яααιƒ χ яαιнαηα | 29

1.9K 202 22
                                    

FLASHBACK

"RYZ..." Suara itu memanggil perlahan. Hanya sekadar bunyi angin suara dikerahkan keluar. Tenaga tiada. Kudrat melemah.

Haryz menyahut dengan menggumam kecil. Kepala dan mata langsung tak kalih untuk melihat sahabatnya. Wajah sesekali menunduk ke bawah dan mengangkat pandang menatap perut langit.

"T-Tolong aku satu perkara...boleh?" Liur ditelan dalam susah payah. Perit. Pedih. Dalam tekak rasa ditikam tajam. Dihiris tanpa henti.

"Aku dah cakap Raaif, jangan minta izin. Bagitahu aje apa yang kau nak. Aku akan tunaikan." Dinding pipi digigit dari dalam. Sedaya upaya dia cuba menahan sejentik emosi yang mula menjentik tangkal hati.

Nafas ditarik sedalamnya. Cuba mengusir perasaan yang tidak enak itu.

Raaif tersenyum tipis. Tangan kiri naik menepuk belakang badan sahabatnya itu. Tangan kanan menghulur sebuah kotak baldu merah bersaiz kecil kepada lelaki itu.

Haryz sambut. Pandangan dia kian kabur, namun segera dia lap air mata yang hampir nak tertumpah jatuh.

"Tolong kirimkan hadiah terakhir aku untuk Raihana bila dia dah balik Malaysia nanti...A-Aku minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan janji aku pada dia...dan pada kau. Aku harap aku tak kecewakan dia. Dan aku harap..." Suara bagai terhenti sendiri. Kotak cincin di dalam telapak tangan Haryz dipandang lama.

"...kau boleh tolong aku pertemukan dia dengan kebahagian yang dia cari selama ini. Bantu dia...bagi pihak aku." Tangan dijatuhkan dari menepuk bahu Haryz. Pengunjung yang lalu lalang di hadapan mata dipandang kosong.

Bibir pucatnya bergetar dan air mata mula bertakung. "Aku nak dia hidup dalam kebahagiaan yang sebenarnya."

"Aku akan buat untuk kau Raaif. Aku akan kotakan semua permintaan kau. Itu...janji aku."

Raaif pandang Haryz sekejap. "Terima kasih jadi penguat aku selama ni. Kau satu-satunya kawan yang ada susah senang aku. Terima kasih...sebab tak mungkir janji kau pada aku..." Janji yang mereka buat lima tahun lalu. Janji di mana tiada sesiapapun yang boleh tahu kewujudan sakit yang dia alami selama ini. Hanya dia dan Haryz sahaja.

Hanya mereka berdua yang tahu...

"Kau..." Haryz menarik satu nafas berat.

"Sakit orang kau ambil tahu. Luka orang...kau sibuk nak sembuhkan. Sekalipun kau tak pernah kisah dengan sakit kau Raaif. Kau cakap kau okay, kau cakap kau bahagia, tapi sebenarnya kau jauh lebih terluka dari sakit orang yang kau nak bantu sembuhkan." Geleng kepala, kesal.

Raaif tersenyum kelat. "Tak ada guna untuk aku kisahkan sakit aku Ryz...Aku tak ada banyak masa. Hidup aku tak lama. Aku akan sedaya upaya bertahan sebab aku tahu, sakit ni akan hilang...bila aku dah mati nanti." Kepala mendongak ke atas. Menghalang air jernih dari menitis keluar dari kelopak mata.

"Mama dan papa kau masih tak tahu?"

"Mereka dah ada keluarga sendiri. Cukuplah aku tahu...yang mereka dah bahagia dengan keluarga masing-masing. Aku tak mengharapkan apa-apa dari mereka Ryz. Kasih sayang yang mereka beri pada aku selama ini dah terlalu cukup untuk buat aku memberontak dengan pilihan mereka untuk berpisah. Dalam hidup aku, aku cuma nak lihat orang sekeliling aku bahagia dengan pilihan hidup mereka. Aku suka bilamana hari hari mereka membuahkan sebuah senyuman, bukan tangisan. Aku suka bila dapat dengar masalah orang lain sebab dengan cara ni juga boleh healkan kesedihan aku."

Seketika, suasana sunyi buat beberapa detik. Haryz memberi ruang untuk Raaif berkata-kata kerana dia sendiri tidak mampu untuk mengeluarkan bicara.

"Bila doktor sahkan aku menghidap kanser lima tahun lepas, aku langsung dah tak kisah dengan apa yang nak jadi dengan hidup aku. Aku okay dengan semua benda yang nak jadi pada aku. Baik perkara yang baik atau sebaliknya, aku akan terima. Aku berhenti mengeluh. Aku berhenti memberontak dan menyoal takdir. Dan hanya satu perkara aje yang terlintas di fikiran aku waktu tu..." luah Raaif.

RAHSIA HATI KITA [C] Where stories live. Discover now