Setelah sesi persekolahan tamat, Sehun membawa Wendy ke hutan yang berhampiran dengan sekolah untuk berbual seketika.
"Junmyeon kata dia nak jumpa dengan kau hujung minggu ni. Nanti aku ambil kau lepas kau pergi ke pantai tu,"kata Sehun.
"Awak tak nak ikut ke?"soal Wendy.
Sehun tersenyum sambil menggelengkan kepalanya dengan perlahan. "Tak. Lagipun, pantai bukannya tempat kesukaan aku."
Lelaki itu menatap wajah Wendy dengan lama sambil menghela nafas dengan perlahan. "Kau tau kan, orang macam aku ni lebih sukakan kawasan hutan yang sunyi sepi daripada kawasan pantai yang riuh-rendah."
Wendy mengangguk perlahan sambil tersenyum. "Ya. Tau. Tapi rugilah kalau masa remaja awak tak pernah ada kenangan macam ni."
"Tak apa. Aku kan muda selamanya. Nanti di lain masa, aku boleh ikut kau ke pantai kalau kau nak. Tapi mungkin...kau akan jadi lebih tua daripada aku,"Sehun terkekeh.
Wendy yang perasan akan hal itu terus terdiam. "Aku akan jadi lebih tua daripada kau?"
Sehun mengangguk. "Kau akan jadi lebih tua dan...ya...mati sebelum aku bila kau dah sampai ke usia tua, Wendy. Ataupun...kau semakin menua dan hidup bahagia dengan keluarga baru kau. Tapi aku...aku tak ada siapa-siapa lagi di dunia ni melainkan kawan-kawan aku sendiri."
"Apa maksud awak?"soal Wendy apabila Sehun membawanya berjalan dan duduk di kawasan bukit itu sekali lagi.
Lelaki itu mengeluh perlahan sambil memandang ke arah sungai yang kelihatan dari kawasan bukit yang tinggi itu.
"Seorang vampire macam aku tak ada peluang untuk dapatkan anak, Wendy. Walaupun aku dah ada pasangan hidup masa tu, peluang untuk aku dapatkan anak memang tak ada,"kata Sehun.
Sehun memandang Wendy dengan pandangan yang bertukar lembut. "Aku selalu tertanya-tanya...apa tujuan aku hidup beratus tahun sedangkan aku tak dapat buat apa-apa? Apa yang aku patut buat dengan kehidupan aku yang kekal ni?"
"Apa yang awak patut buat dengan kehidupan kekal awak?"soal Wendy lagi.
"Itu yang aku masih tak tau nak jawab apa sekarang, Wendy. Aku pun...tak pastilah kenapa...macam...macam hidup aku ni tak ada makna langsung kalau aku tak dapat jumpa jawapan tu,"kata Sehun sambil terkekeh lagi.
Lelaki itu memandang ke arah Wendy lagi sambil mengeluh. "Kalau aku mampu hidup sehingga beribu tahun, aku hidup untuk apa?"
Suasana bertukar hening apabila Sehun memandang Wendy dengan pandangan matanya yang sedikit tajam.
"Adakah aku patut hidup untuk mencari seseorang yang sudah melengkapkan separuh jiwa aku?"soal Sehun lagi. "Atau aku patut hidup untuk mendatangkan bahaya kepada orang lain?"
"Saya...saya tak pasti, Sehun,"kata Wendy dengan perlahan.
"Bagitau dekat aku, Wendy. Kau rasa aku patut hidup untuk apa?"soal Sehun dalam nada yang mendesak.
Wendy tidak mampu berkata apa-apa apabila gadis itu memandang ke arah sungai yang mengalir dengan tenang di situ. Kabus yang dingin mula memenuhi di setiap tempat apabila Sehun memandang Wendy sekali lagi.
"Kau rasa kau dah tau jawapan dia?"soal Sehun lagi.
"Saya rasa...awak patut hidup untuk saya. Sebab awak cakap yang awak nak lindungi saya daripada orang yang cuba nak apa-apakan saya,"kata Wendy.
"Ya..."gumam Sehun.
Lelaki itu memandang ke arah Wendy sambil memetik bunga yang berhampiran dengannya. Bunga tersebut diselitkan di celah telinga gadis itu apabila Wendy tersentak sedikit.
"Mungkin betul cakap kau...aku rasa macam ada satu tarikan yang memaksa aku untuk terus dekat dengan kau,"kata Sehun. "Aku tak pasti apa jenis tarikan tu. Tapi...benda tu macam terus menarik dan buatkan aku tak dapat berpisah dengan kau, Son Wendy."
"Maksud awak...saya ni mate awak lah?"soal Wendy.
Sehun tergelak sedikit. "Tak semestinya. Kadang-kadang boleh jadi aku ni pelindung kau. Tapi aku anggap kau ni orang yang istimewa dalam hidup aku, Wendy."
"Cuma...mungkin aku akan terpaksa terima kenyataan yang kau akan mati sebelum aku. Dalam beberapa tahun akan datang...kalau kau dah makin tua, kau masih akan lihat diri aku yang sekarang. Awet muda di samping diri kau yang tua dan berkedut nanti,"kata Sehun lagi.
Wendy mendiamkan dirinya apabila dia memandang ke hadapan lagi. "Memang awak terpaksa terima kenyataan macam tu, Sehun. Saya akan jumpa kehidupan yang baharu dan awak pula masih seperti sekarang."
Sehun tersenyum. "Aku tak kisah. Yang penting, kau selamat daripada orang yang cuba nak bunuh kau. Tu saja."
Ketika mereka sibuk berbual, Sehun dapat merasakan kehadiran seseorang di sebalik pokok pine yang tinggi tersebut. Matanya segera beralih ke belakang, namun tiada seorang pun di situ.
"Kenapa, Sehun?"soal Wendy.
Sehun masih lagi melilaukan matanya ke sekeliling hutan itu dengan wajah seriusnya.
"Tak ada apa-apa, Wendy. Jomlah balik,"Sehun terus membawa Wendy keluar dari hutan itu apabila cuaca semakin dingin.
YOU ARE READING
(C) Moonlight
FanfictionBOOK 1 of Moonlight Series [Inspired & Remake from Twilight] Son Wendy tidak pernah terfikir bahawa kehidupan baharunya di Gangwon akan membawa kepada satu pertemuan yang tidak dijangka. Seorang lelaki yang berwajah pucat dan beriris perang muda men...