яααιƒ χ яαιнαηα | 16

3.6K 407 8
                                    

PERLAHAN-LAHAN daun pintu ditolak. Tidak mahu menghasilkan bunyi yang boleh mengejutkan orang di dalam wad tersebut. Masih awal pagi. Jam baru memijak ke angka empat tepat, tapi dia sudah munculkan diri di sini kerana terlalu risau.

Raaif hulur kepala dahulu. Gelap gelita. Dia sendiri tak nampak apa-apa. "Tak buka lampu ke? Gelap sangat ni." Mata dipincing halus mencari suis lampu. Tak sempat tangannya menyentuh suis lampu, matanya menangkap sekujur tubuh hitam berdiri di atas kerusi berhadapan dengan kawasan tingkap wad.

Figura itu...perempuan. Dan itu..."Hana!" Raaif terus buka langkah besar dan sekelip mata, Raihana ditarik jatuh menyembam di atas lantai. Nafas berentak laju.

Dia bangun dan kesemua tingkap yang dibuka luas itu ditutup kasar. Mulut ditahan sedaya upaya dari berkata-kata. Saat ini dia terlalu marah dengan Raihana tapi dia tak boleh terus menyerang gadis itu dengan kata-kata yang boleh kacau-bilaukan fikiran itu.

Raihana meringkuk kecil. Menggigil dalam tangis. Tangan tak habis habis hentak kepala. Rambut ditarik-tarik.

Raaif membelakangkan gadis itu. Mata terpejam rapat dengan aturan dada yang masih tak sekata. Terkejutnya masih belum hilang lagi. Ini kalau dia terlambat sikit tadi...

Raaif diam tanpa sebarang bicara. Hanya tangisan Raihana makin menjadi-jadi di lantai wad. Suara itu mengaduh sakit tanpa berkata apa. Suara itu meluah. Tangisan itu sedang bercerita perihal sakit.

"Let it go Hana..."

Pintu tiba-tiba terbuka dari luar sekaligus memaparkan wajah kelelahan Haryz. "Raaif... Ke-."

Jari telunjuk diangkat menindih bibir. Memberi isyarat supaya diam. Dia berjalan ke arah Haryz. Bibir merapat sedikit ke telinga sahabatnya itu.

"Kau tunggu dekat luar dulu. Perhati dari luar. Biar aku cuba bercakap dengan dia." Bahu Haryz ditepuk beberapa kali.

"O-Okay..."

Dalam kegelapan tanpa cahaya, ada satu suara menangis melepaskan segalanya. Dan satunya setia mendengarkan emosi itu memburuk.

"N-Nak mati...Aku na-nak mati..,"pintanya sayu. Lantai wad menjadi tempat dia melampiaskan kesesakan dalam jiwa.

"Kita dah janji untuk sama sama keluarkan rasa sakit tu...Hana...tak lupa kan?" Raaif bertanya lembut. Soalannya terjawab dengan sedu-sedan Raihana. Makin kuat dan makin padat.

"Tak ma-mampu..."

Raaif gigit bibir bawah. Perlahan, dia duduk bersila. Masih dalam posisi membelakangi Raihana. Dia pandang dinding depan. Gelap dan kosong. Sama seperti jiwa itu. Gelap tanpa cahaya dan kosong tanpa rasa.

"I know you can do it...Hana memang nak keluar. Abang Raaif tahu Hana dah mula nak keluar dari sakit tu."

Sunyi sepi.

Raaif tarik nafas dalam dalam. "Adulting is harsh right?"

Dalam gelap, Raihana geleng kepala. "Bukan hanya mendewasa, malah dari kecil...semuanya terlalu kejam. Ber-berdosa sangat ke jadi manusia tak sempurna? Berdosa ke kalau banyak kekurangan...?" Muka jatuh di celah perantara lutut. Dada kian menembak sebak.

"Kenapa dia nak sangat tengok hidup Hana hancur? Salah apa yang Hana buat dekat dia? Kenapa ibu dan angah sayang sangat dekat dia? Ke-Kenapa..." Tersekat-sekat suara itu berkata.

"...kenapa apa yang Hana luah, mereka tak pernah nak dengar? Salah ke Hana nak meluah? Hana pun anak ibu..." Raihana menjerit kecil. Kepala diluku lagi dengan buku lima.

RAHSIA HATI KITA [C] Where stories live. Discover now