Chapter 11

10 1 0
                                    

Setelah sesi persekolahan tamat pada waktu petang itu, Wendy segera melarikan diri ke kawasan hutan pokok pine yang berhampiran apabila dia menyedari kehadiran Sehun di belakangnya. Lelaki itu terus mengekorinya ketika cuaca di kawasan sekolah itu sedikit mendung.

Apabila Wendy berhenti di kawasan yang lapang di hutan itu, Sehun juga memberhentikan langkahnya namun lelaki itu tidak berkata apa-apa. Malah, dia hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Saya tau siapa awak. Saya dah baca semuanya..."kata Wendy dengan perlahan.

Sehun tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Saya tau yang awak dan kawan-kawan awak yang lain bukan macam kami semua. Awak semua bukan manusia..."kata Wendy tanpa memandang ke arah lelaki itu.

Sehun tersenyum perlahan. Kemudian, Wendy memandang ke arahnya dengan wajah yang menahan marah.

"Jadi...kau rasa kami ni apa, Wendy?"soal Sehun.

Wendy memandang Sehun dengan tajam lalu menggenggam penumbuknya.

"Berkulit pucat...tangan sejuk seperti ais...mata yang bersinar...berwajah sangat cantik dan tampan..."gumam Wendy dengan perlahan.

"Cakap...cakap kuat-kuat..."kata Sehun dengan nada yang mencabar.

Suasana menjadi hening seketika apabila Wendy sedar akan perubahan emosinya. Gadis itu tidak sengaja berkelakuan marah terhadap Sehun disebabkan oleh rasa takutnya itu tadi. Setelah mendiamkan diri untuk seketika, Wendy pun bersuara dalam nada yang tenang.

"Vampire..."gumam Wendy.

Sehun tersenyum puas. "Kau tau akhirnya..."

Lelaki itu melangkah perlahan ke arah Wendy sambil kedua tangannya masih dimasukkan ke dalam poket seluarnya. "Jadi...kau takut ke dengan aku?"

Wendy masih lagi mendiamkan dirinya.

"Kau takut kalau aku hisap darah kau sampai habis dan bunuh kau dengan begitu saja?"soal Sehun lagi. Lelaki itu tersenyum sinis sambil tangannya memegang kedua belah bahu gadis itu.

Namun, Wendy sama sekali tidak takut terhadap ancaman lelaki itu bahkan dia terus memberikan pandangan yang tajam ke arahnya.

"Tak,"balas Wendy.

Sehun tersenyum dengan lebih sinis.

"Jadi? Kau nak aku bunuh kau?"soal Sehun dalam nada yang memprovok.

"T-tak...maksud aku...aku tak takut dengan makhluk macam kau, Sehun,"kata Wendy.

"Kenapa?"soal Sehun lagi.

"Sebab...kau dan kawan-kawan kau...tak begitu menakutkan di mata aku langsung,"kata Wendy apabila Sehun meleraikan kedua tangannya di bahu gadis itu.

"Oh...begitu..."gumam Sehun. Pandangan matanya bertukar dengan sedikit tenang. "Kau tak takut dengan aku langsung? Walaupun aku ni...pembunuh?"

Wendy memandang Sehun lagi lalu tersengih sedikit. "Muka awak ada nampak macam muka pembunuh ke?"

Sehun memandang ke arah langit pada petang itu. Matahari mula kelihatan sehingga cuaca pada petang itu bertukar panas terik sekali. Tanpa membuang masa, dia segera membuka baju sekolahnya lalu berlari ke arah kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dalam kelajuan yang sangat pantas sekali.

"Hei! Awak nak ke mana? Kenapa awak buka baju awak?"soal Wendy dalam nada yang sedikit terpekik.

Sehun terus menampakkan dirinya dengan sinaran cahaya matahari yang menyimbah tubuhnya. Tiba-tiba, kilauan yang muncul pada tubuh polosnya itu membuatkan Wendy berasa sedikit silau.

Matanya membulat kagum, melihat tubuh Sehun yang berkilauan di bawah sinaran cahaya matahari tersebut membuatkan gadis itu terpersona sekali.

"Wow..."gumam Wendy sendirian.

"Tengok Wendy...inilah kulit seorang pembunuh..."kata Sehun sambil memakai bajunya semula.

Tanpa disedarinya, Sehun terus melompat dengan tinggi dan memanjat pokok tersebut dengan kelajuan yang sangat pantas. Wendy terus membulatkan matanya apabila lelaki itu terus melompat dari satu pokok ke satu pokok yang mempunyai jarak yang sangat jauh itu.

