Ketualangan Belenggu Sepupu Tiri 2

487 15 0
                                    

Uncle Tiriku menjemputku untuk balik rumah, tapi tidak menghantarku ke Rumah, bahkan membawaku ke bandar untuk makan dan minum katanya. Waktu dah senja Ayah Siu Soh menelifon Ayahtiriku iaitu abangnya sepertinya memberitahu perihal dan membawaku berjalan jalan dan makan di satu restouran kawannya. Namun perbualan mereka dalam bahasa mereka sukar ku fahami. Sepanjang perjalalanan dalam kereta, UncleTiriku bertanyakan sesuatu.

Uncle Song; Gapas... Kamu ada tau  perihal salasilah keluarga kami?.

Aku; Maaf Uncle, aku tidak  ambil tahu mahupun diberitahu oleh Ayah tentang perihal keluarganya. Aku hanya tau keluarga Ayah hanya 3 adik beradik iaitu Ayah, Uncle Song, dan seorang Lagi adik perempuan yang tidak pernah aku tau nama mahupun bersemuka. Mungkin kerana saya hanyalah Tiri, perkara lain dalam keluarga Ayah tidak menjadi keutamaan untuk diberitahu.

Uncle Song; ahahaha...  (tergelak sakan).
Gapas...you are very simple. nasihat aku agar kamu juga perlu tahu sedikit sebanyak perihal keluarga kami, sekurang kurangnya kamu tiada sebarang kekeliruan, salah faham dan tertanya tanya melihat situasi aneh disekitarmu. Lagi satu, Ayah kamu adalah penjaga kamu dan bertanggungjawap dalam segala urusan kelangsungan hidup kamu selagi dia hidup. Dia juga membesarkan kamu sehingga sekarang, walau hanya tiri, tapi dia sebenarnya sudah jadi seperti Ayahmu sendiri semenjak kamu menjadi Anak jagaannya.

Aku; Iya Uncle Song, saya faham kata kata Uncle. Uncle Song juga telah ku pandang Sebagai Ayah saudara sebenar, kerana Uncle walau tidak nampak, tapi Uncle banyak membantu Aku serta Ayah dalam menguruskan kelangsungan hidup ku sehingga sekarang.

Uncle Song senyum terharu dan mengagumi pengakuan ku. Sesampai di kedai makan kawannya, dia memesan banyak hidangan tanpa bertanyakan aku mau makan apa, Pesanan istimewa seperti ikan bakar, ayam panggang, serta bakuteh kegemarannya, juga beberapa sayuran, Udang dan ketam serta nasi. Dia juga memesan 2 pack Minuman keras hijau tertulis Bali Hai. Meja kami dicantumkan menjadi dua oleh pelayan kedai yang juga menyediakan pinggan sudu di setiap hadapan kerusi. Dalam hatiku.. 'siapakah akan makan semua ini'.

..........

Uncle Song; Orite... Gapas.. kita jarang sekali berbual atas sekatan dan sebab tertentu. Namun sekarang kamu sudah dewasa dan bebas dari larangan doktor yang selama ini bagi keselamatan kamu. Uncle percaya dan yakin kamu sudah dewasa dan kuat menghadapi diri kamu sendiri...kan. mungkin selama ini kamu lupa Uncle Kamu ini, tapi, Aku sentiasa mengambil tahu segala perihal perkembangan kamu, sebab saya dengan Abang saya sentiasa berhubung serta berusaha  membantu kamu. Hanya Kakak itu...(diam seketika memikirkan sesuatu)
... Ahh.... kasi buang jauh sikit Kakak itu, biar dia dengan hidupnya yang tidak pernah kisah sama Saudara dagingnya sendiri.

Uncle Song; Sekejap lagi Ayah dan keluarga kamu sampai, juga keluarga Uncle sampai. Hari ini istimewa, ulang tahun anak Uncle yang ketiga, Siu Lue Ying untuk ke 12 tahun. Jadi  sama sama kita disini. Kalau lapar makan dulu
makan banyak banyak pun tidak apa.. hahahah

Aku; Terima kasih Uncle Song. (Sambil aku menjamu selera dengan ayam panggang serta sayuran), kerana tidak tahan sudah kelaparan Uncle.

Uncle Song;  Hahaha.. .. bagus kamu ini Gapas. Nasib Uncle tidak punya anak lelaki, Lain dari Ayah Kamu ada 2 orang anak lelaki seorang perempuan sebelumnya dan kini 3 orang lelaki, 3 orang perempuan, sungguh beruntung Abang saya ini. Hahaha nasib Uncle semua anak perempuan 3 orang. Wife sudah tidak dibenarkan mengandung anak, saya sudah tiada harapan dalam usia semakin tua.

Ketualangan Hidup Kampung HalamanWhere stories live. Discover now