ada hari dia terpaksa cuti disebabkan morning sicknessnya yang teruk.

Tapi kata doktor benda begini normal saja. So don't worry!

Beberapa minggu kemudian, Ree pun selamat melahirkan anak kembar dia dengan Aufat! Comel dua-dua.

Tahu tak lagi best apa? Anak kembar mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki! Yeay!

Ada Luth Aufat junior, Azreeya junior. So sweet!

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now