B A B 5

3 1 0
                                    

1 Tahun kemudian..

"Terima kasih, saya jual ya."

Kata seorang perempuan yang memakai baju t-shirt lengan pendek berserta inner panjang di dalam. Seluar hitam yang cukup selesa dan bertudung bawal hitam, lengkap dengan apron kedai kafe itu. Ya, gadis itu, Fathiya Ariena.

Kafe Koala Coffee kini sudah menjadi tempat yang biasa bagi Fathiya. Hampir enam bulan bekerja di sini setelah tamat pengajian diplomanya, dia sudah lali dengan bunyi mesin kopi yang berputar, suara pelanggan yang berbual-bual, dan aroma kopi yang membuai suasana. Namun, hidupnya masih terasa sepi. Tidak ada perubahan yang signifikan. Kalau ditanya, nak kata gembira, tidak. Kalau kata tenang, juga tidak. Hidupnya seperti berjalan di tempat yang sama sejak kejadian itu.

Tahun pertama selepas tamat pengajian seolah-olah menjadi satu perjalanan yang penuh dengan kepayahan. Selepas dia menerima keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan hati ayahnya, Fathiya memutuskan untuk tidak melanjutkan pengajian terlebih dahulu. Sebaliknya, dia memilih untuk bekerja di kafe, mengumpul wang untuk menyambung pengajian, sambil mencari ketenangan dalam rutin harian.

Baju yang dipakai setiap hari sudah menjadi sebahagian daripada dirinya. T-shirt lengan pendek dengan inner panjang di dalam, seluar hitam dan tudung bawal hitam, semuanya menjadi lambang rutinnya. Setiap kali mengenakan pakaian itu, dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Kadang-kadang, Fathiya merasakan pakaian itu seolah-olah tidak cukup untuk melindungi dirinya dari segala kejadian yang berlaku dalam hidupnya. Baju itu tidak cukup untuk menutupi perasaan kecewa dan kekecewaan yang masih menghantui dirinya.

Setahun selepas kejadian itu, Fathiya merasa seperti dia telah berubah, tetapi perubahan itu bukanlah seperti yang diinginkan. Kehidupannya masih dipenuhi dengan rasa terpinggir, rasa seperti dia tidak pernah cukup baik bagi orang lain. Setiap kali dia memakai apron kafe, ada perasaan yang menyusup masuk ke dalam dirinya. Kadang-kadang, dia tertanya-tanya apakah dia sedang berada dalam fasa hidup yang salah. "Aku sudah berubah, tetapi kenapa hati aku masih kosong?" bisik Fathiya dalam hati.

Namun, satu perkara yang pasti, dia sudah belajar untuk tidak terlalu berharap pada orang lain untuk memberi pengiktirafan pada dirinya. Ketika Mira, rakan sekerja yang selalu tidak suka padanya, terus mencari kesalahan dan merendahkannya, Fathiya hanya mengunci mulut. Dia tahu, hanya dirinya yang boleh mengubah nasib dirinya.

Fathiya Ariena berdiri di belakang kaunter Koala Coffee, menyusun secawan latte yang baru dibancuh untuk pelanggan yang sedang menunggu. Tangannya cekap, gerakan-gerakannya sudah lancar selepas enam bulan bekerja di sini. Walaupun hatinya kadang kala rasa kosong, dia cuba untuk memberi yang terbaik di tempat kerjanya. Paling penting, dia ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, untuk membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia mampu mencapai sesuatu walaupun kehidupan tidak selalu berjalan seperti yang diharapkan.

"Ini untuk, Cik," kata Fathiya kepada seorang pelanggan yang duduk di meja, sambil meletakkan secawan latte di hadapan mereka. Senyuman manis terukir di wajahnya, walaupun dia tahu senyuman itu tidak cukup untuk menutup rasa kesunyian yang ada dalam hatinya.

Dia menarik nafas dalam, cuba menenangkan perasaan. Tetapi, tiba-tiba suara perempuan yang biasa memburukkan namanya di kafe itu memecah kesunyian. Fathiya mendengar dengan jelas suara Mira, salah seorang rakan sekerja yang selalu tidak berpuas hati dengan pujian yang diterima oleh Fathiya daripada bos mereka.

"Fathiya Ariena, tak pernah nak buat kerja elok, semua orang nampak! Tapi pandai berlakon, ya," Mira berkata dengan nada sinis, sambil melihat Fathiya dari jauh.

Fathiya cuba mengabaikan kata-kata Mira, tetapi tanpa disedari, Mira datang lebih dekat. Dengan sengaja, Mira menghampiri meja Fathiya yang sedang membancuh secawan latte, dan tanpa sebarang amaran, dia menjatuhkan air latte yang baru sahaja dibancuh tadi ke atas meja.

HEARTWhere stories live. Discover now