Seminggu sudah berlalu, Fathiya Ariena pulang ke rumah setelah tamat peperiksaan akhir semester yang telah dia duduki seminggu yang lepas.
Bukan sakit bertarung menduduki peperiksaan semester baru baru ini, akan tetapi satu kejadian yang tidak dijangka olehnya.
Sepanjang dia berada dirumah, dia kurang bercakap, kurang senyum, kurang ketawa. Tidak seperti dulu lagi.
Puan Alina yang perasan akan perubahan anaknya itu, dia mendekati anaknya yang sedang menjemur baju di depan rumah.
"Ariena..umi nak tanya sikit" Ujar Puan Alina seraya perlahan lahan wanita itu duduk di atas kerusi.
"Tanya la umi. Kenapa?" Soal Ariena sambil fokus menjemur baju.
"Anak umi okay? Umi tengok sejak balik senyum tidak. Makannya kurang. Asyik duduk dalam bilik. Ariena ada masalah ya?" Terpejam Ariena apabila disoal sebegitu.
"Ariena okay je umi. Cuma sejak-sejak habis exam jadi tak selera nak makan mungkin sebab penat."
"Hm, takpelah kalau macamtu. Siapkan kerja ni lepastu boleh pergi kemas semua bilik."
Fathiya Ariena mampu menghembus nafas perlahan. Semuanya dia. Itu dia. Ini dia. Sedangkan orang lain dalam rumah itu hanya goyang kaki biar dia sendiri urus hal rumah.
Tiba-tiba dia teringat akan Teuku Muhammad Azriel. Tanpa sengaja air mata menitis membasahi matanya. Cepat-cepat dia menyeka air matanya itu.
"I benci you Azriel."
🌸🌸🌸🌸
"Lagi sekali Lisya? Sekali lagi?" Soal Aariz seraya dia menahan air matanya.
"Aariz, apa yang awak nampak tu semuanya salah faham." Kata Alisya lalu cepat cepat dia memegang tangan Aariz. Akan tetap laju saja Aariz menepis tangan gadis itu.
"Jangan sentuh aku. Kau jangan sentuh tangan aku sebab kau dah pernah sentuh tangan lelaki lain."
"Aariz...please tadi tu..."
"Stop! Stop Alisya stop!" Terhenti percakapan Alisya kerana terkejut dengaj Tengkingan Aariz tadi.
"Kau dengar sini baik-baik Alisya. Mungkin aku terlalu baik dengan kau. Terlalu memaafkan kau sampaikan kau curang dengan aku." Ujar Aariz Haikal dengan keras.
"Aku rasa bukan sekali dua kau curang dengan aku. Tapi dah berkali kali kau curang." Aariz Haikal menahan marah sehingga matanya menjadi merah.
Alisya terdiam.
"Mulai harini, jangan kau muncul lagi depan aku. Awal-awal aku ingat kau akan berikan aku kesembuhan tapi kau lagi tambah kesakitan dekat aku. Kau dengan perempuan-perempuan yang aku pernah kenal, semua sama ja!" Kata Aariz Haikal terus melangkah pergi meninggalkan Alisya di situ.
Alisya mengerjar langkah Aariz Haikal.
"Aariz..Aariz. Jangan macamni. Saya janji saya akan berubah saya akan berubah" Teriak Alisya.
Aariz Haikal menghembus nafas geram.
"Ini bukan kali yang pertama kau cakap macam ni. Setiap kali kau kantoi curang, asyik asyik benda yang sama yang aku dengar keluar dati mulut kau!" Tengking Aariz. Nafasnya mula tidak teratur.
Sampai bila lagi dia nak bertahan bersama orang yang selalu mengkhianati cintanya.
"Saya janji—"
YOU ARE READING
HEART
RomanceUNDER MY HEART SERIES VOL 1 Known as "You are not my first love" Teuku Muhammad Azriel | Fathiya Ariena | Aariez Haikal " You're my first love." - Teuku Muhammad Azriel " Dont make a promise if you always break it, Azriel."- Fathiya Ariena " Jika, p...