яααιƒ χ яαιнαηα | 12

4.4K 456 12
                                    

BAM!

Pintu bilik dihempas kuat. Beg sekolah dicampak kasar ke atas lantai bilik. Tudung sekolah yang membelit kepala juga direntap cabut lalu dironyok-ronyok sehingga koyak.

Ambil bantal atas katil, dia tekup seluruh muka sebelum tempikan demi tempikan dia lampiaskan di situ. Dia tidak mahu ada yang mendengar.

Sepuas hati dia menjerit tanpa dengar suara sendiri. Air mata bermandian di seluruh muka.

Bantal dilempar ke tepi. Kewarasan akal fikirannya mula hilang dari radar. Meja kecil di tepi katil dirapati dalam keadaan mengensot lemah. Gunting baju di bahagian laci paling bawah dibawa keluar.

Muncung berkilat itu ditenung dalam. Mata kabur dek air mata yang mencurah-curah. Hembus nafas keluar masuk terasa pendek. Dada rasa sempit.

Dia dah tak tahan...

Dia nak mati...

Nak mati...

"Arghhh!" Hujung mata gunting berhenti tepat di
leher dan tercucuk sedikit di kawasan situ. Darah mula mengalir keluar.

Turun naik dada mengatur pernafasan. Gunting dilempar kasar ke atas lantai. Kesan kulit yang tertikam gunting itu ditekap dengan telapak tangan.

Tangisan makin kuat bergema. Dia dah tak mampu nak tahan lagi.

Sakitnya kena hina. Sakitnya kata-kata mereka semua.

"Aku benci kau Aqila...Aku sumpah benci kau sangat sangat..."

RAIHANA tersedak mencari nafas. Keliling leher rasa lemas bagai dicengkam oleh tangan.

"Nightmare?"

Raihana toleh ke tepi. Kepala terangguk lemah. Dia betulkan kedudukan duduk sebelum satu botol air mineral di tengah tengah antara kerusinya dan kerusi Raaif diambil.

"Hana ada nak berhenti mana mana dulu ke sebelum kita sampai nanti?"

"Tak ada."

"Sure?"

Raihana beriya angguk kepala. "Apa plan Abang Raaif harini? Nak bawa Hana ke mana?"

"Rahsia..."

"Abang Raaif...Tak ada niat jahat kan?" Serapat mana pun keluarga mereka berdua, kalau dah namanya kaum lelaki, memang dia tak boleh percaya sepenuhnya.

Ini pun dia terpaksa ikut bila ibunya sendiri membenarkan Raaif membawanya keluar. Kalau ikutkan hatinya, memang dia terperuk aje dalam bilik.

"A big no! Abang Raaif dah minta izin ibu Hana tau tadi. Janganlah buat macam Abang Raaif nak culik Hana pula." Dia tak gila lagi nak buat perkara yang bukan bukan. Jauh betul gadis ini berfikir. Hampir hampir aje dia nak tertekan pedal brek tadi.

Raihana jungkit sebelah kening. "Manalah tahu. Hana tanya aje."

"Soalan tu boleh buat orang sakit jantung. Nasib Abang Raaif muda lagi."

Rahsia Hati Kita [C] Where stories live. Discover now