Paris, France.
https://www.tiktok.com/@ngocmai.203/video/7282718902398848257?_t=8mdnzx41QGd&_r=1
25 Mei 2024
Suasana malam yang sunyi. Rasa sejuk hingga bulu roma menaik. Hanya ada aku seorang diri di sini dan fikirannya menemani diri. Sangat indah malam di bumi eropah dengan pemandangan Eiffel Tower yang betul-betul berada di hadapan balkoni appartment Cassandra.Hidup seorang Cassandra memang menyeronokkan. Dia datang ke Paris untuk menyambung pelajaran. Ibu bapanya pula memang orang 'berada'. Jadi, impian Cassandra untuk menyambung pelajaran ke Paris. Sejak kecil Cassandra memang mengimpikan untuk hidup di Paris. Dia juga lebih gemar dipanggil dengan nama keduanya iaitu Cassandra. Nama sebenarnya adalah Juwita Cassandra. Tetapi, dia amat membenci nama pertamanya. Terlalu klasik dan bukan elegan.
Kalaulah, Cassandra tiba-tiba hidup ketika zaman alam melayu lama pasti dia tidak akan mampu bertahan walaupun hanya untuk satu hari. Itu hanyalah lamunan kan. Manalah ada lagi manusia hidup sebegitu.
*Telefon berdering*
"Yes, pa?"
"Your grandma want's to see you as soon as possible so I've booked you a flight at 9 a.m sharp tomorrow."
"Alright pa, tell her I miss her so much."
Walaupun sebenarnya dalam hatinya dia enggan pergi tetapi jika ianya melibatkan nenda kesayangannya pasti dia sanggup.
Paris Internatjonal Airport.
8.50 a.m*Calling for Juwita Cassandra. Last Call for Juwita Cassandra. Juwita Cassandra please come to gate 6 ASAP*
Akibat teroverslept Cassandra hampir terlepas penerbangannya. Nasiblah hanya lambat 10 minit kalau tidak mesti dia terlepas flight.
KLIA
"Oiii! Juwita!!"
Haish, nak pergi ke taknak pergi. Malunya aku. Lambai je pun rasanya dah cukup tapi ini dia teriaknya nama aku. Firstname pulak tu.
Jebat Castello. Adik lelaki kesayangan Cassandra. Berumur 16 tahun. Dia mempunyai rupa yang sangat menawan. Wajah-wajah orang Melayu manakala Cassandra lebih menurun wajah dari sebelah ibunya yang berbangsa Itali. Disebabkan itulah nama mereka unik. Ada nama klasik melayu dan nama vintej Inggris.
Sesampainya mereka di rumah agam milik keluarga Cassandra. Dia bergegas ke ruang tamu di mana kesemua keluarganya menunggu termasuklah nendanya.
"Juwita, nenda nak minta tolong sesuatu."
Aku memasang kedua-dua pasang telingaku untuk mendengar dengan jelas apa yang nenda ingin sampaikan. Keluargaku yang lain juga turut memberikan ruang untuk aku dan nenda.
"Sudah terlalu lama sejak kisah ini berlaku. Namun, jiwa ini tidak pernah melupakannya."
Nenda memulakan ceritanya. Walaupun sudah berusia hampir mencecah 90 tahun nenda masih lagi dapat berjalan, mendengar dan bercerita dengan baik.
"Semuanya bermula lebih kurang 74 tahun dahulu."
Bersambung...........
YOU ARE READING
Hikayat Renjana Niskala || C
AdventureSebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat jumantra, Semakin aksa semakin sakit, Tetap si dia bertiti di atma. Duhai juwita, Indah bak ratna...