Selepas menghantar Aiman di rumah Aurora, Ariel terus memandu keretanya ke syarikat papanya.Hari ini mungkin dia banyak kerja yang perlu dibuat kerana sudah beberapa hari dia tidak datang kerja.Lagipun dia akan handle syarikat Dato' Hilmie di Itali dengan memegang jawatan sebagai CEO tak lama lagi.
Kereta BMW Hitam miliknya diparkir di sebelah kereta Mercedes adiknya,Zariel,awal zariel datang kerja nampaknya.
Ariel ni dia seorang yang tak suka membazir sangat.Lain la Zariel, kalau boleh semua jenis kereta dia ada.
Keluar sahaja dari kereta mata Ariel tertancap pada satu figura yang sedang terduduk,macam dalam kesakitan.Kaki laju mendapatkan tubuh kecil perempuan itu.
"Okay ke tak ni?" Tangan Ariel memegang bahu perempuan itu.Berlapik
"sa..saya..sakitt." Hanya itu yang sempat perempuan itu katakan sebelum dia pengsan di pangkuan Ariel.
Ariel mendapatkan doktor yang baru sahaja keluar dari bilik Hanna.Ariel segera bangun dan mendapatkan doktor tersebut.Terkejut dia dengan jawapan yang doktor itu berikan.Katanya Hanna banyak kesan lebam di badan seperti kena dera.
Kaki masuk kedalam bilik hanna.Mata memandang kosong ke arah hanna yang sedang tidur.Ariel duduk di kerusi sebelah katil hanna.
Selang beberapa minit Ariel mengambil telefonnya dan menghubungi seseorang.Selepas itu,dia kembali duduk di sebelah hanna.
"Kau akan terima balasan dari aku." Ariel menumbuk dinding bilik itu.
"Awak kenapa?" Ariel memandang suara yang tiba tiba muncul.Hanna dah sedar.
"Kau dah sedar?" Dah tahu tanya pula.Soalan bodoh apa la yang kau tanya ni Ariel oii.
Hanna cuma mengangguk sahaja bagi menjawab soalan Ariel.
"Lepas kau dah sihat sikit aku nak kau ikut aku." Hanna nak menjawab tapi tak jadi sebab ariel terus bangun dan berlalu pergi.Macam pelik,kadang nampak muka baik tapi kadang nampak macam sombong.Sesenang itu je dia boleh berubah berubah mood.
Sebenarnya pagi tadi hanna datang syarikat Daro' hilmie sebab nak berjumpa dengan Zariel,untuk memulangkan barang zariel.Tapi kepala dia terasa amat sakit dan tak mampu nak berbuat apa apa.Mungkin sebab malam tadi ayahnya menghentak kepalanya ke lantai sebab Hanna tak bagi duit yang ayahnya minta.
Beberapa minit kemudian Ariel datang balik dengan tangan memegang sesuatu plastik.Ariel menghampiri katil Hanna dan meletakkan plastik itu di hadapan Hanna.
"Tu aku ada belikan kau makanan.Aku tahu makanan hospital ni tak sedap." Tapi sebenarnya Hanna dia tak kesah pon sedap ke tak sedap,Janji bagi makan.
Hanna membuka plastik tersebut dan mengeluarkan makanan dari dalam plastik tersebut.
'Nasi ayam'
Tanpa membuang masa Hanna terus makan memandangkan perut pun meminta untuk diisi.
"Terima kasih awak sebab tolong saya." Ariel memandang Hanna dengan mulut penuh makanan.Makan la bagi habis dulu pastu baru la cakap apa nak cakap.Ni tak, dah macam apa dah Ariel tengok.
"Tak elok makan bercakap." Ariel menongkat dagu memandang hanna yang khusyuk makan.Nampak comel pulak perempuan ni.
Selang beberapa minit Hanna sudah pun habis makan.Dia duduk bersila di atas katil sambil badan menghalakan ke arah Ariel yang sedang duduk di tepi katilnya.
"Bila saya boleh keluar?" Nampak handsome pulak abang zariel ni.
"Esok.Tapi kau tak akan balik rumah kau dah lepas ni." Kening Hanna bertaut.Kenapa pulak tak dia tak boleh balik?
"Kenapa pulak saya tak boleh balik rumah saya?"
"Sebab aku tak bagi."
"Kenapa awak tak bagi?"
"Suka hati aku la." Eee perangai dia,rasa nak sepak je.
"Elok elok la,kenapa pulak saya tak boleh balik rumah saya?" Hanna masih lagi dengan soalannya.
"Kau memang suka ke kena dera dengan bapak kau tu." Ariel berkata tanpa riak diwajah dan muka memandang tepat ke arah Hanna.
"Macam mana awak boleh tahu?" Setahu dia, dia tak pernah pulak bagitahu sesiapa tentang diri dia yang kena dera di rumah.Dan macam mana pulak Ariel ni boleh tahu?pelik
"Ni Ariel Syah Bacree la." Ariel bangun dan menghilangkan diri dari pandangan Hanna.Dan hanna pula hanya mematung di atas katil.
"Aku nak kau duduk rumah ni." Hanna memandang rumah yang agak besar di hadapan dia sekarang.Duduk rumah besar macam ni? Sorang sorang? Kalau ada hantu macam mana?"Tapi.. sa.." belum habis cakap Ariel sudah memotong.
"Dengan aku tak ada alasan,aku suruh tu ikut je la.And sekarang kau turun dari kereta aku." Hanna yang terpinga pinga terus keluar dari kereta milik ariel.Kenapa perlu nak tinggi kan suara? Cakap lembut lembut tak boleh ke? Kenapa perlu cakap macam tu? Hanna rasa macam nak menangis dan dia memang dah menangis dah pon.Hati tisu yang tak boleh dibendung.
Ariel keluar dari perut kereta untuk membuka pintu rumahnya.Rumah ni memang dah lama dia beli tetapi dia jarang datang rumah ni sebab selalu tidur dekat rumah parent dia.
"Kau dah kenapa ni menangis?" Takkan suruh duduk rumah macam ni pun menangis? Ke rumah dia ni tak cukup besar?
"Kenapa perlu tinggikan suara bila bercakap?" Hanna cakap sambil menangis. Memang dah biasa kena tengking macam ni, tapi bila dah lama lama rasa macam dah tak tertahan lagi.
"Lah..tu pun nak menangis ke? Bukannya aku perkosa kau pun." Tanpa tasa segan silu mulut laju menuturkan perkataan yang tak sepatutnya.Ariel ni cakap je tapi sebenarnya dia dah tahu Hanna ni macam mana.Macam mana dia tahu? Hahahahahhaha
❤️-ZARIELAURORA-❤️
Cerita ni tak best ke? Cuba bagitahu, kalau tak best saya delete balik dan keluar dari sini.
Tapi kalini saya saya je masukkan kisah Ariel sebab kalau nak tahu lebih lagi boleh la save(Pemilik hati mr ariel)
Tak nak support ke? Ok la jangan lupa vote.❤️💋
YOU ARE READING
MY HUSBAND MR. ZARIEL
RomanceZariel zamiel firash | Sweet aurora meldina. "You are my first love and last love,only you and forever you in my heart" - Zariel Start:8 mac 2023 End:? maaf kalau terupdate lambat😔💋 karya pertama saya,saya yakin dalam cerita ni mungkin banyak keku...