Sebaik sahaja sesi persekolahan tamat, Minho terus membawa Wendy untuk keluar bersiar-siar di sekeliling kawasan pekan yang kecil di situ. Mata gadis itu tertancap pada pemandangan di tepi tingkap sambil tangannya memangku dagu.
"Macam mana sekolah harini?"soal Minho sambil matanya bertumpu di hadapan.
"Okay,"kata Wendy. Minho hanya tersenyum.
"Papa tau kamu masih belum biasakan diri di sini,"kata Minho.
"Taklah, saya dah mula biasa di sini. Cuaca sini pun tenang je,"kata Wendy.
"Papa harap kamu tak sakit. Yalah, di sini kan sejuk je memanjang. Kadang-kadang cuaca pun sebenarnya tak menentu juga,"kata Minho.
Wendy memandang ke arah bapanya apabila mereka sampai di sebuah restoran kecil yang terletak di kawasan pinggir bandar di Pyeongchang itu.
"Mesti kamu ingat tempat ni kan?"soal Minho sambil mematikan enjin keretanya.
Wendy memandang semula ke arah restoran itu lalu tersenyum. "Ya, restoran zaman kanak-kanak saya."
Minho terkekeh sambil membuka pintu keretanya. "Papa tau kamu tak sabar nak makan steak hamburger yang kamu dah lama nakkan sangat tu. Mama yang bagitau papa sebelum kamu ke sini lagi."
---
"Nah, ini hidangan kegemaran kamu!"kata Yuji, wanita yang berusia pertengahan 30-an yang merupakan pemilik restoran itu kepada Wendy. Dia membawa hidangan kegemaran Wendy, steak hamburger yang baru sahaja siap dimasak berserta dengan hiasan sayur salad dan sos lada hitam pada makanan tersebut.
Wendy hampir terliur apabila wanita itu juga membawa hidangan yang lain kepadanya iaitu burger ayam goreng berkeju.
"Papa kamu dah lama pesan sebelum kamu berdua ke sini lagi. Dia kata dia nak belanjakan kamu makan harini sebab kamu dah berjaya tempuhi minggu pertama persekolaham di sini dengan baik,"Yuji terkekeh manakala Wendy tersenyum sahaja.
"Terima kasih,"kata Wendy sambil mengambil botol sos cili untuk diletakkan pada burger tersebut.
"Makanlah, Wendy. Papa tengok kamu ni dah kurus pula. Risau papa kalau kamu sakit,"kata Minho.
"Taklah, papa. Saya tak sakit pun,"kata Wendy sambil memakan burgernya. "Tapi papa pesan banyak sangat, takut pula saya nak habiskan."
"Kalau nak tapau pun, tak ada masalah. Ataupun suruh papa kamu habiskan,"kata Yuji. Kemudian, dia berbisik. "Papa kamu tu selalu je singgah sini dan pesan dua makanan untuk dia habiskan seorang diri. Sebab tulah kenapa papa kamu tu berisi sikit sekarang."
Wendy tertawa manakala Minho hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Apa boleh buat, Yuji. Dah sibuk sangat nak kerja. Tak ada masa nak masak kat rumah,"kata Minho.
Yuji tersenyum sambil memberitahu kepada Wendy lagi.
"Kalau kamu perlukan apa-apa, panggil je kakak ya?"kata Yuji apabila Wendy mengangguk kepadanya.
Ketika mereka berdua sibuk menjamah makanan mereka masing-masing, Wendy terdengar suara riuh di luar. Minho melihat ke luar lalu bertanya kepada Wendy semula.
"Kawan kamu tu ramai juga ya?"soal Minho apabila Wendy memandang semula ke arah Jaemin dan rakan-rakannya yang membuat bising di luar menerusi tingkap sambil memanggil namanya.
"Err...ya..."gadis itu terkekeh.
"Mereka tu selalu lepak di kawasan ni. Kadang-kadang sampai ke malam pula melepak. Papa dah banyak kali bagi amaran tapi mereka tu tak nak dengar langsung,"kata Minho lagi sambil memandang ke arah Mark yang bersiul ke arahnya.
"Nampaknya Mark sukakan kamu,"kata Minho sehingga membuatkan Wendy merasa pipinya hangat.
"T-taklah...dia memang macam tu,"kata Wendy.
Minho tersenyum sedikit sambil memakan makanannya semula.
"Mungkin kalau ada yang kamu minat, kamu boleh bawa dia jumpa papa dulu. Papa nak ada hubungan yang baik dengan dia sebelum papa benarkan dia bercinta dengan kamu,"kata Minho lagi.
"Ish, papa ni...saya tak terfikir pun nak bercinta,"kata Wendy sambil mengecilkan sedikit matanya sehingga membuatkan Minho tertawa sedikit.
"Papa tak suruh kamu bercinta pun. Tapi kalaulah ada yang kamu suka, jangan sembunyikan dari papa tau. Bawa dia jumpa papa. Papa takut kalau ada apa-apa terjadi dengan kamu nanti, mama pula yang risau,"kata Minho lagi.
Sementara itu, Jaemin dan gengnya terus membuat bising sehinggalah mereka berlari lintang-pukang apabila seekor anjing cuba mengejar mereka di kawasan kejiranan yang berhampiran dengan restoran kecil itu.
"Padan muka mereka,"kata Minho sambil tertawa. Wendy pula masih lagi hairan.
Mereka berdua terus menghabiskan makanan dan minuman mereka masing-masing sebelum keluar dari restoran itu untuk bersiar-siar bersama.
YOU ARE READING
(C) Moonlight
FanfictionBOOK 1 of Moonlight Series [Inspired & Remake from Twilight] Son Wendy tidak pernah terfikir bahawa kehidupan baharunya di Gangwon akan membawa kepada satu pertemuan yang tidak dijangka. Seorang lelaki yang berwajah pucat dan beriris perang muda men...