Daegu
9.45 malamChanyeol segera memarkirkan keretanya di kawasan tempat letak kereta valet yang berhampiran dengan sebuah hotel 5 bintang di bandar tersebut. Mereka bertiga segera keluar dari kereta tersebut apabila Lily segera berjalan dengan pantas dan memasuki kawasan lobi hotel itu.
"Awak ikut kami, jangan ke mana-mana,"kata Chanyeol sambil memegang lengan Wendy untuk menenangkan gadis itu.
Wendy hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil membawa beg yang digalas di belakang. Lily pula terus mendapatkan mereka berdua sambil membawa sebuah kunci bilik hotel tersebut.
"Saya dah tempah satu bilik hotel dengan satu katil bersaiz King di dalam. Wendy je yang tidur, kita jaga dia,"kata Lily kepada Chanyeol.
Chanyeol melihat ke arah sebuah kedai serbaneka yang terletak di dalam bangunan hotel itu lalu memandang Lily semula.
"Saya belikan dia makanan ringan,"kata Chanyeol sambil meleraikan pautan tangannya pada lengan Wendy itu. Lily mengangguk lalu memegang tangan Wendy dengan erat.
"Belikan air sekali,"kata Lily apabila Chanyeol tersenyum.
"Okay,"kata Chanyeol lalu berjalan masuk ke dalam kedai tersebut.
Lily pula segera membawa Wendy masuk ke dalam lif lalu menekan butang bernombor lima. Apabila pintu lif tersebut ditutup, Wendy memandang Lily dengan wajah risaunya.
"Chanyeol tau ke di mana bilik kita?"soal Wendy.
"Jangan risau. Dia tau. Ingatan dia sangat kuat,"Lily tersenyum apabila lif tersebut menunjukkan angka 2.
Tiba-tiba sahaja, Wendy mula berfikiran negatif.
"M-macam mana k-"
"Saya boleh buka pintu lif tu sendiri dengan kekuatan saya. Jangan risau,"kata Lily dengan nada ceria.
Wendy tersenyum perlahan sambil mengangguk. Nafas lega dihela apabila mereka sudah sampai di tingkat lima. Dengan langkah yang cepat, Lily memegang tangan Wendy dan membawanya menuju ke bilik bernombor 507.
Kunci dibuka. Lily masuk ke dalam bilik tersebut terlebih dahulu dan diikuti Wendy yang berada di belakangnya. Lampu bilik dihidupkan oleh gadis berambut hitam paras bahu itu apabila dia memandang Wendy dengan senyuman manisnya.
"Berehatlah. Dah lama awak terjaga masa perjalanan tadi,"kata Lily. "Bilik hotel ni sangat luas. Tak sia-sia saya tempah bilik di hotel ni."
Wendy pula memerhatikan setiap sudut ruangan di dalam bilik hotel tersebut. Televisyen, ruangan bilik yang luas, katil besar yang empuk dan ruangan bilik mandi yang selesa, semua ini terlalu mewah bagi dirinya.
"Kalau awak nak mandi dulu pun tak apa. Jangan malu-malu sebab saya yang jaga awak. Kalau Chanyeol ternampak, saya tampar je dia,"kata Lily sambil tergelak sedikit.
Wendy juga ikut ketawa lalu mengambil tuala yang dibawanya dan berjalan menuju ke bilik mandi.
"Janji Chanyeol tak masuk ke dalam bilik ni?"kata Wendy sambil menampakkan wajahnya di sebalik pintu bilik mandi itu.
Lily tersenyum sambil mengangguk laju. "Janji! Jangan risau, dia takkan apa-apakan awak. Jangan salah faham dengan mata dia."
Wendy dan Lily ketawa bersama-sama apabila masing-masing berpisah untuk membuat kegiatan mereka tersendiri. Chanyeol yang baru sahaja sampai terus menekan loceng di hadapan pintu bilik tersebut.
"Sampai pun,"kata Lily sambil membuka pintu bilik hotel itu. "Hai, lama beli."
"Biasalah. Saya belikan makanan yang banyak untuk Wendy dan air yang dia suka...ni pun saya telefon Sehun tadi. Lepastu...air awak, air teh bunga...dan air saya, kopi ais,"gumam Chanyeol sambil meletakkan beg plastik tersebut dan memberikan minuman kepada isterinya.
YOU ARE READING
(C) Moonlight
FanfictionBOOK 1 of Moonlight Series [Inspired & Remake from Twilight] Son Wendy tidak pernah terfikir bahawa kehidupan baharunya di Gangwon akan membawa kepada satu pertemuan yang tidak dijangka. Seorang lelaki yang berwajah pucat dan beriris perang muda men...