[WRITTEN ON 22nd FEBRUARY 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
TALITA MERENUNG KE depan dengan fikiran yang kosong. Dia habiskan harinya dengan mencuba sedaya upayanya untuk mengelak daripada Qaiser. Sekarang dia di dalam kereta Zayan untuk makan malam bersama. Zayan sedar perubahan mood Talita itu hanya mendiamkan diri, sesekali dia mengerling ke arah Talita.
Dia mendengar Talita mengeluh kecil, Zayan diam untuk beberapa minit lagi sebelum dia membuka mulutnya.
"What's wrong?" Soal Zayan sekaligus mengejutkan Talita daripada lamunan. Talita menoleh memandang Zayan, dia senyum kecil sebelum memandang ke depan semula.
"Tuan Zayan pernah jatuh cinta?" Soal Talita membuatkan dahi Zayan berkerut, dia pelik kenapa Talita tiba-tiba tanya dia begitu. Fikirannya melayang teringatkan gadis yang pernah menjadi penghuni hatinya.
"I did," Talita memandang Zayan dengan riak terkejut, tidak sangka Zayan pernah jatuh cinta. Mana tidaknya, lelaki itu terkenal dengan perangai playboy.
"What happened?" Soal Talita dengan rasa ingin tahu. Zayan memandang Talita sekilas, dia tidak berkata apa dan fokus dengan pemanduannya. Talita diam juga sehingga kereta yang dipandu Zayan itu berhenti berdekatan dengan restoran.
"I'm just not enough for her." Balas Zayan perlahan membuatkan Talita tergamam. Zayan memandang Talita juga, dia senyum kecil namun senyuman itu kelihatan palsu. Zayan mengalihkan pandangannya, dia membuka pintu keretanya.
"Let's go," Ujarnya sebelum berlalu keluar dari kereta. Talita yang tergamam dengan kata-kata Zayan itu masih cuba mencerna apa yang berlaku. Dia menggeleng kepalanya dan mengikut Zayan keluar dari kereta. Talita berjalan beriringan dengan Zayan, mereka menuju ke restoran untuk makan malam.
"Do you still love her?" Soal Talita perlahan apabila mereka sudah mendapat tempat duduk. Zayan biarkan soalan Talita bergantung tidak bertali, dia memanggil pelayan untuk memesan makanan dan minuman mereka.
Pelayan itu berlalu pergi selepas mengambil pesanan mereka. Zayan fokus pada Talita semula, dia bersandar santai pada kerusinya.
"Buat apa bazirkan masa untuk orang yang dah jelas ada pilihan hati sendiri? Plus, I knew she will never choose me, that's why aku move on." Zayan bersuara tenang, Talita mengangguk kecil, dia faham keputusan yang dibuat oleh Zayan.
Perasaan bila orang yang kita sayang memilih orang lain berbanding kita, rasanya sakit sangat. Talita tidak pernah sangka yang dia akan dapat rasa sesakit ini dalam hidupnya.
"Apa yang awak buat bila dia pilih orang lain? Apa yang awak buat untuk move on?" Soal Talita selepas lama berdiam diri, dia sedang berfikir panjang. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia lepaskan Qaiser pergi. Lagi pula, lelaki itu sudah jadi tunang orang lain.
"Aku sibukkan diri dengan kerja. Ramai perempuan suka dengan paras rupa aku, mereka beri perhatian sepenuhnya pada aku. I like it. Sejak dari tu, aku sedar yang bunga bukan sekuntum." Talita termenung mendengar jawapan Zayan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Mungkin Talita perlu cari lelaki lain untuk lupakan Qaiser?
"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal cinta? Are you in love?" Soal Zayan membuatkan Talita termenung sendirian. Soalan itu ditanya beberapa kali pada diri sendiri. Talita mengeluh panjang, dia cintakan Qaiser tetapi nampaknya lelaki itu lebih memilih orang lain berbanding dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romance[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...