Episode 1

421 22 0
                                    

Freen dan Becky sudah 2 tahun berkahwin. Semua perkara berjalan lancar namun satu kejadian yang berlaku merubah segala galanya.

Kring....

Telefon bimbit milik freen berbunyi.

Awak nak apa telefon saya ni"_ ucap freen dalam nada marah"

Maaf sayang, saya nak Tanya awak dekat mana saja sebab dah lewat malam ni"_ tanya Becky ketakutan"

Saya kerja la apa lagi"_ jawab freen acuh tak acuh"

Kerja lagi?"_ Tanya Becky "

Ye la, awak tahu tak, saya ni sibuk"_ ucap freen"

Maaf saya takkan telefon awak lagi"_ balas Becky sambil menahan tangisnya"

Flashbacks on

Pada mula mereka berkahwin, perangai freen biasa² sahaja. Dia sangat menyayangi isterinya iaitu Becky. Namun setelah beberapa bulan mereka berkahwin , syarikat freen hampir ² sahaja ingin bankrup. Jadi freen berusaha sebaik mungkin untuk mengukuhkan kewangannya. Sejak dari itu dia percaya bahawa dia telah leka dengan kehidupannya dan dia perlu fokus lebih untuk perkerjaan dan sanggup mengabaikan isterinya.

Flashbacks off

Freen serocha!!! "_ jerit Nam yang baru sampai di pejabat kawannya itu"

Kau nak apa Nam"_ marah freen"

Kau tanya lagi aku nak apa freen. Sekarang ni dah pukul 3 pagi kenapa kau tak balik lagi "_ Tanya Nam"

Kau tak nampak ke aku tengah banyak kerja ni"_ jawab freen"

Aku tahu la kau banyak kerja tapi bini kau tu tengah tunggu kau kat rumah tahu tak!!"_ marah Nam"

Alah kau dengan bini aku tu sama ja asyik nak kongkong aku!!"_ jerit freen"

Aku ni sayangkan kau freen lagi satu kau tak kesian ke dengan Becky? Dia hari hari keseorangan tau"_ ucap Nam "

Freen terdiam mendengar ucapan daripada Nam itu.

Kau tak payah sibuk la Nam, itu Hal aku bukan kau"_ balas freen"

Apa kau cakap freen!!"_ jerit Nam "

Kau pekak ke Nam"_ jawab freen"

Kau ni kan sejak dah kaya ni ego semacam. Kau dengar sini freen serocha, kau tu kawan baik aku lagi satu Becky tu adik ipar aku tahu tak, aku tak kesah kalau kau nak buat apa apa tapi kalau kau buat Becky menangis lagi siap kau "_ ucap Nam marah"

Kau jangan risau la Nam"_ jawab freen"

Aku harap satu hari nanti kau akan menyesal atas perbuatan kau ni freen!"_ ucap Nam Dan berlalu pergi kerana kecewa dengan sikap freen

Lantak kau la Nam"_ jerit freen"

Freen melanjutkan perkerjaannya walaupun telah di marahi oleh kawan baiknya itu. Jam pun telah menunjukkan pukul 5 pagi. Dia sudah menyiapkan ke semua kerjanya Dan ingin pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, freen asyik teringat akan kata kata Nam. Tiba tiba kereta yang di pandu freen hilang kawalan dan terbabas.

Bersambung

Rewind ( 30 Hari) Short Story Where stories live. Discover now