KLIA
25 minit sebelum kapal terbang berlepas.
*calling for Miss Juwita Cassandra and Mister Hugo Arjuna please go to gate 5 as soon as possible*
Aku berlari sekuat hati agar tidak terlepas penerbangan. Ini bukan kali pertama aku lewat ke Airport. Tapi, kali ini aku tidak keseorangan. Ada lagi seorang lelaki yang lewat. Kami berdua sampai di kaunter pada masa yang sama.
"Late huh."
Tanya lelaki di sebelah ku ini.
"As usual."
Tidak terkejut dengan jawapanku malah dia juga terketawa. Bukan ketawa yang dibuat-buat tetapi ketawa ikhlas.
Kami berpisah haluan. Aku pergi dahulu kerana dia tertinggal barangnya di tempat menunggu tadi. Mataku ligat mencari seat 13A.
Akhirnya, jumpa juga. Tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. My favourite. Tempat duduk di sebelah ku kosong. Kedua-duanya. Well, more space for me i guess.
"Seat 13B."
Aku menoleh ke arah orang yang menyebut nombor tempat duduk di sebelah ku. Lelaki tadi.
"We meet again!"
"In malay we call it 'jodoh'"
Well, aku tak salah kan. Lagipun, lelaki ni nampak kacak. Rambut coklat. Hidung mancung. Mata. Matanya menyinar bak sang suria. Macam yang nenek cerita.
Dia senyum segaris sehingga menampakkan dua lesung pipitnya. Manis.
"Study?" Soalku.
"Nope, born and raised there."
"Oh, what makes you come to Malaysia?"
"My grandfather. If you hear my story. You will say I'm crazy" dia ketawa kecil.
"What? Your grandfather suddendly asked you to find a woman he once loved during he's youth? Haha"
Dia memandang aku dengan tidak percaya. Dahinya berkerut.
"Well, yes!"
"Wait, seriously? What is that womans name?"
Kejap, tak mungkin..
"Juwita."
Aku perlu memastikan sesuatu. Aku mengambil poskad dari dalam beg berjenama 'Prada' ku. Poskad yang mempunya alamat lelaki bernama Arjuna.
Aku hulurkan poskad itu kepadanya.
Dia meneliti satu per satu.
"That's where I live! With my grandpa. We have the same name."
"Arjuna!?"
"Yes!!"
Betapa bersyukurnya aku. Sama seperti 70 tahun lepas. Pertemuan tanpa sengaja membawa dua insan 'hampir' bersama. Sepanjang penerbangan itu kami berbual rancak. Dan dia mempelawa untuk membawa aku berjumpa dengan datuknya.
Paris International Airport.
Aku dan Hugo berjalan bersama. Dia membawaku ke appartment di mana datuknya tinggal.
Inilah masanya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Hugo? Come in."
Kedengaran suara seorang lelaki menjemput kami masuk.
Kami menuju ke ruang tamu.
"Grandpa, I want you to meet someone."
"Juwita?"
Kelihatan seorang lelaki tua yang dimamah usia namun masih kacak bagi seorang yang berusia 90 tahun. Sama seperti nenda, dia masih lagi boleh berdiri, berjalan dan bertutur dengan baik. Mereka tidak nampak seperti berusia 90 tahun. Mungkin disebabkan jiwa muda mereka berdua masih menunggu satu sama lain.
"Ya, eh bukan. I'm her granddaughter. My name is Juwita Cassandra but you can call me Cass or Cassandra."
"Adakah, dia masih hidup?"
"Ya, dan dia masih menunggu"
Kami menghabiskan masa beberapa jam hanya untuk bercerita. Menurut Atuk Arjuna dia juga telah bercerai dengan isterinya. Dia masih sayangkan Nenda.
27 MEI 2024
PARIS, FRANCE."Tuan puteri?"
"Juna?"
Kedua-duanya menangis teresak-esak.
Aku dan Hugo memerhatikan mereka dari jauh. Romantisnya mereka. Walaupun sudah dimamah usia. Cinta mereka tidak pernah berubah. Begitu indah.
Kami membawa mereka untuk bertemu semula. Cincin yang lama tersimpan disarung kembali ke tempat asalnya. Penantian yang sekian lama. 74 tahun lamanya. Jika sudah tertulis takdirnya. 100 tahun pun pasti akan bersama.
Sungguh kuat renjana mereka walaupun niskala. Walau banyak halangan. Sehingga 74 tahun menunggu. Akhirnya, bersama jua. Kali ini, selamanya...
TAMAT.
YOU ARE READING
Hikayat Renjana Niskala || C
AventuraSebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat jumantra, Semakin aksa semakin sakit, Tetap si dia bertiti di atma. Duhai juwita, Indah bak ratna...