𝙕𝘼𝙍𝙊𝙍𝘼 ʚїɞ | 𝟏𝟏🎀

253 16 0
                                    

Turun je dari kereta aurora terus berlari ke arah Aiman yang sedang duduk di halaman rumah zariel sambil menangis.

Aurora perlahan lahan memeluk tubuh kecil aiman dan didukungnya.

"Kenapa sayang mummy menangis, sapa buat Aiman." Zariel Arief dan Ariel yang memand dah berdiri di situ hanya memandang.Dah puas mereka pujuk aiman.Tapi dia still tak nak berhenti menangis.Dan terpaksa lah Zariel pergi ambil aurora malam malam macam ni.

"Ai..Aiman..rin..rindu mummy." Tersekat sekat aiman menyebut kerana menangis.

"Shut..shut..don't cry..mummy ada ni kan." Aurora menyusap belakang aiman dan mencium dahi aiman.

"Aiman nak pergi funfair dengan mummy." Aurora memang suka melayan budak budak.Sebab perangai dia pun kadang  kadang macam budak budak.

Aurora menganggukkan kepalanya.

"Okay, tapi aiman tak boleh menangis lagi tau."

"Okay." Hanya sedu aiman sahaja yang kedengaran.Mungkin lama aiman ni menangis.
Sampai merah pipinya.

Aurora membawa aiman menuju ke kereta Zarie.

"Daddy..mummy nak pinjam kereta ni." Aurora meninggikan sedikit suaranya kerana kedudukan dia agak jauh dari zariel.

"Tak yah..kitaorang ikut sekali." Ariel arief dan zariel menuju ke kereta audi milik Zariel.

Memang tak la Arief nak bagi anaknya keluar malam tanpa dia.Kalau terjadi apa apa macam mana? dah la anak orang pulak tu.

Pemandangan dari luar sudah nampak meriah apatahlagi kalau masuk ke dalam.Aiman yang nampak kereta mainan yang boleh dibawa oleh kanak kanak sudah tak sabar sabar nak main.

Setelah dua jam mereka berada di dalam funfair semua merasa penat.Tiba tiba kedengaran suara tangisan seseorang dibelakang.Aurora.

Zariel Arief dan Ariel yang risau terus mendekati Aurora. Kenapa dengan aurora ni.

"Kenapa you menangis? Ada orang buat you ke?" Arief bertanya sambil matanya memandang sekeliling.

"Kau okay tak ni?" Wajah Zariel memang nampak risau.Ariel yang sedang mendukung aiman tengah tidur memandang sekeliling. Mencari apa apa yang nampak meragukan.

"Ge..gelang I hilang." Semakin kuat tangisan Aurora apabila menyebut perkataan tersebut.Sudah 15 tahun gelang itu berada di tangannya.Dia tak pernah bukak sebab gelang tu boyfriend dia yang bagi.

"Jatuh dekat mana? Sejak bila kau rasa gelang tu tak ada dekat tangan kau?" Zariel memandang tepat dekat dalam mata aurora.Memang muka aurora nampak sedih gila.

"I tak tahu, baru tadi I tersedar yang gelang tu dah tak ada." Air mata jernih dah tak terkira yang jatuh dekat pipi. Zariel yang rasa benci apabila melihat air mata aurora mengalir dilap perlahan menggunakan ibu jarinya.

"We aku hantar Aiman balik jap nanti aku datang balik." Aiman yang sudah lena dibuai mimpi di bawa ke kereta.

"Korang pergi la balik..I nak duduk sini cari gelang I." Aurora memandang lantai seperti mencari sesuatu.

"Kau dah gila ke nak duduk sini sorang sorang.Kau tu perempuan." Aurora berjalan meninggalkan Arief dan Zariel sambil matanya memandang bawah mencari sesuatu yang hilang.

Zariel mengejar langkah aurora.Dah la aurora pakai baju tidur je.Adoila.Zariel menarik tangan Aurora.

"Tak payah cari sebab tak akan jumpa,tempat ni besar lagipun.Nanti aku gantikan dengan yang lain." Zariel cuba memujuk.

"Apa? Kau nak ganti? Kau tahu tak benda tu tak ternilai harga dia.Kau yang kaya ni pun tak mampu la kalau nak ganti." Aurora menangis sambil tangannya memukul dada Zariel.

MY HUSBAND MR. ZARIELWhere stories live. Discover now