BAB 8|HARI PERTUNANGAN

32 14 4
                                    

Hari ini merupakan hari yang di tunggu-tunggu. Hari untuk menjalin 2 ikatan sebelum menjadi sah. Dua cincin tembaga yang dibawa tadi disarungkan di jari masing-masing. Cincin itu telah aku minta sahabat karibku untuk mengukir dengan teliti. Di bahagian dalam cincin Juwita terdapat nama aku dan cincinku pula ada namanya.

Ada sesuatu yang perlu aku beritahu kepada Juwita. Tetapi, mungkin bukan hari ini. Dia terlihat terlalu gembira. Aku tidak mahu mengganggu kebahagiaannya pada hari ini.

Biarlah aku simpan dahulu.

"Juna, kau kelihatan resah. Kau tidak gembira pada hari ini?"

Juwita menegur aku.

"Tentulah aku gembira tuan puteri. Kau dan aku bakal ke peringkat yang seterusnya. Tidak lama lagi kita akan berlayar ke seluruh dunia di atas samudera."

"Kau, janji?"

Aku meletakkan tangannya pada dadaku.

"Jika aku mungkiri janji kita, kau keluarkan saja hati ini lalu rebus jadi sup."

Juwita menarik tangannya kembali.

"Cis, ada-ada saja kau ni Juna"

Bonda datang menghampiri kami berdua yang sedang duduk di bahagian atas tangga.

Juwita menghulur tangannya untuk bersalaman dengan bondaku. Tengoklah. Tidak cukup satu kertas untuk aku menyusun aksara menjadi perkataan untuk menyatakan betapa aku mengagumi dirinya.

"Assalamualaikum mak cik."

"Waalaikumussalam, haish tidak perlulah panggil bonda sahaja. Tidak lama lagi kita akan jadi satu keluarga."

Juwita senyum kecil.

"Juna, marilah kita balik dahulu. Sudah habis kami berbincang tentang tarikh perkahwinan kamu berdua."

"Jadi, bila tarikhnya bonda?"

"Minggu hadapan 27 Mei."

Arjuna meneguk air liurnya yang berasa seperti pasir. 27 Mei. Minggu hadapan. Entah sempatkah dia.

"Kau baik-baik saja kan Juna?"

Aku senyum segaris kepadanya.

"Tentulah, tuan puteri."

Itu lah kata-katanya yang terakhir sebelum pergi meninggalkan diriku.

Tanpa aku sangka itulah pertemuan kami yang terakhir.

Arjuna, kau mungkir janji.


Bakal bersambung...

Hikayat Renjana Niskala || CWhere stories live. Discover now