BAB 14

4.3K 444 28
                                    

Tengku Sulaiman tahu kelemahan Airis adalah anaknya. Jika disentuh isu itu akan membuatkan Airis lemah, tidak mampu melawan. Sepanjang malam Airis memikirkan tawaran ayahnya. Kahwin dengan Riyaz, dia dapat bertemu anaknya? Kenapa ayah sungguh terdesak ingin mengahwinkan dia dengan lelaki itu?

Apa yang ada pada diri lelaki itu?

Sesudah solat subuh pada pagi itu, Airis menghantar mesej kepada Tengku Sulaiman. Dia mengatakan keinginannya mahu bertemu Riyaz. Dia tidak memberikan jawapan untuk tawaran Tengku Sulaiman. Sebaliknya, dia mahu mengenali Riyaz orangnya seperti apa. Tidak mengambil masa yang lama untuk mesej Airis dibalas.

Tengku Sulaiman share location untuk perjumpaan Riyaz dan Airis. Makanya, Riyaz sendiri bersetuju untuk bertemu dengan Airis.

Airis tiba lewat di restoran dari masa yang ditetapkan. Pastinya lelaki itu sudah lama menunggunya. Untuk mencari mana satu Riyaz agak sukar kerana dia tidak tahu rupa lelaki itu. Dia sendiri tak faham kenapa Tengku Sulaiman tak berikan saja gambar Riyaz kepadanya. Kan mudah kerja dia.

Mahal sangat ke muka lelaki tu. Sempat lagi dia mengutuk Riyaz. Tengku Sulaiman kata Riyaz memakai baju berwarna maroon. Itu saja petunjuknya.

Airis nampak lelaki berbaju maroon tapi dia berkeluarga. Ada isteri dan anak kecil. Itu suami orang.

"Jumpa pun." Airis yakin setelah buat penapisan kerana dia nampak dua orang saja lelaki berbaju maroon di dalam restoran itu. Lelaki yang duduk keseorangan di meja itu dipandangnya lama. Dia berjalan ke arah meja itu dan terus melabuhkan duduknya di atas kerusi.

Mata Airis tidak berkelip-kelip melihat lelaki di hadapannya. Tadi dia nampak belakang badan lelaki itu saja, sekarang dia nampak keseluruhannya. Mukanya jelas terkejut. Kenapa kata-katanya sering menjadi kenyataan. Dia pernah kata kepada Firash yang dia akan kahwin, tak lama selepas kejadian itu dia dipaksa kahwin.

Semalam dia kata Riyaz ni seorang lelaki tua.

Sekarang Riyaz di hadapannya... seorang lelaki tua. Barangkali usianya muda beberapa tahun saja dari ayahnya. Ini dah pangkat ayah!

Takkan Tengku Sulaiman tergamak mahu mengahwinkan dia dengan lelaki tua. Bila Airis fikirkan semula, tak mustahil yang ayahnya akan membuat kerja gila seperti ini. Kahwinkan dia dengan lelaki tua demi kepentingan diri sendiri.

Airis seram melihat senyuman miang Riyaz. Rasanya belum terlambat lagi untuk dia melarikan diri.

"Airis..."

Tersentak Airis apabila ada hembusan hangat di tepi wajahnya. Suara itu berbisik halus.

"Awak silap orang." Lelaki itu bersiul nakal.

Airis tersenyum pasrah mengenangkan keyakinannya bahawa lelaki tua di hadapannya adalah Riyaz. Dia bergegas bangun dan mengikut langkah Riyaz yang asli. Mukanya merah sebab malu yang teramat! Terasa nak menyorok je sekarang. Agaknya apalah tanggapan lelaki tua tadi apabila ada perempuan yang tidak dikenali duduk di mejanya. Patutlah renungan lelaki itu sesuatu.

Airis mengekori Riyaz dari belakang. Dalam kesempatan itu dia melihat fizikal Riyaz. Tingginya lelaki ni. Kalau dia berdiri di sebelah Riyaz, pasti ketinggiannya separas bahu lelaki itu. Tubuh lelaki itu tegap seperti orang yang rajin pergi ke gym.

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now