яααιƒ χ яαιнαηα | 23

3.8K 419 26
                                    

HARI yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Raihana Graduation Day! Finally! Zaman diploma dia betul-betul dah di penghujung. Bakal tamat beberapa jam sahaja lagi. Tak sabarnya!

"Rai, ini ada mua datang."

"Mua?" Berus blusher diletakkan ke atas meja solek. Mua buat apa datang sini? Dia tak ada tempah mana mana service mua pun untuk graduation daynya. Salah rumah ke?

TING!

Bunyi pesanan masuk membantutkan langkah Raihana. Dia buka dulu telefonnya yang memaparkan lima notifikasi instagram dari Raaif. Lupa, dia masih block nombor lelaki itu. Jahat betul. Terus Raihana unblock kembali nombor Raaif.

-Assalamualaikum, Hana.

- Ini Abang Raaif.

- Sorry kacau Hana pagi-pagi macam ni.

- Abang Raaif ada kirimkan Mua untuk Hana. It's my treat for your graduation day. Dan untuk baju, Abang Raaif harap Anna suka baju tu. Tapi kalau tak kena dengan citarasa Hana, you can choose not to wear it. It's your day. Whatever makes you happy, I'm more than happy.

- Enjoy your special day 🤍

Nak luntur hati Raihana membaca pesanan itu. Raaif ni memang penuh dengan kejutan. Dan kejutan demi kejutan buatkan Raihana sedar, Raaif melayannya tak lebih dari seorang abang yang sayangkan adiknya.

Pintu bilik dibuka dan terpacullah dua orang wanita. Satu membawa peralatan makeup, dan satu membawa baju yang dikirimkan Raaif.

"Rai ada bayar mua ke?"

"Tak. Bukan Rai."

"Habis tu siapa?" Haiqal menyoal nak tahu. Kalau bukan Raihana, siapa? Takkanlah along mereka pula. Macam kurang tepat aje.

"Abang Raaif..."

Terus membulat 'O' mulut Haiqal. Tangan menepuk dua empat kali. "Lah Raaif rupanya! Patutlah!"

"Patutlah apa?" tanya Raihana.

"Tak ada apa. Pergilah bersiap cepat. Nanti lambat pula." Terus Haiqal larikan diri. Menghilang dalam bilik tidurnya. Suka betul cakap tergantung! Saja nak buat orang tertanya-tanya.

KELUAR sahaja dari dewan, Raihana mencari-cari kelibat ahli keluarganya. Dihubungi berulang kali pun tak diangkat. Sibuk ke manalah sorang-sorang ni. Jubah convo pada tubuh dibetulkan.

"Sorang aje ke cik adik?"

Automatik terpusing badan Raihana memandang belakang. Suara itu dia cam. Raaif! Terus melebar senyum di bibir merahnya. Dari atas sampai bawah memang bergaya! Berbaju kemeja hitam dan berseluar slack hitam. Tak dilupakan juga dengan cermin mata hitam tersangkut di hidung.

"Mesti cari saya, kan?"

Raihana buat pandang benda lain. Malu bila ditenung mata redup itu. Kalau Raaif dah mula guna saya awak, dia memang akan terlebih malu. Sepertinya tiada halangan antara mereka. Tidak dirasakan seperti adik-beradik.

"Untuk Hana." Satu jambangan bunga berwarna-warni dengan penuh pacakan surat surat kecil dihulurkan kepadanya. Raihana sambut pemberian lelaki itu.

"Cantik. Terima kasih. Tempah dekat mana ni?"

"Buat sendiri...untuk Hana saya." Selamba Raaif berkata bersama pakej senyum manis di bibir. Ini nak mengorat dia ke apa?

"Berseninya tangan. Pandai pula Abang Raaif gubah buat sendiri. Tak membazir masa ke nak siapkan benda ni? Macam payah aje tengok."

Rahsia Hati Kita [C] Where stories live. Discover now