Indra termenung di meja makan. Ibu dan ayah awal pagi sudah keluar mencari makanan basah. Peti ais sudah kosong dipinta untuk diisi dengan pelbagai sayur dan lauk.
Sudu di tangan itu dikuis nasi goreng. Makin lama boleh lembik nasi itu dibuatnya. Bukannya dibuat makan, malah dibuat main. Entah apa hal yang membuatkan lelaki itu termenung jauh sehingga tidak perasan kakak iparnya sudah duduk di hadapan.
Haira yang memakai tudung sarung itu duduk melihat Indra yang termenung.
"Indra, Indra," panggil Haira membuatkan lamunan Indra terhenti.
"Jauh termenung. Fikir apa?" tanya Haira sambil mengambil sesenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.
"Tak apa lah, kak. Cuma..."
"Hawa," potong Haira. Faham sangat kalau Indra fikir tentang adiknya.
"Kalau kau tak mampu rawat adik aku, kau bagi semula dekat aku. Aku okay je nak jaga sampai dia sembuh," sambung Haira seakan nada marah dan geram.
Sebenarnya dia mahu lihat keikhlasan Indra mengahwini Hawa. Benarkah janji dia pada Hawa mahu Hawa sembuh semula? Itu saja yang Haira mahu lihat. Dia mahu Hawa kembali sihat agar adiknya boleh jalani kehidupan seperti manusia biasa.
"Eh, apa akak ni? Bukan lah. Ni baru pertama kali saya hadapi benda ni. Saya kekok, jadi boleh tak akak ajar Indra macam mana nak pulihkan Hawa. Hari Jumaat Indra kena bawa Hawa pergi terapi, tapi kalau macam ni jadinya, macam mana nak buat?" ujar Indra.
Lega hati Haira mendengar luahan adik iparnya. Dia percaya Indra boleh jaga adiknya sebaik mungkin. Dia yakin Indra boleh sembuhkan adiknya semula.
"Kau kena banyak bercakap dengan dia. Jangan tinggalkan dia seorang diri. Oh ye, kau kerja apa sebenarnya? Kenapa hari-hari aku nampak kau ada dekat rumah?"
Haira cuba mengorek segala rahsia pada Indra. Kerap juga nampak Indra walaupun sebelum berkahwin dengan Hawa. Talia pula tidak pernah cerita tentang pekerjaan Indra.
Indra garu kepala mahu menjawab. Bukannya dia tidak kerja, tapi kerja... sekadar tolong ayahanda dekat madrasah, mana cukup duit nak beli rumah mewah, kereta Mercedes Benz kan? Perlu ke dia jujur?
Atau nak kata dia anak sultan yang harta sepuluh keturunan tak habis? Lagi pelik dibuatnya.
"Kau tak kerja ke? Ke buat kerja ha..."
"Astaghfirullah, apa akak cakap ni?" melenting Indra dibuatnya dengan tuduhan Haira.
Indra geleng kepala. Manakala Haira pula ketawa malu. Tak patut buruk sangka dengan adik ipar sendiri. Haira istighfar dalam hati.
"Selagi kerja tu halal, akak tak usah risau. Indra masih tahu halal haram nak bagi anak orang makan. Takkan Indra nak bagi isteri dengan anak-anak Indra makan duit haram, kan?"
Haira angguk percaya.
"Indra, masuk dulu kak. Nak bagi Hawa makan," pamit Indra.
Indra bangun dari duduknya sesudah makan. Dia mengambil sepiring pinggan nasi goreng dan bancuhan air susu. Kemudian diletaknya di dalam dulang untuk dibawa ke dalam bilik. Haira diam memerhati. Biarlah Indra menjaga isterinya tu.
YOU ARE READING
Sembuhkan Aku || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄺🄴🅃🄸🄶🄰 by cik_farah♡ Kehidupan seorang gadis yang berubah drastik setelah berlaku satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Dipinggirkan keluarga malah dilayan seperti orang luar. "Maaf kan Hawa, ibu." "Disebabkan kau, aku hilang orang...