Part 9

163 18 6
                                    

Sebaik saja turun dari ETS, terus aku bergerak ke arah bilik air. Selepas lima jam duduk dalam ETS, pundi kencing pun dah penuh. Tadi dalam ETS tak rasa nak kencing. Sekarang dah sampai tahap nak terkencing dalam seluar pun ada. 

"Siapa jemput awak nanti, Taliya?"

Itu soalan yang menyapa ke telinga sebaik saja kami berdiri di hadapan pintu masuk utama KL Sentral. Sewaktu aku pergi kencing tadi, dia tunggu di depan bilik air. Bak seorang suami yang menanti isterinya. 

"Kawan saya. Awak?" 

"Saya naik e-hailing." 

"So, ni akan jadi our last goodbye?" soal aku agak lirih. 

"Haah." Dia siap anggukan kepala dalam dua tiga kali. Bagai nak mengukuhkan lagi jawapan pendek dia tu. 

Bersusah payah aku telan liur yang terasa kesat di anak tekak. Kepala mula rasa pening.

Selepas macam-macam jenis ayat manis dia hidang dekat aku, ini kesudahan kami berdua? Macam mana dengan alam perkahwinan?

Arghh, bodohnya aku!

Nampak sangat aku kena love scam. Bukan melalui Tinder, tetapi secara terang-terangan dan face to face

"Our last goodbye untuk hari ni Taliya, " bisik dia betul-betul depan muka aku. Lalu, tersenyum nakal. 

Kurang asam!

Macam tu saja dia scam aku?

"Perjalanan kita masih panjang. Tapi saya berani jamin, we will have fun through this love journey. Insya-Allah."

"Insya-Allah, Tuah." 

"Awak dah tempah e-hailing?" tanya aku usai saja dapat pesanan WhatsApp daripada Miya. Dia kawan baik aku dan merangkap pemandu peribadi aku hari ni. 

"Saya tunggu kawan awak sampai dulu. Bila awak dah selamat, baru Tuah awak ni akan tempat e-hailing."

"Dalam 10 minit lagi, kawan saya akan sampai." 

"Kiranya dalam masa 10 minit lagi, kita akan berpisah... Untuk sementara waktu."

Aku sekadar anggukan kepala. 

"Sementara tunggu kawan awak, awak nak tak tangkap gambar dengan saya? Maybe sebagai kenangan pertemuan kita yang pertama?" soal Tuah sambil tunjuk telefon yang berada di tangannya. 

"Of course, boleh. Sepatutnya, kita tangkap gambar dalam ETS. Baru lebih bermakna. Betul tak?" 

"Selagi ada muka awak dalam gambar saya, semuanya akan sentiasa bermakna." 

Habis saja dia cakap, terus dia angkat telefon sama paras dengan muka aku. Tengah bersiap sedia untuk sesi selfie kami yang pertama. 

Selepas lima kali selfie, baru upacara tangkap gambar kami tamat. Dan tanpa aku minta, dia dah hantar siap-siap gambar selfie kami tadi dekat WhatsApp aku. 

Aku pula balas dengan share link media sosial aku. Senang dia nak follow nanti. Nak suruh dia follow siap-siap macam ambil masa juga. Kerana aku dah nampak kereta Miya yang hanya selang beberapa buah kereta dari tempat aku berdiri. 

"Jangan lupa follow saya tau," pesan aku garang. Ibarat itu satu arahan yang dia wajib patuhi. 

"Sekarang juga saya follow awak," balas dia sembari menatal skrin telefon. 

"Bye Tuah. Kawan saya dah sampai." Aku bergerak dalam rentak perlahan. Sengaja aku jalan perlahan-lahan. Nak tengok puas-puas muka Tuah buat kali terakhir. 

"Assalamualaikum, saudari." Dia angkat tangan sama paras dengan bahu. 

Tersenyum kecil aku. Tak habis-habis dengan perkataan 'saudari' dia. 

"Waalaikumussalam, saudara." Aku balas lambaian tangan dia sebelum bergerak laju ke arah kereta Miya. Risau dia marah. Lebih-lebih lagi selepas dengar bunyi hon kereta Myvi dia. 

Tak sampai lima saat punggung mencecah pada kerusi kereta, notifikasi WhatsApp aku berbunyi. Cepat-cepat aku buka pesanan WhatsApp tersebut. Tak sabar nak baca WhatsApp daripada Tuah. 

-Saya sayang awak, Taliya.-

Aku tersenyum lebar hingga ke telinga. Terlampau bahagia sampai suara berleter Miya hanya ibarat tiupan angin lembut di cuping telinga aku. 

-Saya pun sayang awak, Tuah.-

Itu pesanan balas aku kepada Tuah. Tak sangka pengalaman pertama naik ETS akan meninggalkan kenangan paling indah dalam hidup aku. ETS yang menjadi tempat aku jatuh cinta pandang pertama. 


p/s: tinggal satu part je lagi. 













Hanya Seketika ✅ - Complete Where stories live. Discover now