Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Hawa diam membisu. Risau Indra dibuatnya. Pertama kali dia berhadapan dengan situasi ini. Dia masih belum biasa dan kekok. Indra memandu perlahan ke rumah. Tapi, dia takut jika hanya mereka berdua di rumah, dia tidak dapat berhadapan dengan Hawa yang sekarang.
Atau patut dia balik rumah ibu dan ayah? Mungkin Haira boleh bantu cara berinteraksi dengan Hawa.
"Sayang, kita balik rumah ibu ya?" kata Indra.
Hawa termenung ke luar tingkap. Badannya nampak lemah. Bibirnya pucat merekah. Indra memandang tangan Hawa yang diletak di atas riba itu. Perlahan dia mencapai dan mengusap lembut. Dia mahu Hawa biasa dengan sentuhannya. Dia mahu Hawa rasa selamat dengan sentuhnnya.
Hawa membiarkan Indra bermain dengan jari jemarinya. Tidak mengelak atau membantah. Dia tahu Indra mahu buktikan bahawa dia akan selamat dan selesa dengan sentuhan Indra. Dia yakin Indra akan berjaya sembuhkan dia.
"Indra," panggil Hawa lemah. Badannya masing statik ke arah tingkap. Kepalanya juga tidak berpaling. Hanya suara yang memanggil.
"Ya, sayang," laju Indra menjawab.
Dia takut Hawa tidak selesa. Ini pertama kalinya Hawa bercakap selepas pulang dari hospital. Hawa lapar ke? Mahu ke tandas ke? Atau apa?
"Awak nak apa-apa ke? Lapar? Nak ke tandas?" seloroh Indra bertanya. Sambil memandu dia asyik memandang ke kiri untuk melihat Hawa.
Dia tidak mahu Hawa rasa terabai seperti sebelum ini. Indra mahu mengisi semula segala kasih dan sayang yang selama ini belum penuh di dalam bakulnya. Indra mahu menjadi yang terakhir dalam hidup Hawa dan Hawa menjadi yang terakhir dalam hidupnya.
Perasaan serba salah itu kekal dalam jiwa sejak Hawa pengsan di rumah pagi tadi. Soalan yang sama sentiasa berlayar di fikiran. Aku gagal ke? Aku tak layak ke?
Dahulu, Hawa sentiasa cakap bahawa dia tidak layak untuk Indra. Dan sekarang, Indra yang berfikir dia tidak layak untuk Hawa.
Dia sesak. Otaknya celaru. Banyak yang bermain di fikirannya. Dia keliru dalam hubungannya. Adakah dia cukup kuat untuk selamatkan hubungan yang baru mereka bina ini? Adakah dia layak untuk mendampingi gadis ini sehingga akhir hayat?
Indra sendiri kata mereka berkahwin untuk saling melengkapi bukan tentang kesempurnaan. Adakah serpihan yang tidak lengkap untuk dirinya ada pada Hawa? Adakah serpihan Hawa yang belum dijumpai itu ada pada Indra? Layakkah dia menjaga Hawa sehingga gadis itu benar-benar sembuh?
Malah, sehingga rambut mereka bertukar putih dan wajah penuh dengan kerut. Itu impian Indra. Mahu bersama Hawa sampai dia hembus nafas terakhir. Tetapi, perkara kecil ini pun dia tidak mampu untuk hadap, bagaimana dengan masa depan mereka? Dia yakin akan ada ujian yang lebih besar dari ini.
"Sembuhkan saya," pinta Hawa dengan suara yang bergetar.
Indra terkedu. Liur ditelan kasar.
"Saya cuba dan tolong jangan menyerah. Buat untuk diri awak," kata Indra serupa memberi semangat kepada Hawa. Jari jemari Indra kekal mengelus kekura Hawa dengan lembut. Dia suka memberi sentuhan seperti itu kepada Hawa.
Hawa kembali diam. Dia berasa tidak bersemangat. Lemah dan lesu. Selera makan kembali kurang.
Indra mengeluh kecil. Dia terus memandu sehingga tiba di rumah ibu dan ayah Hawa. Tiba di situ, baru Indra perasan isterinya sudah lelap diulik mimpi. Setelah dia memberi salam di pintu dan bersalaman dengan ibu dan ayah, dia meminta izin untuk membawa Hawa terus masuk ke bilik.
Segala persoalan yang dilontar dibiarkan dahulu. Dia berjanji untuk bercerita pada hari esok. Indra mencempung tubuh Hawa yang kurus itu. Hawa dibawa ke bilik dan dia juga menemani Hawa di bilik.
Setelah solat Isyak, Indra baring di sisi Hawa. Rambut isterinya yang terjuntai di bawa ke belakang. Wajah Hawa ditilik sepuas mungkin. Perasan kasihan muncul di lubuk hatinya. Kenapa gadis sekecil dan semuda Hawa boleh menghidap penyakit mental. Indra diam memerhati.
Knok! Knok!
