Episode 3

354 23 0
                                    

Sayang bangun, nanti awak lambat pergi kerja!!"_ jerit Becky"

Freen yang nyenyak tidur tersedar mendengar jeritan daripada isterinya.

Aku...hidup lagi"_ ucap freen sambil menitis air matanya"

Dia terus melihat telefon nya dan telah mendapati tarikh hari ini adalah 30 hari sebelum daripada tarikh kematiannya.

Tiba tiba Becky muncul di hadapan freen.

Sayang kenapa awak menangis ni"_ Tanya Becky yang hairan melihat gelagat freen "

Maafkan saya"_ jawab freen Dan terus memeluk Becky "

Sayang awak ada masalah ke? Kenapa awak menangis pagi pagi lagi ni"_ Tanya Becky sambil mengusap lembut kepala freen"

Saya bersalah sebab dah abaikan awak selama ini"_ ucap freen"

Mana ada awak abaikan saya, saya faham awak sibuk dengan kerja awak"_ balas Becky sambil tersenyum"

Tapi... Belum sempat freen mengungkapkan perkataanya, Becky menyampuk.

Dah pergi siap sekarang, nanti awak lambat pergi kerja"_ ucap Becky"

Freen pasrah dengan arahan Becky. Dia baru sedar Selama ini Becky sangat memahaminya. Setelah beberapa minit dia turun ke meja makan dan melihat isterinya bersungguh sungguh masak untuknya. Sekali lagi dia menangis melihat keadaan itu kerana dahulu dia sering tidak balik ke rumah dan makan masakan dari isterinya itu.

Awak ni pagi pagi lagi dah berdrama"_ ucap Becky dengan nada mengusik"

Freen yang mendengar ucapan daripada Becky itu hanya tergelak kecil namun dalam hatinya remuk kerana dia berasa seperti seorang yang tidak berguna yang telah mengabaikan Becky daripada hidupnya.

Hmm sedap masakan awak harini, saya harap saya dapat makan masakan awak hari hari"_ ucap freen sambil menangis kerana dia teringat bahawa dia telahpun mati dahulu"

Apa awak merepek ni sayang,"_ jawab Becky sambil menggelengkan kepalanya "

Saya harap awak tahu betapa saya sayangkan awak"_ ucap freen "

Sayang, awak jangan risau sebab saya tahu awak sangat sayangkan saya"_ jawab Becky sambil mengucup lembut bibirnya di pipi freen"

Freen dengan berat hati menaiki keretanya dan menuju ke arah pejabatnya.

Lambat kau masuk kerja harini freen"_ ucap Heng yang baru sahaja masuk ke pejabat freen."

Freen tidak mengendahkan perbualan dari Heng sebaliknya dia terus mengelamun.

Nam dan Noey yang baru sampai terus merasa pelik dengan keadaan freen.

Kau dah kenapa freen?"_ Tanya Nam"

Freen yang mendengar suara daripada kawan baiknya terus menitiskan air matanya dan berlari memeluk Nam.

Semua yang melihat gelagat freen terkejut kerana bagi mereka freen tidak suka menangis di depan mereka lagi ² memeluk mereka.

Maafkan aku Nam"_ ucap freen yang teresak esak menangis"

Nam terkejut mendengar ucapan daripada freen itu kerana baginya freen tidak melakukan apa apa kesalahan kepadanya.

Kau ni kenapa buang tabiat ke freen?"_ Tanya Nam"

Freen terus memeluk erat Nam.

Semua yang kau cakap dulu betul. Aku sangat menyesal dengan perbuatan aku dulu"_ ucap freen"

Apa kau dah buat freen"_ Tanya Heng"

Aku... Abaikan Becky lepastu aku marah kau Nam. Aku tak layak jadi kawan kau. Aku jahat"_ ucap freen menangis kuat"

Apa kau merepek ni freen. Kau tak jahat okay, kau cuma lebihkan kerja kau daripada Becky itu sahaja. Lagi satu aku tak pernah benci kau freen."_ balas Nam dan menangis"

Heng Dan Noey juga menangis melihat kedua dua rakanya itu.

Maaf la aku rasa aku tidak boleh bekerja harini"_ ucap freen"

Okay kami semua faham kau freen"_ ucap Noey"

Ye freen, kau pergi la berehat di rumah "_ sambung Heng"

Pasal kerja biar kami yang siapkan"_ ucap Nam"

Terima kasih semua"_ ucap freen lalu memeluk kawan kawannya itu"

Bersambung....

Rewind ( 30 Hari) Short Story Where stories live. Discover now