яααιƒ χ яαιнαηα | 19

5.7K 606 16
                                    

HANANIA terbeliak tak percaya. "Kau biar betul Raihana? Kau nak main ni?" Entah sudah kali ke berapa Hanania menyoal soalan yang sama.

Dan jawapan Raihana tetap sama.

"Kau tak cakap! Aku dahlah bawa Haidar datang sekali." Haidar yang duduk di kaki Raihana menyengih lebar.

"Aunty Raihana, Haidar nak main juga boleh?"

"No! Haidar kecil lagi. Ini bahaya. You better obey me Haidar. Kalau tidak ibu tak belikan scooter baru. Choose one. Scooter atau ni?" Hanania mengugut. Dia turut menjeling geram ke arah sahabatnya.

"You better don't Raihana."

Raihana tersenyum kecil. Dia usap kepala Haidar. "Kau balik dululah. Aku tak rasa nak balik lagi." Papan tanda Breakroom itu dilihat sekejap. Dia mahu masuk ke dalam sana.

"Raihana..." Hanania mendekat. "Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran kau, tapi aku tahu kau tengah serabut sekarang. Tentang apa, aku tak mahu tanya. Kalau kau dah ready nak cerita dekat aku, kau boleh cerita dekat aku bila bila masa aje yang kau nak." Hanania memujuk.

Dia tak jamin Raihana tak akan lukakan diri sendiri bila berada di dalam sana. Dia dah pernah tengok suasana di dalam sana bagaimana di media sosial. Masakan dia mahu membiarkan Raihana masuk seorang diri macam tu aje.

Dari awal pagi mereka luangkan masa bersama, Raihana masam mencuka aje. Sedih dan tak bermaya. Bila ditanya, tak nak pula beri tahu kenapa.

"Kita ke tempat lain, okay? Healing tenangkan diri dekat lain. Sini tak sesuai." Hanania pujuk lagi.

"Tapi aku nak juga."

"Tak boleh." Hanania bulatkan mata. Dah macam marah anak sendiri. Tapi kali ini, anak dinasour yang perlu dia awasi. Besar besar makin tak dengar cakap!

"Nak juga..." Raihana comelkan mata. Merayu simpati.

"Tak nak! Aku telefon abang abang kau nanti memang habislah kau kena dengan diorang. Kau nak ke?" Ugutan menjadi pilihan.

Laju Raihana geleng kepala. "Jangan libatkan diorang dalam hal ni."

"Tak nak aku libatkan diorang kau kena dengar cakap aku. Kalau aku cakap A, sistem dalam kepala kau kena set dekat A aje. Jangan nak melencong kona masuk simpang lain. Faham?" Hanania garangkan muka.

Sekali dengan Haidar menunduk kuis baju gambar minion kembar empat di tepi Raihana. Jari telunjuk sekali sekala naik garu garu kain seluar kawan ibunya.

"Only this time...please?" Silap dia beritahu kepada Hanania. Sepatutnya dia pergi aje sorang sorang di lain hari.

"Please ibu..." Haidar kenyit kenyit mata ke arah kawan ibunya. Nak jadi prince charming yang menyelamatkan si puteri cantik dari dibaham monster. Opss!

"Apa please please. Ibu cabut bulu hidung Haidar nanti nak?!"

Haidar laju sumbat dua jari dalam hidung. Kepala digeleng laju laju. Ibu suka cabut bulu hidung dia waktu tidur! Nanti hidung dia botak tak ada rambut macam mana?!

Kesian hidung dia kena shaming nanti.

Raihana ketawa kecil. Cabut bulu hidung? Apalah yang Hanania dah buat dekat si kecil ini sampai ternampak jelas ketakutan di wajah Haidar.

"Okaylah. Aku dengar cakap kau." Raihana akhirnya mengalah. Tak sepenuhnya mengalah pun. Dia cuma tak mahu Haidar mengikutnya. Nanti pelik pelik pula kejadian budak kecil ni.

Rahsia Hati Kita [C] Where stories live. Discover now