Balik sahaja Fathiya Ariena dari Pasaraya Lotus, dia terus masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya serta menunaikan solat Asar.
Setelah selesai semua itu, dia masih di atas sejadah, lalu memikirkan tentang hal tadi.
"Kenapa ya orang tadi jadi macam tu? Kesian pula aku tengok..." ujar Fathiya Ariena sendirian. Bibirnya seakan-akan sebak sambil dia merenung, tertumpu pada satu tempat sahaja.
"Tapi, nasib baiklah aku nampak dia dekat situ. Kalau tidak, apa jadi dekat dia..." Katanya lagi, seraya berhenti merenung lalu melipat sejadahnya dan membuka telekung yang dipakai.
Dia teringat akan lelaki yang dia bantu tadi.
---
Flashback:
Tuan Anuar dan Puan Ereen bergegas datang ke hospital selepas mendapat panggilan dari pihak hospital bahawa anak lelaki mereka ditahan di wad. Fathiya Ariena yang hanya menunggu di luar bilik Aariz Haikal, mengangkat wajahnya melihat pasangan suami isteri yang bertanya di mana bilik anak mereka.
Fathiya Ariena yang terdengar mereka menyebut-nyebut nama 'Aariz Haikal', bangkit perlahan-lahan dari duduknya dan pergi mendekati pasangan tersebut.
"Di mana ya bilik anak saya, Aariz Haikal, nurse?" soal Puan Ereen dengan penuh kerisauan.
"Sekejap ya, Puan. Kami ada banyak pesakit dan kerja yang nak diuruskan. Sekejap ya, Puan," jawab jururawat itu sebelum bergegas pergi menguruskan pesakit lain. Puan Ereen dan suaminya ditinggalkan dalam kebingungan.
Puan Ereen semakin marah. Dia mahu melihat anaknya yang ditahan wad, tetapi jururawat lebih mementingkan kerja sehingga tidak dapat menjawab pertanyaan mereka.
"Abang, macam mana ni abang, anak kita?" kata Puan Ereen sambil menahan air matanya. Tuan Anuar memeluk isterinya lalu berkata, "Sabar sayang."
"Emm, Aunty, Uncle... nama anak aunty dengan uncle ni Aariz Haikal ke?" soal Fathiya Ariena dengan lembut.
Puan Ereen dan Tuan Anuar menoleh memandang seorang gadis itu.
"Cantik manisnya muka..." kata Puan Ereen dalam hati, memuji Fathiya Ariena.
"Ya, anak uncle nama Aariz Haikal. Kamu kenal anak uncle ke?" soal Tuan Anuar ingin tahu.
"Taklah kenal, aunty, uncle. Cuma saya tadi tolong dia masa dia tengah sesak nafas, tak boleh nak kawal diri," ujar Fathiya Ariena.
"Oh, terima kasih. Boleh uncle tahu di mana bilik anak uncle ya?" soal Tuan Anuar.
"Oh, bilik dia yang tu, hujung sana uncle."
"Okay, terima kasih. Kamu nama apa?" soal Tuan Anuar lagi.
"Panggil saya Fathiya je."
"Terima kasih, Fathiya, tolong anak aunty uncle ni," kata Puan Ereen tiba-tiba mencelah. Tuan Anuar hanya mengangguk dan memberikan senyuman buat Fathiya Ariena.
End Flashback
——
Tiba-tiba matanya bertakung dengan air mata. Semakin lama, semakin laju air matanya mengalir saat teringat akan satu memori yang menyakitkan. Hatinya masih sakit dan tidak boleh memaafkan. Bohong jika dia mengatakan tidak rindu...Tapi, dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak mahu ingat lagi tentang lelaki itu dan situasi yang pernah terjadi pada dirinya.
Flashback:
"You pilih siapa? Dia atau I?" soal Fathiya Ariena lembut. Air matanya ditakung. Dia menatap wajah Teuku Muhammad Azriel. Lelaki itu bertentangan mata dengannya. Dia menatapnya dalam, melihat Fathiya Ariena.
YOU ARE READING
HEART
RomanceUNDER MY HEART SERIES VOL 1 Known as "You are not my first love" Teuku Muhammad Azriel | Fathiya Ariena | Aariez Haikal " You're my first love." - Teuku Muhammad Azriel " Dont make a promise if you always break it, Azriel."- Fathiya Ariena " Jika, p...