Zariel zamiel firash | Sweet aurora meldina.
"You are my first love and last love,only you and forever you in my heart" - Zariel
Start:8 mac 2023
End:?
maaf kalau terupdate lambat😔💋
karya pertama saya,saya yakin dalam cerita ni mungkin banyak keku...
Bella tersenyum gembira apabila semua barang -barang yang dibelinya dibayar oleh Arief. Bukan dia yang nak, tapi Arief yang bersungguh-sungguh untuk membayarkan untuknya.Dah orang nak belanja, terima jela.
Hanna pula tidak membeli apa-apa kerana dia tak nak gunakan card yang diberi oleh Ariel. Lagipun semua barang-barang dia masih ada lagi yang Ariel belikan.
Haisya yang terasa diperhati tidak senang duduk.Daripada dia dekat restaurant tadi lagi dia rasa diperhati.Tapi tak nampak sapa sapa pun yang agak mencurigakan.Kaki laju menuju ke arah cashier untuk membayar.
"Cik Adele Haisya ye?" Harini dah dua orang tanya namanya.
"Ye saya." Jangan cakap barang dia yang ni pun dah bayar.
"Barang-barang cik Adele Haisya semua sudah dibayar." Haisya merungut dalam hati.Geram betul la.Sapa ek sebenarnya lelaki yang baik hati sangat ni.
Selesai shopping di kedai pertama Haisya menuju ke kedai emas yang dimasuki oleh Aurora dan Hanna.Bella? Dah hilang lesap dengan Arief, dating la tu.
Kali ni Haisya dah dapat idea untuk mengenakan lelaki yang baik hati sangat tu.Dia ingin membeli gelang emas yang paling mahal supaya lelaki tu tak sanggup nak membayarnya.
"Jum beli gelang ni sama dengan saya nak? Takpe saya belanja." Sekarang Aurora dan Hanna ada di dalam kedai emas.
"Tak apa lah,saya bayar sendiri." Tolak Hanna.Dia memang tak nak menyusahkan sapa-sapa.
"It's okay,anggap je hadiah dari saya." Dan akhirnya Hanna bersetuju.Dia memang tak suka kalau orang terlalu baik dengan dia. Dia tak nak orang menganggap dia suka menyusahkan macam yang selalu mama dan ayah cakap dekat dia.
Satu jenis gelang tangan bewarna silver dipilih. Apabila Hanna pun bersetuju dengan pilihan Aurora, Aurora terus membayarnya.
Selepas Aurora dan Hanna siap membayar, mereka menuju pula ke arah Haisya yang sedang memilih salah satu gelang di dalam meja kaca tersebut.
"Aurora, Hanna..cuba korang tolong carikan untuk aku yang paling cantik dan paling-paling mahal,boleh tak?" Pinta Haisya sambil tangan Hanna dan Aurora dipegang dan dihayun-hayun.
"Paling mahal? Kau ada duit ke?" Bukan Aurora tak tahu.Geng diaorang ni semua penganggur tak kerja.Cuma mengharapkan duit makayah je.HAHAHAHA
"Alah..yang tu tak payah kisah,korang tolong aku ye." Selepas Aurora dan Hanna bersetuju Haisya terus memerhati sekeliling ruang kedai itu.Untuk mencari kelibat orang yang memakai baju kemaja hitam dan memakai topi hitam.Tapi malangnya dia. Hanya mereka sahaja yang berada didalam kedai itu.
Selepas Aurora dan Hanna sudah memilih gelang emas untuknya Haisya ingin membayar tetapi sekali lagi Haisya merungut di dalam hati apabila pelayan kedai itu kata gelang itu sudah ada orang bayarkan.Apabila ditanya sapa pelayan itu kata dia tidak kenal.
Dan barulah Hanna dan Aurora faham mengapa Haisya suruh memilih gelang yang berharga mahal.Tapi untung la jadi Haisya.Tapi untung lagi Hanna dengan Aurora sebab dapat blackcard free.HAHAHA
Dan selepas itu Haisya tidak membeli apa-apa dan dia cuma membayarkan barang-barang Aurora sebab itulah janjinya tadi untuk belanja Aurora shopping.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aurora,Hanna dan Haisya menuju ke arah Arief dan bella yang sedang bermain permain yang ada di dalam mall tersebut.Boleh pulak ye Bella tu rapat dengan Arief walaupun baru sahaja kenal.Tapi yang peliknya perangai kasar bella macam dah hilang je.
"Ehem ehem, dah dah la tu.Bagi la peluang dekat budak-budak tu nak main pulak." Aurora dari tadi perasan yang ramai budak-budak menunggu untuk bermain di dalam taman mini.Dah tua pun sebuk nak main.
Arief dan bella segera keluar dari tempat tersebut.Arief dengan perangai macam budak-budak dan bella pula jenis melayan.Ha memang sepadan la korang.
"Korang dah siap shopping ke?" Arief bertanya, sambil tangan membetulkan sedikit lengan baju kemejanya.
"Dah, kitaorang nak balik ni.Kau hantar bawak Hanna elok-elok." Siap Haisya memesan.
"Bella,jum balik." Bella tumpang Aurora sebab keretanya masih ada di bengkel,rosak.
"Bubye korang, hati-hati drive." Hanna sempat memesan sebelum dia mengikut langkah Arief untuk pergi ke pejabat Ariel.
Dalam perjalanan Haisya masih lagi rasa ada orang mengikutinya.Kereta dipandu lagu supaya cepat sampai ke rumah.Risau jugak dengan lelaki yang dia tidak kenali tu.
Cermin pandang belakang dipandang. Kelihatan sebuah kereta yang dari tadi asyik mengikutinya.Haisya menambah kelajuan keretanya sehingga kelibat kereta yang mengikutinya jauh tertinggal di belakang.
"MUHAHAHA PADAN MUKA." Puas hati Haisya apabila kereta lelaki tersebut sudah tidak nampak dari pandangannya.
Satu notification masuk.Haisya mengambil telefonnya yang berada diatas seat penumpang sebelahnya.
Unknown: Kau perlahankan kereta kau sekarang! Dah teringin sangat ke nak mati?
Terbeliak mata Haisya apabila membaca pesanan tersebut.Nak je di reply
'Haah memang nak mati pun.'
Tapi memang dia tidak hairan kerana sudah selalu dia dapat message macam tu dari nombor yang sama.Cuma dia tidak reply je semua chat tersebut.
Kalau dia keluar malam berjumpa dengan kawan-kawannya pun pasti nombor tersebut akan chat menyuruh dia balik sebelum pukul 10:30 malam.Terasa diri dikawal oleh orang yang dia tidak dikenali.