[WRITTEN ON 25th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
DATIN FATIMAH SENYUM TAWAR mendengar perbualan kawan-kawannya yang sedang berbual tentang cucu dan menantu. Dia teringatkan pada Talita tetapi ditolak ingatan itu menjauh, kepala digelengkan dengan riak tertekan.
"Kau bila pula nak ada menantu, Fatimah? Talita tu dah umur berapa? Takkan tak berpunya lagi?" Salah seorang dari kawannya, Datin Jamilah menyoal. Dia baru sahaja menerima menerima cucu sulung minggu lepas. Tak habis-habis membuka mulut menyampaikan berita yang sama.
"Siapa? Talita tu ke? Kau lupa ke Talita tu perangai dia macam mana? Nakal sangat, mesti tak ada yang berkenan." Suara lain pula menyampuk, Datin Zainab mengata depan-depan. Makin panas hati Datin Fatimah, dia mencapai gelas airnya dan menegur air sejuk itu untuk menyejukkan hati yang membara.
"Betullah, terlupa pula aku dengan perangai Talita tu. Nakal dia mengalahkan anak aku yang lelaki tu." Datin Jamilah membalas pula dengan senyuman menyindir. Dia memandang Datin Fatimah dengan riak sinis.
"Tapi kalau Talita tu dah berpunya, kesian pula dekat bakal suami dia nanti. Aku rasa lebih baik kau carikan lelaki—"
Datin Fatimah lantas berdiri sekaligus menghentikan kata-kata Datin Jamilah. Datin Fatimah mencapai beg tangannya dan berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Datin Jamilah dan Datin Zainab saling berpandangan sebelum mengangkat bahu mereka, tidak kisah dengan apa yang berlaku.
DATO ADI melihat isterinya pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah selepas beberapa minit meminta izin ingin keluar bertemu kawannya. Dato Adi mengerutkan dahinya memandang Datin Fatimah yang berpeluk tubuh duduk di atas sofa berdekatan dengannya.
"Dah kenapa buat muka macam nak minta kaki aje?" Dato Adi cuba bergurau, Datin Fatimah merenung suaminya dengan pandangan yang tajam. Dia tiada mood untuk bergurau sekarang, apa yang kawan-kawannya sebutkan tadi mengganggunya. Dia rasa serabut dan marah pada Talita.
"Saya rasa hidup saya malang. Kenapa saya dapat anak yang nakal sedangkan orang lain elok saja anaknya? Saya tak boleh terima Talita tu anak saya!" Mendengar ayat Datin Fatimah itu membuatkan Dato Adi naik angin.
"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni, Fatimah? Sepatutnya awak bersyukur dikurniakan zuriat, bukan mengeluh macam ni!" Dato Adi sudah berdiri dari sofa sambil berjalan mendekati Datin Fatimah. Isterinya berdiri dari sofa juga, riaknya jelas kelihatan bengis.
"Saya lebih rela tak ada anak daripada dapat anak macam dia!"
PANG!
Datin Fatimah menyentuh pipinya yang ditampar oleh Dato Adi itu. Dia memandang suaminya dengan riak terkejut, air matanya bergenang. Dato Adi bernafas laju, dadanya turun naik mengingatkan kata-kata kejam yang keluar dari mulut isterinya itu.
Dato Adi menunding jari ke arah isterinya.
"Saya dah lama bersabar dengan awak, Fatimah! Awak dah lupa ke sebelum kita kahwin awaklah yang paling beria nakkan zuriat, bila Allah dah beri, ini balasan awak?! Ingat, Fatimah, jangan disebabkan terikutkan bisikan syaitan, awak menyesal di kemudian hari!" Dato Adi memberi nasihat dengan nada yang agak tinggi, sabarnya sudah memuncak.
Dato Adi tahu Talita agak nakal namun dia masih menerima kekurangan dan kelebihan Talita sepenuh hatinya. Dia begitu sayangkan anaknya yang hanya ada seorang itu sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romance[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...