HUJUNG jarinya dilalukan di permukaan kulit Amanda yang sangat mulus. Dari hujung kening sehingga ke bibir memerah wanita itu. Seketika, wajahnya didekatkan ke wajah Amanda dan bibir Amanda dicium buat kesekian kalinya.
"I love you, my precious." Bisiknya. "I am so in love with you..."
Tangan wanita itu pula ditarik perlahan-lahan lalu dicium depan dan belakang telapak tangan itu.
Perlahan-lahan, dia jauhi isterinya dan bangkit dari katil. Mata terus memandang kearah jam di dinding. 2:50 pagi. Telefon yang berada diatas night stand terus dicapai lalu mesej yang paling baharu dibuka.
+ ready
Telefon dimatikan dan berlalu ke bilik pakaian, jaket berwarna hitam dan jeans yang senada warna disarungkan ke tubuh begitu juga dengan topi. Sekali lagi, dia menoleh kearah isterinya lalu beredar.
Satu jam memandu, Daniel akhirnya tiba di satu gedung tinggal yang sangat jauh dari kawasan bandar. Berhenti sahaja keretanya di hadapan bangunan itu, satu kereta Genesis mewah sudah tiba terlebih dahulu.
Tengku Haiqarl.
Kenapa dia minta tolong lelaki ini? Sebab dalam ramai-ramai manusia yang dia kenal, Tengku Haiqarl ada seorang orang upahan merangkap orang bawahannya yang sangat expert. Dalam semua kerja yang diberikan, cuma satu misi dia gagal — mencari Tya Irena.
Kenapa dia ambil bekas perisik kumpulan mafia dari Rusia itu bekerja dengannya pun Daniel tak tahu. Senang dia nak skodeng orang macam dia buat pada Lyra Ernara dulu agaknya.
"Dekat mana Ray jumpa dia?" Soal Daniel.
"Satu hotel budget area Bukit Bintang," kemudian, Tengku Haiqarl keluarkan satu footage dari telefon bimbitnya.
"Kau tengok ni,"
Daniel lihat rakaman itu, ada seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu kondominium Amanda. "Bila punya footage?"
"Dua hari lepas tapi bukan satu kali ni je. Sebulan ni hampir setiap hari dia datang sana,"
"Siallah, apa yang dia harap dia akan jumpa?"
Tanpa banyak bicara, Daniel terus masuk ke dalam gudang itu dan ditengah-tengah ruang usang itu ada seorang lelaki yang sedang duduk dan diikat. Inilah lelaki yang sedang sedaya upaya cuba mengganggu Amanda Vierra. Lelaki yang sama berikan penderitaan pada Amanda Vierra lebih 10 tahun lalu kerana berbapa tirikan dia.
Sekarang, lepas bertahun-tahun didalam penjara dia keluar dan berusaha dengan segala cara untuk hapuskan Amanda Vierra. Padahal, dia masuk ke dalam penjara langsung tak ada kaitan dengan Amanda Vierra. Macam-macam yang Daniel dengar tentang lelaki ini.
Berhenti sahaja dia dihadapan lelaki itu, lelaki itu pandang dia lalu tertawa. Semakin lama semakin kuat. "Megat Daniel Tan Sri Megat Darrius," sebut Wazir dalam sayu nafas.
Daniel tidak sahut. Tak pelik untuk lelaki itu kenal dia.
"Licik kau buat kerja, aku sibuk perhatikan serigala rupa-rupanya aku sendiri diburu harimau. Kau dengan Hans, sama aje!" ujar Wazir separa lemah. Seperti syaitan, dia sedaya upaya menunjukkan dirinya masih kuat sedangkan dia sudah habis lemah terikat di atas kerusi kayu itu.
"Aku tak nak bercakap banyak dengan kau..."
"Kau nak bunuh aku? Macam bapa..."
"Aku tak akan bunuh kau..." pintas Daniel. Telapak tangannya yang bersih dipandang sekilas. "I am a business man not a killer," sambungnya. Betul, dia bukannya mafia yang bunuh orang dengan cara kejam. Melihat pada situasi mereka kini, mungkin kelihatan begitu tetapi tidak. Situasi ini tak menakutkan seperti yang ada didalam filem. Ini isu biasa. Seorang suami yang cuba lindungi isterinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...