Setelah menghantar Wendy pulang ke rumah, Sehun terus membawa keretanya keluar dari kawasan perkarangan rumah gadis itu apabila dia terserempak dengan Jongin yang memandu kereta double-cab bersama dengan bapanya. Mereka berdua sempat merenung tajam di antara satu sama lain sebelum Sehun meneruskan pemanduannya semula.
Apabila Sehun sudah pulang ke rumahnya, dia terus memarkirkan kereta di hadapan kawasan rumah moden yang sangat mewah tersebut lalu mematikan enjin. Lelaki itu turun dari keretanya apabila dia disapa oleh Chanyeol yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah tersebut dengan mata yang tajam.
Langkah kakinya terhenti sambil dia cuba membaca fikiran lelaki bertelinga capang yang menatap wajahnya dengan pandangan yang membunuh. Iris mata Chanyeol yang berwarna keemasan terus bersinar pada waktu senja yang semakin dingin itu.
"Kau marahkan aku?"soal Sehun yang dapat meneka apa yang tersimpan di dalam minda Chanyeol itu.
"Lebih daripada itu, Oh Sehun. Kau dah bocorkan identiti kita semua dekat dia,"kata Chanyeol. "Lily yang bagitau aku daripada kuasa penglihatan dia tadi."
Sehun memandang Chanyeol tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya.
"Dia sendiri yang mahu. Aku tak boleh buat apa-apa. Tapi aku dah bagi amaran dekat dia supaya dia tak bagitau semua perkara tentang diri kita kepada orang lain. Biar dia dan musuh semula jadi kita saja yang tau tentang benda ni,"kata Sehun.
Chanyeol memandang Sehun lagi dengan pandangan yang lebih tajam.
"Macam mana dengan reaksi Wendy lepas dia dapat tau yang kau tu vampire?"kata Chanyeol.
"Tenang saja,"balas Sehun. "Dia tak takut pun."
Sehun terus meninggalkan Chanyeol di luar halaman rumah tersebut apabila dia menghentikan langkahnya sekali lagi.
"Aku nak bawa dia ke sini supaya dia tak takut dengan kita. Tentu Irene dan Junmyeon suka kalau dia datang,"kata Sehun. "Tapi aku harap kau dapat kawal diri kau, Chanyeol."
Chanyeol hanya memandang Sehun tanpa sebarang jawapan apabila dia menaiki tangga menuju ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Junmyeon. Pada masa yang sama, Chanyeol dapat merasakan sesuatu apabila matanya dibulatkan sedikit. Wajahnya bertukar panik, seolah-olah dia dapat mengesan bahaya dari jauh.
---
Di kawasan pinggir bandar Pyeonchang,
berhampiran dengan Gunung TaebaekSeorang lelaki tua sedang membawa peralatan memburunya apabila dia terdengar bunyi yang aneh datang dari arah hadapan. Bunyi itu sayup-sayup sahaja kedengaran. Dengan perlahan, lelaki tua itu berjalan perlahan sambil memegang senapangnya.
Matanya melilau memeriksa keadaan sekeliling di dalam hutan yang terletak di kawasan pergunungan itu. Picu senapang ditekan perlahan sambil langkah kakinya berderap perlahan, berjingkit dengan penuh berhati-hati di sepanjang kawasan hutan yang begitu tebal tersebut.
Lelaki itu terus bersembunyi di sebalik pokok yang besar apabila bunyi itu semakin lama semakin kuat. Peluh dinginnya membasahi seluruh kulit manakala kakinya sedikit menggeletar.
Dalam hatinya, lelaki itu berdoa sepenuhnya untuk dijauhkan daripada sebarang bahaya. Jari-jemarinya terus menekan picu senapang yang dipeluk dengan erat di dada.
Tiba-tiba, bunyi yang bingit menyapa. Lelaki tua itu terkejut apabila melihat satu susuk tubuh manusia serba hitam terbang dengan laju di udara dan kemudian terbang ke arahnya. Wajahnya ditendang dengan kuat sehingga menyebabkan dia terjatuh ke tanah.
