Part 4

190 30 0
                                    

Dalam diam, aku setuju dengan kata-kata Tuah. Walaupun pengalaman itu adakalanya terlampau perit untuk ditelan oleh manusia yang tak sempurna macam kita. Tetapi pengalaman itu, guru terbaik untuk mengajar kita subjek yang bernama kehidupan. 

Dan pada masa yang sama, menjadikan kita manusia lebih matang biarpun usia masih setahun jagung. Kerana pandangan kita tentang kehidupan berubah mengikut pengalaman dalam hidup. Lebih banyak makan garam, hati kian berani menempuh segala onak dan duri. 

"Abah saya pernah pesan, Tuah." Aku cakap sampai di situ saja. Konon-konon sebagai permulaan untuk menarik perhatian dia supaya tertumpu pada aku. Jangan jauh mengelamun.

"Apa yang bakal bapa mentua saya pesan?" 

Bakal bapa mentua?

Tak sampai dua jam, abah dah jadi bakal bapa mentua Tuah? 

Wow, laju sungguh dia bertindak! Sama laju dengan ETS. 

"Seberat mana pun ujian yang kita hadapi, kita kena sentiasa ingat yang semua ujian itu takkan pernah melebihi kemampuan kita." Pesanan abah yang aku pegang sampai sekarang. 

"Kalau ujian itu besar, maksudnya kemampuan kita pun besar," olah aku sebagai penutup pesanan abah. 

"Tapi kadang-kadang kita lupa, ujian itu tanda Allah masih sayang. Betul tak, Taliya?"

Aku angguk, tanda setuju. 

Sebagai manusia yang lemah, adakalanya kita akan tersasar dari landasan. Kita ingat ujian itu tanda Allah marah dan benci pada hamba-Nya. Padahal ujian itu peringatan dari Allah untuk kita kembali bersujud pada-Nya sebelum terlambat. 

"Selepas hujan, pasti akan ada pelangi yang muncul. Macam tu juga ujian. Di sebalik setiap ujian, akan ada rahmat-Nya." Aku tersenyum nipis. 

"Dan saya rasa, hidup saya memang bertuah hari ni. Walaupun tak hujan, masih ada pelangi yang muncul di depan saya." Dia bercakap sambil menongkat dagu pada pemegang kerusi ETS. Anak matanya menghala tepat pada raut wajah bujur sirih aku. 

"Awak dah makan, Tuah?" tanya aku untuk mengubah haluan topik kami berdua. 

Dia gelengkan kepala.

"Tak lapar?" 

"Tadi sebelum masuk ETS memang saya tahap kebulur. Tapi lepas sembang dengan awak, saya rasa kenyang."

Risau aku. Takut tak sempat sampai KL Sentral, aku kencing manis dulu. Ayat dia terlampau manis untuk manusia yang tak pernah bercinta seperti aku. 

"Saya lapar." Aku pegang perut yang mula berdondang sayang. 

"Ooo... awak lapar. Saya ada roti. Awak nak makan roti?" Sambil bercakap, Tuah bawa keluar bungkusan roti yang tersimpan dalam beg sandang warna hitamnya. 

"Nak makan makaroni bakar, tak?" Giliran aku pula yang selongkar beg galas belakang sendiri. Tengah ambil bekas makanan yang berisi makaroni bakar hasil tangan ibu. 

"Awak masak?"

"Tak. Ibu saya yang masak. Saya tolong basuh telur dengan rebus makaroni aje. Awak nak share dengan saya?"

Aku buka penutup bekas makanan lalu menghulurkan garpu plastik pada Tuah. Lebih mudah makan pakai garpu plastik bila berada dalam ETS. Tak payah basuh tangan. Kemudian, aku letak bekas makanan di atas meja yang melekat sekali dengan kerusi ETS penumpang hadapan. 

"Sooo... awak reject roti saya?" soal dia seperti orang hampa, tapi dia tetap sambut huluran garpu aku. 

Terhambur ketawa halus dari mulut aku. 

Hanya Seketika ✅ - Complete Where stories live. Discover now