BAB 44

747 25 0
                                    

"Assalamualaikum," ucap Haira selepas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sedar dia agak lewat sedikit pulang ke rumah. Apalah khabar adiknya? Ibu dan ayah jug asudah pesan awal-awal bahawa mereka singgah ke rumah adik mereka untuk bertandang seketika.

"Hawa, akak ada bawa makanan. Tadi Talia bagi untuk kau. Sini keluar," seru Haira sambil meletak makanan di atas meja makan. Cukuplah makanan sekadar untuk keluarga kecil mereka.

Haira menjeling ke jam dinding. Sudah pukul lapan malam.

Hawa diam tidak menyahut sahutan Haira. Mungkin juga dia solat sekejap di dalam bilik. Haira masuk ke biliknya untuk mandi dan menunaikan solat maghrib.

Setelah itu, dia terlelap di atas sejadah hampir dua jam. Haira membuka skrin telefonnya yang menunjukkan jam sepuluh malam. Dan di situ juga ada mesej dari ibu bahawa ibu tidur di rumah adiknya dan tidak pulang pada malam ini. Hanya dia dan Hawa saja di rumah. Haira bersiap untuk solat isyak sebelum keluar dari bilik.

Haira menjeling ke meja makan. Plastik dan makanan elok tidak disentuh. Dia hairan. Mana Hawa? Takkan dari maghrib tak keluar bilik?

Selalunya lepas solat isyak, Hawa akan duduk di ruang tamu. Itulah yang diarah Haira agar Hawa tidak terperuk di dalam bilik melayan perasaannya. Jika tidak, pasti penyakitnya akan bertambah teruk.

Haira melangkah ke bilik Hawa. Pintu yang tutup rapat itu ditenung seketika. Hatinya berdegup kencang. Ada sesuatu yang terjadi. Tapi dia tak pasti apa.

Knok! Knok!

Haira mengetuk pintu bilik adiknya.

"Hawa, keluarlah. Aku ada bawa balik makanan. Jomlah makan. Ibu dengan ayah tak balik malam ni, tidur rumah makcu," ujar Haira panjang lebar.

Pintu itu diketuk lagi. Langsung tiada sahutan.

"Hawa Idara, kau tidur ke?"

Haira panik. Kenapa Hawa tidak menyahut sahutan dia. Dia memulas tombol pintu adiknya dan membuka luas pintu itu.

Kosong. Hawa langsung tiada di dalam. Makin kencang dadanya berombak.

"Hawa! Hawa! Adik!" jerit Haira cemas.

Laju kaki keluar dari bilik dan menuju ke meja dapur di mana dia meletakkan telefon bimbitnya. Nombor Indra dicari.

Tak dapat.

Sekali lagi dia memanggil nombor Indra dalam keadaan gelabah. DAPAT!

"Assalamualaikum, hello Indra," sapa Haira cemas.

"Waalaikumsalam, kenapa kak? Cemas sangat ni?" jawab Indra di hujung talian.

"Hawa... Hawa," kata Haira. Perkataan lain masih belum terlepas dari bibirnya. Dia terlalu cemas dan panik kerana adiknya hilang. Hawa pun satu, keluar tidak mahu bagitahu orang. Sudahlah dirinya itu tidak berapa sihat lagi.

"Kenapa dengan Hawa, kak?"

"Hawa...hilang," jawab Haira

"Hilang!??!" jerit Indra semula untuk pastikan telinganya tidak salah dengar.

"Ye, hilang. Akak baru perasan. Lepas keluar dengan Talia, akak balik bagitahu Hawa suruh keluar makan. Lepastu akak tertidur, dan akak baru perasan sekarang. Macam ni Indra? Nak report polis ke?" terang Haira.

Air matanya sudah mengalir. Dia terduduk lemah di atas kerusi. Mengenangkan nasib yang tidak berpihak padanya. Dia tidak mahu lagi kehilangan sesiapa yang bermakna dalam hidupnya. Cukuplah abangnya meninggalkan mereka lima tahun yang lalu.

Dia takut akan kehilangan lagi selepas ini. Dia masih belum bersedia. Tidak, tidak mungkin akan terjadi lagi.

"Indra, akak takut. Akak taknak Hawa hilang. Tolong cari Hawa," rayu Haira dengan tangisannya.

Sembuhkan Aku || CWhere stories live. Discover now