"ARGH!"Lelaki tua itu menjerit sambil memegang senapangnya dan mengacukan hujung senapang itu pada susuk tubuh serba hitam yang berdiri dengan penuh gagah di hadapannya.
"SIAPA KAU?! HAH?! SIAPA KAU?!"tengking lelaki tua itu sambil melepaskan tembakan ke arah figura hitam tersebut, namun gagal.
Figura itu tertawa besar lalu menunjukkan dirinya di sebalik bayangan hitam yang menyembunyikan dirinya.
"Seorang manusia yang sukakan keganasan,"kata seorang lelaki berwajah pucat dengan senyuman yang menakutkan.
Lelaki tua yang malang itu terus panik apabila lelaki pucat dengan wajah yang menakutkan itu terus menyerangnya. Gigi taring yang tajam ditunjukkan kepada lelaki tua tersebut apabila tangannya digigit dengan rakus sehingga terputus.
Darah dan segala organ tubuh badan terpercik di merata tempat. Suara jeritan yang begitu sadis bergema di kawasan hutan yang begitu tebal itu. Namun, tiada siapa yang mendengar suara itu melainkan mangsa dan pemangsa yang ada di situ sahaja.
Lelaki berkulit pucat tersebut tersenyum dengan puas sambil mengelap sisa darah yang ada pada wajahnya. Mangsa yang diburunya habis dimakan sehingga yang tinggal hanyalah tulang-temulang yang hampir licin.
Lelaki berkulit pucat itu tersenyum sambil menjilat bibir atasnya.
"Darah manis..."gumamnya lalu berlari dengan laju meninggalkan hutan yang tebal itu.
---
Mansion Kim,
Pada waktu yang sama setelah kejadian tersebut berlaku.Mata Lily membulat. Gadis itu terus berlari mendapatkan Chanyeol yang tercegat di hadapan rumah agam tersebut.
"Channie!"Lily segera memegang tangan matenya dengan erat.
Chanyeol memandang Lily dengan pandangan yang sedikit tenang daripada sebelumnya.
"Kenapa ni?"soal Chanyeol sambil terdiam seketika.
"Penjejak tu...datang ke sini lagi..."gumam Lily sambil memegang tangan Chanyeol dengan lebih erat. "Saya nampak dia bunuh seorang lelaki tua di hutan yang tebal dengan kuasa telepati saya sendiri...dan dia pergi memburu lagi untuk dapatkan darah yang sangat manis."
Chanyeol tersedar akan satu perkara apabila Lily memberitahunya apa yang dilihat oleh gadis itu dalam telepatinya tadi.
"Mungkin penjejak tu akan buru kawan Sehun,"kata Chanyeol.
"Kawan Sehun?"soal Lily dengan hairan.
"Ya...sebab saya dapat hidu bau darah dia, Lily. Manis,"kata Chanyeol sambil memandangnya dengan pandangan yang tajam sekali lagi. "Saya patut bagitau benda ni dekat Sehun supaya dia boleh jaga kawan dia tu baik-baik."
Lily diam sekali lagi sambil berfikir tentang sesuatu. "Saya dapat rasakan sesuatu Chanyeol..."
"Apa yang awak rasakan?"soal Chanyeol lagi.
"Mereka akan datang kepada kita dan dapatkan...seseorang...tapi bukan dalam kalangan kita. Tapi penjejak tu...mahukan seorang manusia yang Sehun rapat selama ni. Seorang gadis yang berwajah sangat cantik dan mempunyai sifat yang lembut...itu yang saya nampak dalam telepati saya,"kata Lily lagi.
"Maksud awak, kawan Sehun ke?"soal Chanyeol lagi.
Lily mengangguk. "Ya...kawan dia."
Chanyeol memandang ke sekeliling kawasan hutan yang berhampiran dengan rumah agam tersebut sambil memegang tangan Lily dengan lebih erat untuk menenangkan gadis itu.
YOU ARE READING
(C) Moonlight
FanfictionBOOK 1 of Moonlight Series [Inspired & Remake from Twilight] Son Wendy tidak pernah terfikir bahawa kehidupan baharunya di Gangwon akan membawa kepada satu pertemuan yang tidak dijangka. Seorang lelaki yang berwajah pucat dan beriris perang muda men...