Part 5

162 18 2
                                    

"Milik awak mungkin," balas aku selamba yang boleh. 

Buat kali pertama dalam hidup, aku sanggup ambil risiko. Penat juga kalau asyik main tarik tali. Kami bukan budak sekolah. Masing-masing dah tua. 

"Insya-Allah." Tuah merenung tunak ke dalam sepasang mata aku. 

Agak lama kami saling bertentangan mata antara satu sama lain. Tautan mata hanya terlerai bila annoucement dalam ETS menjengah ke telinga. Terus aku pandang ke depan dan sambung makan roti dengan lagak biasa. 

"Awak suka saya tak, Taliya?"

Uhuk!

Aku tercekik roti terus gara-gara soalan maut dia. Aku tumbuk dada dengan tangan kiri. Manakala tangan sebelah kanan, tengah menutup mulut. Takut ada juga manusia yang termuntah depan Tuah nanti. 

"Sorry... Sorry..." ucap Tuah banyak kali sambil menghulurkan botol air mineral pada aku. 

Sepantas kilat, aku sambar botol air dari tangan dia dan minum dengan begitu rakus sekali. Anak tekak terasa perit sedikit. Mungkin penangan dek tercekik roti Ahmad Tuah Eskandar. 

Bila anak tekak hilang perit, aku hanya duduk senyap bersama tangan yang memeluk botol air rapat pada dada. Roti yang masih berbaki separuh hanya terbiar sepi di atas meja. Lagak aku sekarang serupa orang trauma. 

Boleh pula dia tanya soalan cepumas macam tu waktu aku tengah makan. Nasib baik tak putus nyawa aku. Kalau tak, memang aku meninggal sebelum sempat peluk cium ibu dan abah buat kali terakhir. 

"Awak okey, Taliya?" Dia pandang muka aku dari arah sisi. 

Aku cuma anggukan kepala. Mulut masih terkunci rapat tanpa sebarang bunyi. 

"Boleh saya sambung tanya soalan? Atau awak masih perlukan masa?" tanya dia prihatin.

"Untuk soalan awak tadi, saya dah ada jawapan," luah aku bersama suara yang sedikit parau. Hanya hilang selepas aku berdeham lebih daripada tiga kali. 

"Apa jawapan awak, Taliya?" 

"Saya suka awak. Mungkin dalam 50%. Gila, kan?" Aku ketawa halus. Rasa terhibur dengan keberanian diri sendiri. 

"Tak gila. Kerana it takes eight seconds to fall in love. Tapi seumur hidup untuk melupakan."

"Eight seconds untuk lelaki. Perempuan selalunya ambil masa dalam 15 hari." Ini fakta yang aku pernah baca di Google. 

Tapi, untuk kes aku?

Tak sampai 15 hari. Dalam masa beberapa minit aku dah jatuh cinta dengan Tuah. Teori 15 hari tu memang aku tak boleh pakai. 

"Kenapa awak suka saya 50% aje? 50% lagi hilang mana?" 

"Tak hilang. Cuma simpan untuk keselamatan hati dan perasaan." Bila aku berlaju jujur pada perasaan sendiri, semuanya terasa lebih mudah. Tak rasa aku hipokrit. 

"Saya pula suka awak 70%, Taliya." 

Jadi, dia suka aku lebih. Itu satu perkembangan yang bagus. Kerana ibu pernah pesan...

"Cari suami yang sayang kita lebih daripada kita sayang suami kita." 

Dan, pesanan ibu itu menjadi nyata dalam bentuk Ahmad Tuah Eskandar. Kerana kata-kata Tuah sentiasa ikhlas dan jujur. Jadi, aku mudah nak percaya dia walaupun kami kenal tak sampai 24 jam. 

"30% lagi hilang mana?" Giliran aku pula tanya soalan yang sama pada Tuah. 

"Simpan dulu sebelum saya sambut tangan tok kadi." Bibir dia terkoyak senyuman manis. 

Aku sekadar anggukan kepala. 

"Apa beza antara suka, sayang dan cinta?" tanya dia tiba-tiba. 

