Bab 68 : Angau

1.9K 40 0
                                    


Mina menggigit kuku sambil termenung. Sudah tiga minggu sejak malam mereka berasmara.

Khairi menghilangkan diri.

Tanpa sebarang khabar berita.

"Ini semua salah. Kau tunang orang." Bait - bait kata Khairi berulang di telinga.

"Mina..awak dah makan?" Danish menegur.

Mina masih protes. Tidak mahu bercakap dengan Danish kerana ditipu oleh lelaki itu.

"Hm." Mina mengangguk.

Danish mula melutut sebelah kaki. Tangan Mina dipegang.

"Maafkan saya ya? Saya ada belikan something untuk awak. Nah." Sejambak bunga ros merah bersama chocolate yang banyak diletakkan di atas meja kerja Mina.

"Thanks." Jawab Mina menjeling sekilas kearah Danish. Setiap hari lelaki itu akan membelikan hadiah buatnya.

"I love you." Tangan Mina dicium lagi. Berharap hati Mina kembali lembut.

Mina masih termenung. Tertanya-tanya kemana hilangnya Khairi. Cincin pertunangan di jari ditilik.

Minggu depan dia dan Danish akan berkahwin.

Gosip terkini ditatal di telefon pintar.

"Ramainya artis kahwin dua sekarang." Gumam Mina seorang.

Dia mula mempertimbangkan status Danish sebagai suami orang. Zaman ini menjadi isteri kedua sudah kebiasaan bukan?

"Ehem..err isteri saya dah benarkan kita berkahwin." Danish menyelit masih tidak beranjak. Puas dia cuba menyakinkan Khadeeja tentang poligami.

"K." Balas Mina pendek.

"Minggu depan kan kita kahwin?" Danish bertanya lagi. Matanya bersinar.

"Ya."Mina masih tidak berhenti memikirkan Khairi. Dimana lelaki itu pergi sebenarnya?

"Japgi kita ada meeting. Ada several syarikat yang interested nak invest dengan kita. Pukul 2 petang. Jangan lupa." Danish memesan.

Mina mengangguk faham.

Cincin tunang dijari ditilik lagi. Dia mengeluh perlahan. Mungkin takdirnya adalah menjadi isteri Danish.

°°°°

Mina mula membentangkan tentang syarikat kecilnya dan beberapa rancangan yang akan dilakukan seperti launching produk baru dan membuka booth di serata negeri. Bajet dan kos turut dibicarakannya.

Danish mencuri pandang kearah pelabur yang mendengar. Mereka tampak tertarik. Dia mengukir senyum.

Nama syarikat kecil itu bakal melonjak naik jika momentum mereka kekal.

Pintu bilik mesyuarat dibuka. Kelihatan Khairi bersama Izham masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

"Khairi?" Gumam Mina terhenti ketika membuat pembentangan. 

"Kau buat apa kat sini hah?" Hambur Danish tergugat.

"Danish..jangan." Mina mencuit lengan Danish sambil memberi isyarat kepada pelabur yang lain saling berpandangan.

"Buat apa lagi. Invest?" Jawab Khairi.

"Oh kalau camtu saya mula balik boleh ke. Ringkas je." Mina bertanya kepada yang lain.

"Eh tak payah. Aku sibuk. Bagi contract. Aku sign" Khairi meminta.

Mina terkejut. Begitu mudah?

Dear Dictator [Completed] ✓Where stories live. Discover now