𝙕𝘼𝙍𝙊𝙍𝘼 ʚїɞ | 𝟐𝟎🎀

212 18 0
                                    

"Jadi aiman tu anak buah awak la." Arief memandang Hanna yang duduk di seat penumpang sebelahnya.

"Ye." Hanna membuang pandang keluar tingkap.Aiman adalah anak kakaknya.

"Arief..awak rasa, abang awak marah tak kalau saya balik rumah saya sekarang." Hanna risau kalau mama dan ayah marahkan dia sebab dah lama tak balik rumah.

"Marah la kot." Arief macam tak tahu dengan perangai abang-abangnya tu.Boleh jadi gila kadang-kadang.

"Saya risau kalau mama dengan ayah saya cari saya." Hanna berasa begitu walaupun hakikatnya mama dan ayah tidak kisah pasalnya.

"Bukan awak cakap mama dan ayah awak tak kesah ke pasal awak?" Arief memberhentikan keretanya di jadapan Office Ariel.

"Hmm." Malas nak ambil hati Hanna terus keluar dari kereta Arief.

"Terima kasih Arief."

"Sama-sama kakak ipar." Arief senyum menampakkan kedua lesung pipitnya.Manis

"Eh, memandai je ye." Hanna membuat side eyes kepada Arief.Tak ada masa Ariel nak suka dia.Itulah yang Hanna fikirkan.

Ariel yang baru keluar dari dalam officenya menuju ke arah Hanna.Dia baru habis Meeting dengan Zariel dan ayahnya.Tali Tie yang dipakai dilonggarkan sedikit.

"Kau nak pegi mana ni?" Ariel menjenguk ke dalam kereta Arief.

"Adahal jap, kenapa?" Arief memandang abangnya.Dia nak cepat ni nak sambung dating dengan bella.

"Papa nak jumpa kau sekarang." Ariel kembali berdiri dengan stabil.Hanna dihadapnnya  dipandang pelik.

Solan Arief yang selebihnya dihiraukan.Dah bagitahu tu pergi jela naik jumpa.Nak tanya lagi kenapa, mana la dia tahu kenapa Papa nak jumpa arief.

Arief yang tahu Ariel tidak melayannya keluar dari kereta dan menutup kuat pintu kereta tersebut.Kacau la papa ni. Arief berjalan malas masuk ke dalam Office papanya.Senyuman manis pekerja perempuan papanya tidak dihiraukan.Gedik.

"Kau beli apa je tadi." Ariel memandang tangan Hanna yang tidak memegang apa-apa kecuali handbegnya.

"Tak..tak beli apa-apa pun.Barang-barang saya masih ada lagi." Hanna menjawab berhati-hati kerana takut Ariel akan memarahinya.

Tanpa membuang masa, Ariel menarik kuat tangan Hanna supaya mengikutnya.Ariel ni memang tak boleh berlembut ke? Macam mana la anak buah dia duduk dengan Ariel ni.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Hanna seperti tidak cukup langkah apabila tangannya ditarik begitu.

Soalan Hanna tidak dijawab.Ariel menolak masuk tubuh Hanna kedalam kereta apabila pintu keretanya sudah dibuka.

"Sakit la." Hanna menggosok bahunya.Ariel menghiraukan dan menutup pintu penumpang tersebut.

"Sakitkan diri sendiri tu tak sakit pulak." Bunyi seperti sindiran.Ariel ni memang tak reti jaga hati betul la.

Ariel memandang Hanna tajam seperti ingin menelan.Hanna yang takut dengan pandangan tajam Ariel melarikan matanya memandang ke lain.Dah kenapa Ariel ni tiba-tiba je mood lain.

"Aku dah cakapkan dekat kau, jangan buat perkara bodoh tu lagi.Kau tak faham ke arahan aku?" Ariel mencengkam bahu Hanna kuat dan menolak tubuh tersebut pada pintu kereta.Marah pagi tadi tak habis lagi.

MY HUSBAND MR. ZARIELWhere stories live. Discover now