BAB 39

768 27 1
                                    

Penuh badannya dibalut dengan kain pembalut putih yang dibawa oleh kawannya tadi. Luka tadi sudah dibersihkan dan disapu ubat. Indra duduk di bangku yang berada di hadapan keretanya. Dia melihat kawannya itu menyimpan segala peralatan yang digunakan sebentar tadi ke dalam kereta.

Tshirt biru milik kawannya itu disarung ke tubuh. Bajunya sudah koyak rabak dan layak dibuang mungkin. 

"Bro, terima kasih lah rawat aku," ungkap Indra saat kawannya itu datang mendekat dan duduk di sebelahnya.

"Sama-sama tapi..." 

Perkataan 'tapi' itu ditekan kuat sedikit sebelum ayatnya tergantung.

"Kau hutang cerita dengan aku," sambung Luth dengan amaran keras.

Indra mengeluh kecil. 

"Ye aku tahu," balas Indra lemah. Kesan luka itu masih sakit. Kata Luth, lukanya banyak dan panjang-panjang. Kesan birat itu mungkin mengambil masa yang lama untuk hilang. Sama seperti kesan parut luka yang lain. Lebih lagi, luka yang ini besar dan panjang.

Indra sudah pening kepala. Bagaimana dia mahu pulang kalau bonda atau ayahanda ternampak badannya begini. 

"Nanti rajin-rajin lah ye pergi klinik untuk cuci luka tu. Kalau tak nak, kau suruh Kak Su," kata Luth lagi.  Kawannya seorang ini memang degil. Lagi-lagi kalau disuruh ke klinik. Banyak saja alasan yang dibagi supaya kedua kaki panjangnya itu tidak melangkah masuk ke dalam klinik. 

Entah apa yang dirisaukan di dalam klinik itu, Luth sendiri tidak tahu. 

Laju Indra menggeleng.

"Tak nak aku. Nanti apa kata Kak Su. Aku dah lah gaduh dengan bonda dan Kak Su," luah Indra dengan wajah monyoknya.

Melopong mulut Luth setelah mendengar apa yang dikatakan Indra tadi. 

"Okay, sekarang ni banyak cerita aku terlepas. Kau kena ceritakan segalanya dekat aku dari A sampai Z," pinta Luth seakan mengarah dengan riak tegas.

Indra diam mengelamun. Segala yang berlaku begitu pantas. Belum sempat dia beritahu bonda dan ayahanda tentang lamarannya pada Hawa, hari ni juga dia dengar khabar Aisyah telah meninggal dunia. Dan sekarang, badannya luka sebab bergaduh dengan Leo. 

Dia juga belum bercakap dengan bonda dan Kak Su di rumah. Disebabkan Tuan Amin berada di luar negeri selama dua minggu, ayahandanya itu tidak tahu apa-apa tentang hal di rumah. Urusan madrasah pula sudah jadi tanggungjawab orang lain untuk membantu Tuan Amin. Bonda dan yang lain hanya datang melawat.

"Luth, aku nak kahwin," luah Indra selamba.

Luth memandang hairan. 

"Bukan kau memang nak kahwin ke lagi berapa bulan ni?" tanya Luth pelik. Berita tentang perkahwinan Indra sudah pun disebarkan dalam kalangan teman-teman rapatnya.  Walaupun tidak ramai, merekalah yang sentiasa ada bersama Indra.

"Orang lain, Luth. Aisyah tu..." 

Terhenti kata-kata Indra mengenang nasib Aisyah. Dia teringat segala kelakuan Aisyah terhadap dia dan Hawa. Namun apakan daya, gadis itu sudah pun tinggalkan semua orang di dunia ini dan kembali ke pangkuan Ilahi. Dia tiada hak mahu sebarkan aib Aisyah.

"Dia dah tak ada, Luth. Pagi tadi aku dapat berita dia dah tinggalkan kita buat selamanya," sayu suara Indra berkata. Dia tidak mahu ingatkan kembali apa yang arwah lakukan kepadanya. Biarlah semua itu bagai angin yang lalu dalam masa yang singkat.

"Innalillah hi wainna ilaihi rajiun," sahut Luth muram. Lelaki kacak itu turut bersimpati atas pemergian Aisyah.

"Habis tu kau nak kahwin dengan siapa?" soal Luth lagi.

Sembuhkan Aku || CWhere stories live. Discover now