BAB 7| LAMARAN

27 14 2
                                    

Hari yang ditunggu telah tiba. Hari di mana takdir sudah tertulis. Bersamakah mereka? Selamanya?

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Jemput masuk ke dalam"

Kedengaran beberapa suara menyahut salamku. Pasti sudah ramai yang ada di dalam. Makin terasa gementarnya. Hari ini, aku bersama dengan ibu dan 2 orang sahabat karibku. Masing-masing membawa dulang berisi kain sutera, sepasang cincin tembaga dan tembikar. Hanya itu sahaja yang aku mampu. Yang lain aku hanya berserah kepada tuhan agar lamaranku tidak ditolak.

Satu per satu tangga aku naikki. Apabila tiba di hadapan pintu rumah kelihatan di dalamnya ada seorang lelaki dan wanita yang sebaya dengan bondaku. Ada juga 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Semuanya kelihatan agak muda walaupun mungkin tua sedikit dariku. Mungkin adik beradik Juwita. Tapi, aku tidak nampak di manakah Juwita.

"Jemput masuk nak"

Pelawa ibu Juwita.

Kami berempat melangkah masuk ke rumah yang indah itu. Langsirnya dan perabotnya semua kelihatan baru. Tiada satu pun yang usang. Mata bonda melilau ke segenap sudut rumah itu. Aku menghadiahkan senyuman manis kepada kedua orang tua Juwita. Kedua-duanya juga murah senyuman. Agak lega sedikit. Aku sangkakan mereka akan menghalau aku sejurus aku tiba. Namun, tidak. Mereka turut mempelawa rombongan yang tidak seberapa kami ini untuk makan dan minum di sana.

"Kami datang ada hajat pak cik, mak cik."

"Ya, Juwita ada menceritakan kepada kami kemarin"

"Saya hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak mempunyai harta. Tetapi, saya boleh dipercayai. Saya ingin menjaga Juwita hingga akhir hayat saya."

Ibubapanya kelihatan tersenyum.

"Kami tidak menilai seseorang itu dari tarafnya atau harta. Jikalau, hatinya nirmala kami bersyukur untuk mengambilnya sebagai menantu."

"Juwita keluar nak"

Kelihatan Juwita keluar berbaju kurung dan berselendang menutup kepalanya. Ala-ala perempuan melayu terakhir.

"Jikalau hendak meminang. Mestilah bertanya kepada tuan empunya badan."

Aku senyum lalu berdiri dan kemudiannya melutut di hadapan Juwita.

"Juwita, seperti yang aku katakan tempoh hari itu. Aku tidak punya harta. Namun, mahukau dikau menjadi isteriku?"

Juwita memandang aku tepat pada mata. Dia tersenyum. Dia tidak teragak-agak untuk menerima lamaranku ini.

"Aku terima"

Dengan itu, bermulalah hari-hariku menjadi lebih indah.

Hikayat Renjana Niskala || CWhere stories live. Discover now