"Kalau kau nak tau...aku ada kekuatan untuk berlari dengan sangat pantas. Aku boleh panjat pokok yang tinggi dalam masa yang singkat saja dan lompat dalam jarak yang jauh. Tengok ni,"Sehun terus melompat ke arah pokok yang sangat jauh dari tempat lelaki itu bergayut ketika ini.

Kemudian, dia terjun ke bawah tanpa sebarang kecederaan dan berlari dengan sangat laju ke arah Wendy semula.

Gadis itu masih lagi tergamam. "Wow...maksud saya...awak sangat hebat."

"Terima kasih,"kata Sehun.

"Dan awak tak penat langsung?"Wendy masih lagi berasa hairan dengan apa yang berlaku.

"Vampire ada stamina yang sangat kuat. Kami boleh angkat beban yang sangat tinggi dengan sebelah tangan saja,"kata Sehun lagi.

Wendy membulatkan matanya apabila Sehun terus memandang ke arah batang pokok besar yang tumbang berhampiran. Dengan pantas, dia berlari ke arah batang pokok tersebut dan mengangkatnya dengan sebelah tangan sahaja.

"Wow!"kata Wendy dengan kagum. Manakah tidak jika Sehun sekarang ini sedang membuang batang pokok tersebut pada jarak yang jauh dengan sebelah tangan sahaja.

Lelaki itu memandang ke arahnya semula.

"Jadi...macam mana? Masih tak percaya lagi?"soal Sehun apabila dia memandang ke arah Mingyu dan Chanyeol yang melompat di setiap pokok pine tinggi yang dipanjat oleh mereka.

Apabila dua lelaki itu baru sahaja mendarat selepas terjun dari pokok tersebut, Mingyu membulatkan matanya sebaik sahaja dia menyedari kehadiran Wendy di situ.

"Hei Sehun, kau dah mula berkawan dengan manusia ya sekarang?"soal Mingyu dengan senyuman mengejeknya kepada Sehun.

Wendy memandang ke arah dua orang lelaki itu. Mingyu sedang tersenyum nakal ke arahnya manakala Chanyeol hanya memasang wajah yang sangat tenang sahaja, tetapi pandangan matanya yang tajam itu membuatkan Wendy berasa sedikit takut dengan lelaki bertelinga capang itu.

"Siapa mereka ni?"soal Wendy dengan perlahan.

Sehun berjalan menghampiri gadis itu lalu berbisik dengan perlahan. "Kawan-kawan aku."

Mingyu tersenyum sambil menghulurkan tangannya kepada Wendy. "Hai, saya Mingyu."

Wendy membalas senyuman lelaki itu dengan perlahan sambil bersalaman dengannya. Kemudian, dia memandang ke arah Chanyeol apabila lelaki itu hanya merenung ke arahnya sahaja.

"Nama dia Chanyeol. Jangan risau, dia memang macam tu,"kata Mingyu yang cuba untuk menenangkan gadis itu.

"Gembira bertemu dengan awak,"kata Chanyeol sambil memandang Wendy dengan tajam sekali.

Wendy mengangguk perlahan. "Ah...ya. Gembira bertemu dengan awak juga."

Mingyu memandang Sehun lagi lalu menepuk bahunya. "Kami sengaja ke sini sebab nak cari kau. Tau-tau kau dengan Wendy bercinta pula. Jadi kami terpaksa jalan lagi supaya kami tak ganggu kau. Bye!"

Sehun terkekeh sedikit sambil menggelengkan kepalanya. "Aku tak bercinta dengan dia lah."

"Mungkin kau cuba nak rahsiakan hubungan kau berdua daripada kami sebab kau nak buat kejutan dekat Junmyeon nanti,"kata Chanyeol sambil tersenyum.

"Betul cakap Chanyeol tu, Sehun. Nanti kau bawalah dia ke rumah kita. Kita boleh buat parti. Woo! Woo!"Mingyu sengaja menari sedikit sehingga membuatkan Wendy tertawa perlahan.

Sehun tersenyum lagi. "Apa-apa je lah. Dahlah, kau berdua baliklah dulu. Nanti aku balik."

"Bye~"Chanyeol melambai ke arah Sehun sebelum mengekori Mingyu dengan membuat larian supernaturalnya di sepanjang hutan yang dingin itu.

a/n: I always thought that Chanyeol would be Jasper Hale in this fanfic 😭

(C) Moonlight Where stories live. Discover now