Chapter 8

11 1 0
                                    

Sebaik sahaja Wendy keluar dari kawasan wad tersebut, dia memandang ke arah Sehun dan Rosé yang sedang berbual bersama Junmyeon. Riak wajah mereka tampak serius apabila Junmyeon perasan akan kehadiran Wendy di situ.

Lelaki itu memandang ke arah Sehun, seolah-olah memberitahunya untuk pergi ke arah Wendy manakala Rosé terus mengikuti Junmyeon untuk pergi dari kawasan ruang legar hospital tersebut.

"Sehun..."Wendy memanggilnya perlahan apabila Sehun memandang ke arah gadis itu dengan wajah bekunya.

"Macam mana...awak boleh ada di situ dengan sangat pantas?"soal gadis itu lagi apabila Sehun bersandar pada dinding sambil menyilangkan kedua tangan di dadanya.

"Sebab aku ada di sana,"kata Sehun.

"Tapi kan...awak ada di tangga dengan kawan-kawan awak sebelum kejadian tu berlaku,"kata Wendy.

Sehun tersenyum sinis. "Tak, Wendy. Tak."

Lelaki itu memerhatikan Wendy dengan lama sambil menunjukkan pandangan yang tajam ke arah gadis itu lagi.

"Kau nak tau satu benda tak?"soal Sehun. Wendy hanya diam tanpa sebarang kata-kata.

"Kau...kau selalu nak ambil tau pasal aku kan? Kenapa kau selalu sangat nak peduli pasal aku, Wendy? Setiap kali aku ada di sekolah, semua orang takut nak bercakap dengan aku...kecuali kau,"kata Sehun. "Setiap masa, setiap saat...kau mesti akan tanya kenapa mata aku warna emas, kenapa muka aku lain macam apa semua. Hei, aku ni makhluk asing di mata kau ke?"

Wendy terdiam sebaik sahaja dia mendengar luahan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut.

"Satu lagi, dalam banyak-banyak manusia...kau je yang aku susah nak faham apa yang ada dalam kepala otak kau,"kata Sehun dalam nada yang sedikit kasar.

Gadis itu membulatkan matanya lagi apabila Sehun masih lagi memandangnya dengan wajah yang tajam. Matanya seakan-akan berkaca sebaik sahaja dia mendengar kata-kata yang sangat jujur daripada lelaki itu.

Apabila Sehun sedar dengan perkataan yang dilontarkan olehnya, dia menggeleng perlahan.

"Tak Wendy...sebenarnya..."Lelaki itu terdiam semula. Seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya daripada terus berbicara. "Tak apalah...kau...kau tak patut tau."

"Apa maksud awak, Sehun?"soal Wendy dengan perlahan.

"Kau tak patut ambil tau apa yang aku cakap, Wendy. Aku cuma...aku cuma tertekan dengan apa yang berlaku dekat aku sekarang. Hm...kau balik je lah,"kata Sehun sambil matanya menatap ke arah lantai dengan kedua tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

Wendy memandang Sehun dengan pandangan yang hairan lalu berjalan perlahan-lahan, meninggalkan lelaki itu yang kini seorang diri di situ.

Sehun mendengus perlahan lalu menumbuk dinding hospital itu dengan perlahan.

"Aku tak patut cakap benda tu dekat dia..."gumam Sehun seorang diri sambil meraup wajahnya dengan keadaan diri yang sangat tertekan.

---

Keesokan harinya, kelas berjalan seperti biasa. Semasa Wendy sedang menulis sesuatu pada bukunya, Sehun memandang ke arah gadis itu sambil bertanyakan sesuatu.

"Boleh pinjamkan aku pemadam?"soal Sehun.

"Boleh,"kata Wendy sambil mengeluarkan pemadam dari tempat penselnya.

Ketika dia hendak memberikan pemadam tersebut kepada Sehun, tangannya tiba-tiba tersentuh tangan lelaki tersebut. Dengan pantas, dia segera menarik tangannya daripada lelaki itu apabila dia merasa sejuk yang melampau.

(C) Moonlight Where stories live. Discover now