BAB 4|PUSPA BUAT JUWITA

39 14 4
                                    


Kelihatan banyak bunga dengan pelbagai warna. Merah, kuning, merah jambu dan ungu. Semuanya cantik-cantik belaka. Pasti lebih cantik jika Juwita menyelitkan di telinganya.

Seusai aku memetik bunga-bunga yang ada di kawasan ini. Aku terus menuju ke kampung sebelah di mana tinggalnya seorang puteri.

Dalam perjalananku di sana. Di sana. Ada dia. Si puteri. Dia memakai kurung putih bercorak bunga-bunga. Rambutnya di tocang dua. Wajahnya disinari cahaya sang suria.

Kami. Kami sungguh berbeza. Aku dapat lihat. Dia punya segalanya. Aku? Punya apa?.

"Arjuna!"

Aku menoleh kearah suara yang memanggilku. Juwita. Dia memanggil aku? Jantung ku berdegup laju. Rasa gementar. Seperti ingin bertemu dengan raja. Tetapi, kali ini aku bertemu dengan sang puteri.

Lagu:
Oh sang puteri,
Dengarkanlah,
Coretanku ini,
Karya nan abadi.

"Puteri!"

Semua mata menoleh ke arah ku. Apa? Salahkah aku memanggilnya puteri. Dia tampak begitu ayu seperti seorang puteri. Aku tidak nampak di mana silapnya. Pelik benar lah orang-orang kaya ini.

"Hoi, kenapa engkau panggil aku puteri. Malulah"

"Ya lah. Engkau terlihat seperti seorang sang puteri. Lagipun, aku tidak tahu namamu"

Dahinya berkerut. Aik, pelikkah. Haih, beginikah orang-orang kaya? Pelik ya.

"Tapi hari itu engkau memanggil aku Juwita."

"Nama kau Juwita?"

Dia mengangguk perlahan. Lah, memang benar namanya itu sesuai dengan tuan badannya. Juwita.

Kami ketawa bersama-sama. Tanpa disangka.

"Oh ya, aku bawakan bunga untuk kau"

Sambil aku menghulurkan sebakul penuh dengan bunga yang aku petik tadi.

"Wah, cantik sungguh. Terima kasih"

"Sama-sama"

Dia kemudiannya membawa aku ke satu tempat. Jauh dari sini. Kelihatan seperti kawasan hutan. Di hadapan ku sekarang ada padang. Seperti taman yang penuh dengan bunga.

"Selalunya di sinilah aku petik bunga."

Dia mula bercerita. Aku hanya memasang telinga mendegar kisah-kisahnya.

"Juna, aku sunyi. Seronokkah tinggal di kawasan kamu? Bebas bukan?."

Aku mengangguk perlahan tetapi aku terkejut. Bagi diriku. Penduduk di kawasan kami lebih mahu tinggal di kawasan mereka. Hidup kaya raya.

Kawasan kami kebanyakkan nya hanyalah nelayan.

"Aku ingin berlayar dan melihat dunia."

Aku kagum. Dia tidaklah sombong atau hanya mahu tinggal bersama orang-orang yang setaraf dengannya. Dia merupakan seorang pengembara.

"Aku boleh tolong kau Juwita. Kita boleh mengembara bersama!"

"Benar Juna?"

Aku mengangguk laju. Aku mencapai sebatang kayu lalu tangannya pula aku capai.

"Ayuh! Aku akan jadi pemudinya. Kita akan berlayar ke seluruh dunia di atas samudera!"

Aku berkata sambil aku menunjuk-nunjuk menggunakan kayu tadi.

"Tapi, pasti bapaku tidak mahu melepaskan diriku."

Juwita kembali sedih.

"Kita kahwin Juwita. Aku akan membawamu pergi dari sini."

Bakal bersambung...

Hikayat Renjana Niskala || CWhere stories live. Discover now