"Entah... Saya masih BBNU soal hati dan perasaan ni." Aku jongket bahu ke atas. 

"Kalau ikut Google, ada beza. Tapi bagi saya, tak ada beza. Semua perasaan ni akan datang serentak bila kita jumpa someone yang spesial." 

"Someone yang spesial macam saya?" Dengan tak tahu malunya, aku tunjuk muka sendiri.

"Awak sangat spesial sampai saya rasa nak kurung awak dalam hati." Dia senyum segaris, namun mampu buat aku melayang hingga langit ketujuh. 

"Dasar sweet talker!" Aku jeling manja pada Tuah. 

"Bila dah jatuh cinta, yang beku pun boleh bertukar jadi sweet talker." Dia tertawa kecil. Mungkin rasa lawak dengan ayat sendiri. 

Ya Allah, bahagianya rasa...

Kalau dia pun jatuh cinta dekat aku, maksudnya perasaan kami saling berbalas antara satu sama lain? Kiranya, cinta aku tak bertepuk sebelah tangan? Masih ada harapan untuk kami berkongsi pelamin yang sama?

Tanpa sedar, aku dah sengih seperti orang gila. Sesekali aku gigit bucu tudung.

"Awak okey, Taliya?" Dia petik jari di depan muka aku. 

"Okey... Okey sangat-sangat!" Terburu-buru aku bersuara seraya mengubah kedudukan badan. Aku duduk dengan sebelah kaki yang melipat sila. 

"Awak percaya saya tak, Taliya?" 

"Sejujurnya, saya percaya awak."

Sebaik saja jawapan aku mencecah pada pendengaran, bibir Tuah mekar dengan senyuman. Seolah-olah dia dah menanti jawapan aku tu selama berpuluh-puluh tahun. 

"Terima kasih kerana percaya saya, Taliya. Thank you so much." Dia tunduk separuh badannya banyak kali. Tanda dia hargai sangat kepercayaan aku. 

"Walaupun kita baru berjumpa, perasaan saya pada awak tulus. Bukan main-main. Saya berani sumpah atas arwah mama saya." Tuah angkat tangan sama paras dengan dada dan mata hitam dia cuma melekat pada muka aku. 

"Saya percaya awak, Ahmad Tuah Eskandar." Aku sebut nama penuh Tuah dalam satu nafas. Gara-gara terkejut dengan sumpah janji dia. 

"Terima kasih kerana percaya saya."  Buat kesekian kali, ucapan terima kasih meniti di bibir nipis dia. 

"Awak tahu tak, Taliya. Sa..."

Tak sempat dia nak habis cakap, aku dah potong terlebih dahulu. Bukan biadap, tetapi sengaja nak mengusik si jiran sebelah. 

"Wow, pandai mengusik! Interesting.

"Okey, Tuah. Awak nak cakap apa tadi?" Sebelum perbualan kami melencong, lebih baik aku tarik dia kembali pada landasan. Risau jantung aku yang terpaksa bekerja keras nanti. 

"Saya suka bila awak panggil nama penuh saya. Manis. Macam senyuman awak juga." 

Makin lebar senyuman aku. 

"Awak bosan tak, Taliya?" 

Tak semena-mena, itu soalan yang meluncur keluar dari mulut Tuah. 

"Awak bosan dengan saya?" Aku balas soalan dia dengan soalan juga. Memek muka pula kelat seperti peria. Sentap dengan soalan dia sebenarnya. 

"Saya takkan pernah bosan dengan awak."

"So, kenapa awak tanya soalan macam tu?" Dahi aku agak berkerut sedikit. Masih pelik dengan soalan dia tadi. 

"Saya risau awak bosan dengan saya, Taliya."

"Saya okey. Saya tak bosan pun. Saya rasa seronok boleh bersembang dengan awak."

"Banyak lagi soalan saya nak tanya dekat awak. So why not, kita main game based on next stesen yang ETS akan berhenti." Selang-seli Tuah jongket kedua-dua belah kening dia. 

"Macam mana game tu?"

Dia jawab soalan aku dengan tersenyum herot. 








Hanya Seketika ✅ - Complete Where stories live. Discover now