BAB 11| 27 MEI 1950

25 11 2
                                    

Belum terbit sang suria. Masih lagi bertemankan purnama. Lampu dicapai bersama mancis. Api dinyalakan bagi menerangi segenap sudut bilikku ini. Terdapat sehelai kertas dan sebatang arang.

Aku mula menyusun aksara menjadi perkataan. Terima kasih kepada Juwita kerana mengajarku cara menulis dan mengeja. Terlalu banyak jasanya kepada diriku. Namun, aku harus pergi. Pergi meninggalkannya.

Sebelum aku meninggalkan semua orang termasuk bonda dan Juwita. Ada satu pesanan yang aku perlu berikan.

Kehadapan bondaku,
Maafkanlah anak mu ini. Juna terpaksa pergi demi kita semua. Mungkin kita tidak akan bersua lagi. Tapi, ingatlah yang Juna sentiasa dekat di hati. Doakan Juna. Halalkan makan minum Juna. Maafkan segala kesilapan Juna. Juna sayang bonda lebih dari segala apa yang ada di buana dan bimasakti.

Yang benar,
Anakmu Arjuna.

Sehelai lagi kertas aku letakkan berdekatan dengan lampu pelita. Surat buat Juwita.

Teruntuk buah hatiku,
Juwita.
Maafkan aku kerana memungkiri janji yang aku berikan kepadamu. Maafkan aku kerana terpaksa menghilang pada hari yang sepatutnya bahagia ini.
Segala jasamu,
Takkan ku lupa. Engkaulah pemilik atmaku. Hanya engkau. Tiada yang lain. Mungkin bukan hari ini. Kita bersama. Bukan hari besok. Namun, mungkin. Mungkin satu hari nanti. Jagalah atmamu untuk diriku. Jagakan dirimu untuk aku. Doakan aku. Jangan lupakan segala memori kita bersama.

 
Yang Benar,
Pemilik hatimu. ARJUNA.

Aku lipat kedua-duanya. Aku letak di atas bantal ku. Berharap agar Juwita mendapat pesananku. Sekarang aku perlu pergi. Meninggalkan semuanya.

"Hoi! Juna lekas."

Kelihatan nakhoda samudera memegang lampu pelita melambai-lambai kepadaku. Kami menuju ke arah samuderanya yang gah.

Beberapa hari lepas..

Semasa aku dikejar. Sebenarnya, yang mengejar aku itu adalah nakhoda samudera itu. Dia ingin mengambilku sebagai anak kapalnya. Pada mulanya, aku menolak tetapi aku memikirkan masa hadapan aku dan Juwita. Tawaran nakhoda itu juga bukan sedikit. Kerja yang diberikan juga mudah. Sayang jika aku melepaskan peluang. Lagipun, aku akan dibawa mengembara ke seluruh pelosok dunia. Aku haruslah menimba pengalaman sebelum membawa Juwita bersamaku.

Namun, pada hari ini ada satu perasaan yang kuat menyatakan bahawa aku tidak akan kembali lagi ke sini. Ini adalah yang terakhir.

Sang suria semakin hampir. Aku kini di atas samudera. Semakin lama semakin jauh aku dengan kampung itu.

Maafkan aku Juwita.

Bakal bersambung...

Hikayat Renjana Niskala || CWhere stories live. Discover now