[WRITTEN ON 23rd FEBRUARY 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
TALITA MENGHANTAR FAIL penting ke bilik Qaiser. Sejak dia mendapat tahu lelaki itu sudah jadi milik orang lain, Talita berusaha keras untuk melupakan lelaki itu tetapi sangat sukar kerana dia bekerja dengan Qaiser. Lelaki itu bos dia, jadi mustahil untuk dia mengelak daripada berjumpa Qaiser.
Talita banyak menyibukkan diri dengan kerja, kadang-kadang dia meluangkan masa dengan Zayan. Hubungan mereka semakin rapat, Talita tidak sangka Zayan seorang yang sangat berbeza daripada artikel dan berita yang dia selalu baca di media sosial.
Zayan lain daripada semua itu. Sangat lain.
"Ini fail yang saya dah betulkan. Bos boleh check lagi kalau bos nak tapi saya dah betulkan semua satu-persatu. If ada lagi apa-apa yang nak saya betulkan, just let me know." Ujar Talita usai meletakkan fail itu di atas meja Qaiser itu. Qaiser mengangkat wajahnya memandang Talita.
Qaiser tahu gadis itu cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada berjumpanya. Bukannya dia tak sedar, perlakuan Talita sudah tidak sama seperti dulu. Tiada lagi Talita yang banyak bergurau sehingga membuatkan hilang arah. Sekarang yang ada cuma Talita yang profesional dengan kerjanya.
Talita menoleh mahu berlalu pergi tetapi Qaiser berdehem agak kuat membuatkan Talita berhenti melangkah. Dia memandang Qaiser dengan riak yang kosong.
"Buatkan air untuk aku," Ujar Qaiser senada, Talita mengangguk kecil dan berlalu ke pantry untuk membancuh air. Qaiser yang sedang menunggu di pejabatnya itu merenung pintu biliknya di mana Talita menghilang tadi untuk sekilas sebelum anak matanya melirik ke cincin di jarinya.
Qaiser rasa aneh, hatinya seperti berbolak-balik. Dia memejam mata dan mengeluh kecil. Kaca mata ditarik dari wajah dan diletakkan di atas meja kerjanya. Qaiser meraup wajahnya dengan kasar, dalam hatinya pula tidak berhenti beristighfar untuk menenangkan diri.
Muncul Talita bersama secawan air di tangannya, dia letak di atas meja itu. Qaiser memerhati setiap gerak geri Talita tanpa berkata apa dan Talita tidak pula memberi pandangan tajam atau tidak puas hati seperti biasa, kali ini riaknya kosong seperti tidak kisah.
"Ini airnya. Ada apa-apa lagi ke?" Nada suara Talita juga sudah menjadi lebih professional, tanpa sedar Qaiser mengeluh kecil seakan tidak puas hati dengan Talita yang sekarang.
"It's weird to see you act all professional now." Ujar Qaiser dengan nada yang tenang, Talita tersentak sebelum dia mengawal riak wajahnya semula. Dia memandang wajah Qaiser, kalau dulu dia pandang dengan penuh perasaan tapi sekarang dia pandang tanpa perasaan.
Bagi Talita, Qaiser sudah menjadi off-limit untuk dia.
"You already make a choice. Jadi, awak jangan risau, saya tak akan ganggu awak lagi. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Talita mahu menoleh dan keluar dari situ tetapi Qaiser bersuara pula sekaligus menghentikan langkahnya.
"Why not? Sebelum ni Amara girlfriend aku but it didn't stop you from pursuing me." Selar Qaiser pula. Talita menggenggam tangannya dengan erat dan itu mencuri perhatian Qaiser. Dia merenung tangan Talita yang digempal di sisinya itu sebelum anak matanya naik merenung wajah gadis itu semula.
"I was wrong. Tuhan pun tak nak saya dengan awak bersatu. Siapalah saya nak melawan takdir? Buktinya, awak dah pilih Amara dan saya hormat keputusan awak. Bak kata Tuan Zayan, kumbang bukan seekor. Ramai lagi lelaki dekat luar saya yang saya boleh pikat. I won't disturb at you anymore. Lebih baik saya protect hati saya daripada lelaki macam awak daripada mengkhinzir buta biarkan awak sakiti saya. Semoga awak bahagia," Panjang lebar Talita memberi penjelasan. Riak wajah Qaiser pula kelihatan tersentak selepas mendengarnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romance[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...