BAB 15

4K 428 46
                                    

Baru hari ini Firash pulang ke rumah orang tuanya. Dia pulang bersebab iaitu mahu berjumpa dengan Serra. Puas dia menghubungi adik perempuannya, namun langsung tidak berangkat. Kata uminya, Serra pergi holiday ke Bali bersama kawan-kawannya selama seminggu.

"Abang ni dah kenapa tarik Serra macam ni? Serra penat la..." rungut Serra tidak puas hati. Baru beberapa langkah masuk ke dalam rumah, tangannya tiba-tiba ditarik Firash. Nampaknya Firash menunggu kepulangannya. Terpaksa dia mengikut langkah Firash ke tingkat atas.

"Kau cerita sekarang dekat aku perkara yang sebenar!"

Ternaik bahu Serra ke atas gara-gara terperanjat dijerkah Firash. Tidak berkelip-kelip matanya merenung wajah Firash. Kenapa abang dia marah sangat ni? Dia ada buat salah dengan Firash ke?

"Nak Serra cerita apa? Serra tak faham la. Balik sini semata-mata nak marah Serra je ke? Dah la lama tak balik jumpa umi dan abah. Agaknya semua anak-anak umi dan abah ni dah lupa jalan balik rumah ni."

"Aku busy."

Serra tersenyum sinis mendengar alasan Firash.

"Huh... Alasan abang sama je dengan yang lain. Abang bukannya tinggal jauh pun. Ada je masa untuk jenguk umi dan abah."

Firash akui kesalahannya yang tidak melawat orang tuanya yang masih hidup.

"Jangan nak tukar topik. Aku nak tahu apa yang terjadi empat tahun lepas. Kenapa Airis tinggalkan aku?"

Riak wajah Serra berubah sedikit. Kenapa Firash tiba-tiba mengungkit kisah empat tahun lepas? Hanya sekali saja Firash bertanya kepada dia mengenai keberadaan Airis iaitu setelah sembuh dari kemalangan. Sejak dari hari itu, Firash tidak pernah sekalipun menyebut nama Airis di hadapannya.

Bagi Serra, abangnya sudah berjaya melupakan Airis dari dalam hidupnya.

"Serra tak tahu."

"Kau kawan baik dia. Takkanlah kau tak tahu," desak Firash, tidak puas hati. Hubungan Airis dan Serra dulu terlalu rapat. Selalu berdua ke mana-mana saja.

Firash mengenali Airis pun melalui Serra kerana adiknya selalu membawa Airis ke rumah. Firash menjadi tertarik untuk mengenali Airis. Pada awalnya begitu sukar untuk dia mendekati Airis yang sombong.

"Serra memang tak tahu!" Meninggi suara Serra membalas pertanyaan Firash dengan jawapan yang sama. Dia rimas bila Firash mendesaknya memberitahu perkara yang sebenar. Dia bimbang akan terlanjur bicara.

"Aku dah jumpa Airis. Kau ingat kan dulu aku pernah cakap dekat kau yang aku nak lamar Airis jadi isteri aku. Bila aku dah jumpa dia ni, aku nak teruskan dengan niat aku dulu. Tapi, dia dah benci aku. Aku perlukan pertolongan kau untuk dapatkan Airis semula."

Firash masih tidak berputus asa ingin mendapatkan Airis semula. Kejadian di hadapan rumah Tengku Sulaiman tempoh hari, tidak mematahkan semangat Firash. Dia tidak sanggup kehilangan Airis untuk kali kedua.
















BENARLAH apa yang diperkatakan Riyaz dua hari yang lepas iaitu keputusan untuk berkahwin ini bukannya atas kemahuan keluarga Riyaz. Namun, kemahuan lelaki itu sendiri. Airis mendapati hubungan ayah dan Riyaz terlalu rapat. Sepertinya, sudah lama berkenalan. Pada malam itu, Tengku Sulaiman mengajak Riyaz makan malam di rumah.

Sepanjang Airis berada di meja makan, dia hanya diam. Riyaz dan Tengku Sulaiman pula banyak perkara yang dibualkan bersama mengenai hal bisnes. Sambil makan Airis tertanya-tanya lelaki bernama Riyaz ini sudah lama mengenali keluarganya ke? Ibu pun melayan dia dengan baik.

Nampaknya semua orang menyukai Riyaz.

Airis perasan pandangan Riyaz kerap melekat pada wajahnya sambil tersenyum. Menyempat!

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now