Aku tidak pernah terfikir tentang kematian.
Tetapi mati di tempat seseorang yang aku cintai, itu mungkin cara yang terbaik aku pilih.
Walaupun benda itu mungkin bukanlah idea terbaik yang aku pernah fikirkan.
---
Sejak 10 tahun ibu dan ayahku bercerai, aku sering berpindah-randah dari Daegu ke Gangwon. Adakalanya aku akan tinggal bersama dengan ayahku di Gangwon pada cuti musim sejuk dan kembali semula ke Daegu sehari sebelum bermulanya persekolahan.
Tetapi mungkin ini akan menjadi penghijrahan pertamaku ke sana kerana aku ingin memberikan ibuku sedikit ruang dan waktu untuk meluangkan masanya bersama dengan teman lelaki baharunya, Seo Joon.
Seo Joon memang lelaki yang baik dan sangat memahami aku, sama seperti ayah. Aku anggap beliau seperti ayah kandungku sendiri. Walhal pada mulanya aku berasa amat takut mengingatkan stereotaip kebanyakan bakal bapa tiri yang jahat terhadap anak teman wanitanya.
Mungkin aku terlalu banyak tengok drama di tv agaknya.
"Wendy! Kalau kamu dah sampai nanti, rajin-rajinkanlah diri nak telefon mummy ya?"kata ibuku, Suzy.
"Betul tu Wendy. Mummy awak tu berat hati nak lepaskan awak sampai dia menangis tak henti semalam. Tapi apa boleh buat, awak pun dah lama tak jumpa papa awak,"kata Seo Joon sambil menutup bonet kereta motokar berjenama Nissan berwarna merah miliknya.
Aku tersenyum mendengar katanya. Sudah 5 tahun aku tidak pulang ke Gangwon untuk bertemu dengan papa. Terpaksalah aku berkomunikasi dengannya melalui telefon, itupun kalau dia tak sibuk sangat. Maklumlah, papa aku kan kerja ketua polis di sana.
"Dahlah sayang, kita kena bergerak awal. Nanti hujan lebat pula masa perjalanan,"kata ibuku lagi.
Setelah itu, perjalanan terus dimulakan. Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam 15 minit sangat memenatkan bagiku. Tetapi aku tidak tahu mengapa hatiku rasa berdebar sekali.
Sudah tentu aku akan merindukan sifat gila ibuku dan semangat kesukanan Seo Joon yang tinggi. Aku pasti akan merindukan Daegu dan kehangatannya. Jiran-jiran di sini yang mungkin boleh dikatakan agak mesra juga walhal aku jarang sekali keluar rumah, mungkin aku akan rindukan mereka sebaik sahaja aku di Gangwon nanti.
---
Pyeongchang, Gangwon
Setelah Seo Joon dan Suzy menghantar Wendy sehingga ke sebuah bangunan kedai yang dijanjikan oleh Minho iaitu ayah kandung kepada Wendy, beliau terus membawanya pulang ke rumah mereka. Perjalanan yang sunyi dan tiada sebarang kata itu membuatkan Wendy hampir tertidur. Tidak sampai beberapa minit kemudian, barulah Minho bersuara.
"Rambut kamu dah makin panjang,"kata Minho dengan matanya bertumpu pada lampu isyarat yang bertukar kepada warna hijau itu.
Wendy sedikit tersenyum sambil memandang ke arah ayahnya.
"Kamu dah tak potong rambut kamu lagi ke?"soal Minho.
"Tak. Wendy malas,"kata Wendy. "Lagipun saya teringin nak simpan rambut panjang supaya nampak cantik."
Minho tertawa lagi. Tangannya memutar stereng dan membawa kereta yang dipandunya ke simpang sebelah kiri. Sementara itu, dia sempat menyapa ke arah beberapa orang rakan sekerjanya yang sibuk bertugas di kawasan pekan kecil tersebut.
"Anak papa sentiasa cantik, jangan risau,"kata Minho.
Mereka berdua tersenyum sendiri sambil mendiamkan diri di sepanjang perjalanan tersebut. Hujan renyai sudah mula turun membasahi jalan raya di Pyeongchang apabila mereka sudah semakin hampir ke kawasan perumahan yang terpencil dan berhampiran dengan hutan pokok pine.
"Dah bertahun-tahun kamu tak pulang ke sini. Mungkin kamu dah lupa dengan pemandangan Pyeongchang yang cantik dan berkabus ni,"kata Minho.
"Taklah, papa. Saya ingat lagi,"kata Wendy sambil membuka pintu kereta sebaik sahaja mereka sudah sampai di hadapan rumah yang didiami oleh Minho sejak sekian lama.
"Nanti papa tolong angkatkan barang kamu yang lain. Kamu angkat je barang yang ringan dulu,"kata Minho lagi sambil membuka bonet keretanya.
---
Son Wendy
x
Oh Sehun
a/n: got my passion back after 4 years of writer's block
YOU ARE READING
(C) Moonlight
FanfictionBOOK 1 of Moonlight Series [Inspired & Remake from Twilight] Son Wendy tidak pernah terfikir bahawa kehidupan baharunya di Gangwon akan membawa kepada satu pertemuan yang tidak dijangka. Seorang lelaki yang berwajah pucat dan beriris perang muda men...