𝙕𝘼𝙍𝙊𝙍𝘼 ʚїɞ | 𝟏𝟖🎀

181 13 0
                                    

Ariel dan Hanna berjalan masuk ke dalam restaurant yang agak mewah.Dari jauh Ariel sudah nampak kehadiran adik-adiknya dan beberapa orang perempuan yang sedang duduk di meja yang agak tersorok.Orang agak ramai dalam restaurant tika ini.

Hanna hanya membuntuti langkah Ariel.Nanti kalau melawan kena cekik lagi macam mana? Hm takut.

Sampai di tepi meja, Ariel duduk di tepi zariel.Dan Hanna pula duduk di tepi Aurora.

"Hai.." Bella menegur Hanna ramah.Hanna menyambut huluran tangan Haisya,bella dan Aurora.

"Hai." Hanna hanya balas sepatah.Anak kedua memang perangai introvert.Tak banyak cakap.

Bella, Aurora dan Haisya memperkenalkan nama kepada Hanna dan begitu juga Hanna.

"Muka awak macam aurora la hanna." Haisya bersuara.Dan semua orang dimeja itu memandang silihberganti muka Aurora dan Hanna.Tapi tidak termasuk Ariel dan Zariel.

"Haah la Hanna, muka awak sama macam aurora,mata sama, warna rambut sama." Hanna hanya tersenyum malu.Hanna juga mempunyai mata dan rambut yang sama dengan aurora.Dalam keluarga dia, dia sorang je lain.Macam anak angkat pun ada.

"Cantik." Puji Haisya.

"Tak adalah, awak lagi cantik." Hanna tidak selesa apabila dipuji begitu.Ariel hanya tersenyum melihat Hanna malu-malu apabila dipuji oleh kawan-kawan barunya.Sebenarnya Ariel dan Zariel je yang tahu tentang biodata Hanna yang sebenar.

Sembang mereka terhenti apabila pelayan restaurant itu datang.Dan mereka memesan makanan dan minuman masing-masing. Setelah makanan sampai, mereka menikmati makanan tersebut.

Bella yang dari tadi sedar Arief asyik memandang berasa tidak selesa.Dah kenapa pandang aku macam tu.Nasib la handsome.

"Muka aku ada apa-apa ke?" Bisik bella di telinga Aurora.Aurora menggeleng dan menyambung makan.

Arief memandang setiap inci muka bella,cantik. Bella pula hanya membuat tidak tahu akan pandangan Arief kepadanya.Dalam otak berfikir macam mana aku nak makan ni.HAHA

Hanna yang tidak boleh menghabiskan makanannya kerana terlalu banyak bermain sudu dengan  menguis-guis nasi di dalam pinggannya.Ariel yang memandang seakan-akan faham.Tanpa menghiraukan orang dimeja itu Ariel menarik pinggan Hanna.
Hanna memandang dengan muka bertanya. Dia nak buat apa ni?

Tanpa Hanna sangka,Ariel menyuap nasi yang berada dalam pinggan Hanna ke dalam mulutnya sampai habis.Hanna yang melihat menelan air liur.Dah kenapa Ariel ni makan bekas aku.

Hanna berusaha untuk menghabiskan airnya pula,takut kalau tak habis nanti Ariel yang tolong habiskan.Dia memang tak biasa makan banyak-banyak.Kalau boleh sehari sekali je dia makan,tu pun sikit.

"You nak rasa ke?" Aurora mengangkat sudunya kepada zariel.Dari tadi asyik tengok dia makan je,mungkin nak rasa sikit kut.

"Nak." Aurora menolak pinggan kepada zariel.

"Nak suap." Dalam hati aurora rasa macam nak hempuk je Zariel ni.Tak malu minta suap.

Tapi apabila aurora memandang kiri dan kanannya mereka semua hanya memandang makanan masing-masing.Cepat-cepat Aurora menyuap nasi ayam buttermilk kedalam mulut Zariel.

MY HUSBAND MR. ZARIELWhere stories live. Discover now