Pintu bilik diketuk. Indra bangun dan buka pintu. Ibu.
"Hawa tak bangun?" soal Puan Intan.
Indra geleng perlahan.
"Biar ibu bersihkan Hawa. Indra duduklah dulu, mesti penat memandu sampai sini," kata Puan Intan lalu masuk ke dalam bilik.
"Tak apa ibu, Indra boleh buat," canggah Indra. Dia berura mahu mengambil besen kecil dan tuala kering di tangan Puan Intan. Namun, Puan Intan berkeras tidak mahu memberi pad Indra.
"Indra duduk. Biar ibu yang buat. Kamu pergi ambil baju dan seluar Hawa, nak tukar."
Indra angguk mengalah. Dia akur saja kata ibu mentuanya itu. Jika dia kekal dengan pendiriannya tadi, memang telinga ditadah mendengar bebelan Puan Intan jawabnya. Indra mengambil sepasang pajama milik Hawa di dalam almari baju.
Setelah itu, dia memerhati tingkah Puan Intan yang membersihkan badan Hawa seperti anak kecil yang baru lahir. Terbit senyuman di bibir Indra. Bagaimana dia boleh lupa bahawa wanita di hadapannya ini pernah memburukkan anaknya yang terbaring ini padanya. Tidak, semua itu masih segar dalam kotak ingatan Indra.
Tapi semuanya telah berubah. Indra nampak perubahan yang ketara pada Puan Intan dalam layanan mereka pada Hawa.
"Indra," panggil Puan Intan.
"Ye ibu," sahut Indra.
"Jaga anak bongsu ibu baik-baik. Ibu dan ayah dah musnahkan hidup dia. Ibu dah hancurkan impian dia," pesan Puan Intan sambil mengusap badan Hawa dengan tuala basah.
Indra diam mendengar.
"Jangan bagi dia menangis. Jaga hati dia, hati dia dah cukup hancur dengan ibu. Hawa Idara, anak ibu yang paling baik dan manja. Tapi dia terpaksa jadi matang sebab dunia tak berpihak pada dia," sambung Puan Intan lagi.
Indra sedar air mata ibu mentuanya sudah mengalir di pipi. Tapi apakan daya, dia tidak sampai hati mahu menegur.
"Indra, bimbing Hawa sampai syurga. Kami dah terlalu jauh dengan Allah. Bawa dia pulang, bagi dia kebahagiaan. Ibu dah lama tak nampak senyuman ikhlas Hawa. Sejak kahwin dengan kamu, barulah ibu nampak. Carilah kekurangan kamu untuk melengkapi Hawa, carilah kelebihan Hawa untuk melengkapi kamu. Ibu sayang kamu berdua."
Indra senyum pahit mendengar luahan dari Puan Intan. Dari luahan itu, dia Puan Intan menyesal dengan segala perbuatannya pada Hawa dulu.
"Indra cuba. Ibu doakan kami bahagia ya, ibu."
"Ibu sentiasa doakan kamu berdua bahagia," balas Puan Intan. Wanita itu cuba senyum paksa dalam keadaan hatinya sebak dan terluka.
Sedih melihat anaknya kembali terbaring di atas katil dalam keadaan lemah. Dia sangka perkahwinan ini membuatkan Hawa akan sihat dan akan kurang berulak-alik ke hospital lagi.
"Dah siap, ibu keluar dulu ya. Kamu gantikan baju Hawa," kata Puan Intan dan meninggalkan Indra terpinga-pinga sendirian.
Indra memandang Hawa dan baju pajama silih berganti.
"Aku ganti baju?" soal Indra pada diri sendiri.
"Ganti je lah. Bini sendiri kot. Apalah kau ni," gumam Indra bergaduh dengan diri sendiri.
Saat dia membuka baju Hawa, banyak kesan lebam yang masih belum pulih. Dia tahu ini kesan yang sudah lama. Tapi, kesannya tertinggal di sini. Dia berasa simpati dengan gadis itu. Dihukum dan dikeji waktu fikirannya baru mahu matang. Apalah yang dia faham ketika itu.
Indra senyum bangga dengan Hawa. Dia tahu isterinya kuat dan gagah. Oleh itu, Hawa berjaya berada di sisinya dan sampai bila-bila. Indra mengucup dahi Hawa.
Sesudah itu, dia baring di sisi Hawa. Indra memeluk tubuh kecil isterinya agar berasa hangat dalam pelukannya. Dia juga mahu sentiasa Hawa di dalam pelukannya. Sampai bila-bila.
"Selamat malam, kekasih abang."
tbc...
YOU ARE READING
Sembuhkan Aku || C
De Todo🄺🄰🅁🅈🄰 🄺🄴🅃🄸🄶🄰 by cik_farah♡ Kehidupan seorang gadis yang berubah drastik setelah berlaku satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Dipinggirkan keluarga malah dilayan seperti orang luar. "Maaf kan Hawa, ibu." "Disebabkan kau, aku hilang orang...